Lebih 3000 Jenis Poduk Makanan Sunnah Di Arabian Village Kl Traders Square
Lebih 3000 Jenis Poduk Makanan Sunnah Di Arabian Village KL Traders Square | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Pasti ramai yang tertanya-tanya di mana kedai Arabian Village dan apa yang menarik di sini dibandingkan dengan kedai Arab yang lain. Jom Ruby kongsikan dengan anda semua apa yang menarik di sini. Arabian Village menyediakan makanan dan minuman untuk kalian yang mencari produk-produk makanan sunnah, madu, roti, minyak zaitun, cuka, buah delima segar, buah zaitun, jeruk, manisan, kekacang, minyak wangi, keju, yogurt dan pelbagai produk lain. Ada lebih 3000 produk dijual di sini tau!
Suasana kedai bersih, barang-barang tersusun rapi dan sentiasa ada pelanggan datang membeli-belah. Di sini mudah untuk mendapatkan makanan-makanan sunnah dan bahan-bahan untuk diet pemakanan anda. Dulu, masa Ruby sedang hamil, Ruby suka makan pati buah delima, buah fig dan madu. Semuanya Ruby beli dari kedai Arab. Keistimewaan lain adalah, anda membeli dengan penjual yang tahu manfaat produk dan mengetahui kualiti produk. Tiada masalah untuk bertanya pendapat atau jika anda tidak pasti, mereka boleh beri pendapat. InsyaAllah.
Lebih 3000 Jenis Poduk Makanan Sunnah Di Arabian Village KL Traders Square
Arabian Village dibuka oleh pengasasnya, Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim, berusia 34 tahun pada tahun 2020 dengan tujuan untuk mempromosi dan menggalakkan pemakanan sunah di kalangan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan luas dalam pemakanan sunah dan produk produknya. Arabian Village adalah pengimport utama produk-produk dari TimurTengah terutamanya Arab Saudi, Syria, Palestine, Tunisia, Turkey dan Dubai
Produk "Signature" Arabian Village
Madu - Pelbagai jenis madu terutamanya Madu Sidr dari Yemen yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan imuniti badan. Arabian Village turut mengeluarkan madu 'kesuburan' yang diformulasikan sendiri. Selain dari dapat meningkatkan kesuburan, madu ini juga sesuai buat wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang mahu menyeimbangkan hormon badan.
Kurma - Pelbagai jenis kurma terdapat di Arabian Village. Ada jenis yang kering dan basah, kedua-duanya diimport terus dari negara berkaitan
Roasted nuts - dipanggang sendiri
Homebaked bread - freshly baked twice a day
Syrian Baklava - Manisan mewah dari negara Timur Tengah yang diisi dengan kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai lagi
Bakhoor Juga Terdapat Di Arabian Village
Arabian Village juga menjual barangan kelengkapan rumah seperti Bakhoor, terapi aroma tradisi Islam - pewangi rumah yang dibuat dari kayu gaharu, cendana, buah pala kayu agar, bahan alam semulajadi, bunga-bungaan dan pelbagai bahan lagi. Apabila dibakar ia menghasilkan asap yang harum untuk menambah haruman dalam kawasanrumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Ia juga adalah sunnah kerana Rasulullah suka berbakhoor. Ia tiada campuran alkohol, mesra solat dan tahan lama
Produk-Produk Jenama Arabian Village
Selain dari itu, Arabian Village turut mengeluarkan produk makanan jenama sendiri iaitu minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima, dan pelbagai barangan lagi. Secara keseluruhannya terdapat 25 jenis produk Arabian Village. Bagus kan
Diskaun 10% Untuk Pengikut Setia ruby.my
Buat anda yang ingin membeli-belah makanan, minuman, minyak wangi, roti dan apa sahaja yang terdapat di Arabian Village. 10% diskaun akan diberikan, anda boleh dapatkan diskaun di kedai Arabian Village KLTS atau melalui website. Jadi, korang boleh membeli di kedai utama atau di dalam website dengan menggunakan kod "ruby10". Di kedai, anda hanya perlu sebut nama kod tersebut semasa di kaunter pembayaran dan staf bertugas akan memberi diskaun sebanyak 10% untuk keseluruhan pembelian anda. Diskaun ini berakhir pada 31 Disember 2020, Khamis.
Arabian Village Menyediakan Kemudahan Istimewa Kepada Semua Pelanggan
Mempunyai beratus-ratus produk dari pelbagai jenama. Suasana kedai yang bersih dan 'customer friendly'. Harga yang sangat berpatutan. Barangan boleh dibeli secara off-line dan on-line. Perkhidmatan 'delivery service' turut disediakan bagi kemudahan pelanggan. Khidmat nasihat berkaitan produk turut diberikan. Pasti mudah untuk anda mengamalkan makanan sunnah. Hehehe. Jualan di laman web rasmi Arabian Village menawarkan seleksi pelbagai produk. Sistem pembayaran mudah melalui SenangPay dan Paypal. Jom shopping sekarang.
ARABIAN VILLAGE 95-G Block E 289 Kuala Lumpur Traders Square Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Nombor Telefon: +6011-1111 9585Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari9 Pagi - 12 Tengah Malam
www.arabianvillage.my | www.facebook.com/arabianvillagemy | www.instagram.com/arabianvillagemy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/12/makanan-sunnah-di-arabian-village-kl-traders-square-.html