Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan


Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan. Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka. Takpun, dihulurkan saja ‘smartphone’ sementara menunggu hidangan sampai di restoran. Barulah lega bila tengok anak buat sesuatu.
Tapi, penemuan terbaru daripada saintis mendapati bahawa sekali-sekala kita patut biarkan saja mereka. ‘Kebosanan’ sebenarnya dapat memberi kebaikan kepada perkembangan mental dan fizikal anak. Inilah kesan luarbiasa kuasa imaginasi! Jika anak cepat bosan, jangan cepat melatah. Ketahuilah bahawa kebosanan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk diri mereka.
1. MENGELAK ‘OVERSTIMULATION’

Tahukah anda, sebenarnya otak kita tidak diprogramkan untuk berada dalam mod ‘on-the-go’ setiap masa. Ia juga perlu berehat dan memperlahankan prosesnya, seperti yang dinyatakan oleh Scott Barry Kauffman melalui Psychology Today. Memang pada awalnya anda akan rasa tak selesa apabila tengok anak cepat bosan. Tapi, cuba tunggu seketika dan perhatikan mereka.
Mungkin mereka perlu merehatkan otak, lari daripada stimulasi atau rangsangan yang tidak penting, dan menjadi lebih relaks. Dengan mempunyai masa untuk diri sendiri, mereka berpeluang meneroka perkara yang mereka sendiri minati. Neurosaintis, Susan Greenfield berpendapat bahawa ia dapat memberi kesan jangka masa panjang terhadap bagaimana anak-anak ini mencapai cita-cita mereka.
2. MERANGSANG KREATIVITI
“Kanak-kanak perlu melalui rasa bosan ini dengan sendiri kerana ia dapat membebaskan mereka daripada sebarang bentuk gangguan. Dengan cara ini, barulah mereka dapat mendengar suara hati mereka sendiri. Dengan mengenal minat masing-masing, ia akan menggalakkan eksplorasi dan imaginasi. Walaupun hanya duduk sendirian dan termenung, mereka sebenarnya sedang belajar untuk menvisualisasikan sesuatu dalam minda mereka. Melalui proses ini, otak mereka akan menerawang jauh tanpa batasan. Akhirnya, mungkin mereka akan merekacipta sesuatu dan merealisasikan apa yang pernah digambarkan oleh fikiran tadi. Hebat bukan? Ternyata, memang ada kajian yang telah membuktikan bahawa golongan yang kreatif adalah mereka yang selalu termenung!
3. MAHIR BERFIKIR
Untuk mengatasi rasa bosan, ia memerlukan pelbagai idea dan eksperimen cuba jaya. Dalam jangka masa panjang, kebosanan ini memberi peluang kepada otak mereka untuk menjadi lebih produktif kerana mereka telah dilatih untuk menyelesaikan masalah. Kajian oleh saintis di Bar-Ilan University mendapati bahawa faktor ini dapat membantu seseorang melakukan kerja dengan lebih efisyen dan positif.
4. PELUANG MENEROKA HOBI
Tidak dinafikan, pelbagai aktiviti yang dirancang seperti bersukan dan bermain muzik mampu memberi manfaat kepada perkembangan fizikal, kognitif, budaya dan sosial mereka. Namun, anak-anak juga perlukan masa untuk bersendiri. Apabila mereka ‘terputus hubungan’ daripada dunia luar dan gajet, mereka akan meneroka perspektif baru dan timbullah hobi. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat dalam menetapkan kemahuan dan cita-cita mereka. Malah, mungkin juga ada bakat semulajadi yang tidak pernah kita ketahui.
5. BELAJAR BERKOMUNIKASI
Apabila anak-anak mula nampak sendiri minat masing-masing, secara tidak langsung mereka akan berusaha untuk memperlihatkan hasil imaginasi mereka. Mereka menjadi lebih berani menyatakan kemahuan mereka, dan mereka juga akan mencari cara untuk mencapainya dengan sokongan ibu bapa.
Sebenarnya, tindakan ini bukan saja memberi manfaat kepada anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Dengan gangguan seperti TV, ‘smartphone’, atau kerja yang menimbun tinggi, anda tak mungkin akan mendapat inspirasi untuk pergi lebih jauh dalam hidup ini.
BILA ANAK CEPAT BOSAN
Apapun, ini bukan bermakna kita boleh ‘goyang kaki’ dan suruh mereka ‘main jauh-jauh’. Cumanya, kalau anak cepat bosan tak perlulah kita rasa bersalah dan mengalah dengan ‘menyuap’ pelbagai aktiviti untuk mereka. Sebaliknya, lihatlah perkara ini sebagai peluang untuk anda mengalakkan mereka menjadi seorang yang lebih dinamik.
Sumber dalaman
Kualiti dan nilai seperti menggalakkan mereka meneroka, bermain, memerhati, dan memberi tumpuan terhadap sesuatu yang mereka ingin tahu. Ia mungkin akan menyebabkan rumah anda bersepah. Yang penting, pantau mereka jika mereka melakukan sesuatu yang agak ‘susah’ atau luarbiasa seperti membina rumah kotak atau memanjat kusyen. Beri sokongan dan bantu mereka agar tidak cepat patah semangat. Pastinya ia akan memberi pengalaman serta pengajaran sepanjang hayat.
Sumber material
Sumber material bukanlah bererti mainan yang mahal atau peralatan bertaraf profesional. Tetapi, ia adalah bahan yang ‘simple’ seperti pen, kertas, cat warna, kotak kosong, dan sebagainya. Kadangkala anak sendiri ada idea untuk membuat eksperimen tertentu seperti membuat gunung berapi atau kek coklat. Jadi, bolehlah anda mendapatkan sumber yang bersesuaian.
Dengan galakan anda, anak cepat bosan pun boleh menjadi seorang lebih berdikari, bijak, dan kreatif. Mereka juga akan berasa lebih konfiden untuk menurut kata hati dan mempercayai kebolehan diri yang unik!
Sumber: Mingguan Wanita
The post Jangan Bagi Anak Main Handphone, Biarkan Dia Bosan appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/21/jangan-bagi-anak-main-handphone-biarkan-dia-bosan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarkan Dia Bosan Jangan Bagi Anak Main Gajet Telefon Pintar

