Lahir Usia 28 Minggu Sebesar Tapak Tangan Kuasa Allah Eusoff Membesar Dengan Sihat
Usia kandungan baru 28 minggu, tapi kuasa Allah anak yang dilahirkan dengan berat seumpama ‘sekilo gula’ kini membesar dengan sihat dan cukup bijak sekali. Dari lahir hinggalah usianya 3 bulan lebih berkampung di hospital, semuanya dilalui dengan penuh sabar.
Bagi Syarifah Syahirah Sera, pengalamannya melahirkan anak pramatang sesuatu yang sangat istimewa kerana tidak menjangka usia 7 bulan bayi dah nak keluar sedangkan waktu itu, masih belum betul-betul matang.
Kelahiran Eusoff Arashy Bin Ezo benar-benar membuatkannya menjadi ibu yang kuat. Bukan mudah untuk membesarkan anak pramatang sehinggalah usianya hari ini.
Lahir usia kandungan 7 bulan
12.12.19 – 12.12.2020 genap satu tahun anak pramatang kedua saya yang lahir pada usia kandungan 28 minggu, dengan seberat 1.10kg. Pengalaman bersalin yang paling tak dapat dilupakan.
Pagi start mild contraction, tapi nak sedapkan hati mungkin baby tengah aktif kat dalam perut ibu, tengahari ibu sempat masak untuk kakak, siapkan kerja rumah, siap dapat shopping kat shoppee lagi sempena promosi 12.12, petang makin sakit, suami balik dari kerja, suruh bed rest, hati ibu memang dah tak sedap, rasa ni memang contraction sebab baring sakit, duduk sakit berdiri sakit, terus google komplikasi bersalin pada 28minggu, berapa % baby akan hidup.
Terus cakap kat suami, macam mana kalau baby memang dah nak keluar harini. Tapi suami cakap takkan dah nak beranak baru 7bulan.
Maghrib, rasa nak buang air, tiba-tiba ada lendir darah, terus ajak suami pergi hospital, just bawa barang kakak sikit, pastu buku pink, sijil nikah. Tak sempat hantar kakaknya ke rumah opah, sebab dah tak tahan sakit, dalam kereta ibu sempat la salin pampers kakak awal-awal, kakak pulak dalam kereta sibuk nak menetek.
Ibu tengah layan contraction sambil istighfar dan baca doa nabi yunus. Rasa macam kepala memang dah nak keluar, sampai je hospital sambil suami papah ibu sebelah tangan lagi dukung kakak, dekat counter O&G terus panggil nurse dan ditolak ke labour room. Bukaan full 10cm dan baby breech, alhamdulillah dapat bersalin normal.
101 hari berkampung di hospital
Banyak suka duka selama 101 hari di hospital 42 hari kat NICU dan 59 hari dekat SCN. Alhamdulillah discaj semasa berat baby 3.4kg perkembangan baby sangat baik syukur pada Allah dapat melahirkan anak pramatang yang sememangnya cekal dan sangat kuat.
Semoga sihat anak anak pramatang ibu.. Doakan saya membesar dengan baik sama seperti anak-anak cukup umur yang lain walaupun umur sebenat Eusoff baru 9 bulan lebih. Tak sangka anak ibu yang sebesar tapak tangan ni sekarang ibu pun tak larat dukung.
SELAMAT HARI JADI EUSOFF ARASHY BIN EZO
12MONTHS Corrected Age 9MONTHS
Kredit: Syarifah Syahirah Sera
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Lahir Usia 28 Minggu, Sebesar Tapak Tangan. Kuasa Allah Eusoff Membesar Dengan Sihat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lahir-usia-28-minggu-sebesar-tapak-tangan-kuasa-allah-eusoff-membesar-dengan-sihat/