Biarkan Dia Bosan Jangan Bagi Anak Main Gajet Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 371 hits
Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka Takpun dihulurkan saja smartphone sementara menunggu hidangan sampai di restoran Barulah lega bila tengok anak buat sesuatu Tapi penemu...
Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 511 hits
Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka Takpun dihulurkan saja smartphone sementara menunggu hidangan sampai di restoran Baru...
Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 456 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Adab Berkunjung Ke Rumah Orang Sisa Buangan Anak Jangan Main Campak Dalam Tong Sampah

Adab Berkunjung Ke Rumah Orang Sisa Buangan Anak Jangan Main Campak Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 721 hits
Berkunjung ke rumah orang dengan anak kecil bukanlah sesuatu yang mudah Lagi lagi yang dah pandai melasak dan tak boleh duduk diam Ini cabaran untuk ibu bapa supaya tuan rumah yang kita berkunjung ke rumahnya rasa selesa Mungkin mana yang f...
Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang 5 Langkah Ini Baru Betul

Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang 5 Langkah Ini Baru Betul

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 408 hits
Semua tahu memberi anak minum susu ibu adalah makanan yang terbaik kepada mereka Bagaimanapun tidak semua ibu berpeluang melakukannya atas sebab sebab tertentu Tak mengapa kerana anda tetap dapat memberikan si manja minum susu iaitu menggan...
Jangan Disepelekan Ini 3 Bahaya Yang Mengintai Anak Yang Belum Di Aqiqahi

Jangan Disepelekan Ini 3 Bahaya Yang Mengintai Anak Yang Belum Di Aqiqahi

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 294 hits
Ketika bayi sudah berumur tujuh hari disunahkan bagi kedua orangtuanya untuk menyembelihkan kambing Ternyata sunnah tersebut bukan tanpa sebab seperti inilah ngerinya bahaya yang mengintai anak yang belum di akikahi oleh orang tuanya menuru...
Jangan Berkira Dengan Anak Isteri Insyaallah Gaji Cukup Sampai Hujung Bulan

Jangan Berkira Dengan Anak Isteri Insyaallah Gaji Cukup Sampai Hujung Bulan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 848 hits
Jangan berkira dengan anak isteri insyaAllah gaji cukup sampai hujung bulanHidup ini tidak selamanya kita di atas Kadangkala Tuhan datangkan dugaan kepada kita untuk kita berfikir sejenak mengenai hubungan kita dengan orang di sekeliling ki...
Mama Papa Kena Tahu Dan Ambil Kira Apa Anak Mahu Jangan Buat 5 Perkara Ni Pada Anak

Mama Papa Kena Tahu Dan Ambil Kira Apa Anak Mahu Jangan Buat 5 Perkara Ni Pada Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 367 hits
Kita sebagai ibu bapa sememangnya mempunyai kuasa sepenuhnya pada anak anak kita Namun bukan kesemua kehendak kita mesti dipenuhi kerana anak anak kecil kita juga punya kemahuannya sendiri Adakalanya kita perlu mendengar apa kehendak dan ke...
Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat Rileks Media

Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 1887 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner