Beza Ph Pn Dan Bn Tangani Bencana Alam


 1. Bencana Pencemaran Udara di Pasir Gudang 13 Mac 2019
Pada 13 Mac 2019 Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memfailkan Usul di Dewan Rakyat supaya diadakan perbahasan di Parlimen tentang bencana Pencemaran udara di Pasir Gudang yang mengancam nyawa rakyat dan menuntut Kerajaan mengisytiharkan Darurat di Pasir Gudang.
Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Arif Mohd Yusof membenarkan usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahaskan pada jam 4.00 petang 14hb Mac 2019. Dua orang ahli parlimen Kerajaan dan dua orang ahli parlimen pembangkang membahaskan usul tersebut.
Kemudian Timbalan Menteri Undang-Undang dan parlimen, YB Hanipah Maidin (Sepang) menjawab bagi pihak Kerajaan. Walaupun tuntutan supaya Darurat bencana diisytiharkan di Pasir Gudang ditolak oleh Kerajaan tetapi kerajaan berjanji untuk melakukan segala usaha bagi membantu rakyat di Pasir Gudang seolah-olah Darurat diisytiharkan. Demikianlah jaminan Timbalan Menteri YB Hanipah Maiidin.
Pada petang hari yang sama (14 Mac 2019) ketika Usul Memohon Perisytiharaan Darurat diisytiharkan di Pasir Gudang dibahaskan dalam Parlimen, Timbalan Perdana Menteri YB Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanggungjawab terhadap NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) telah bergegas turun ke Pasir Gudang.
Beberapa jam kemudian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga datang ke Pasir Gudang.
Dalam masa yang sama Menteri Alam Sekitar, YB Yeo Bee Yin (Bakri) turun ke Pasir Gudang.
Serentak dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi Kerajaan ke Pasir Gudang, NADMA juga menggerakkan segala unit canggih menghadapi bencana pencemaran udara (seperti unit HAZMAT) dengan pantas dan tangkas bertindak melindungi rakyat di Pasir Gudang.
Nyawa rakyat dapat diselamatkan.
Bergerak ke hadapan.
Pada 5 November 2019 ketika membahaskan Peruntukan Belanjawan tahun 2020 di Parlimen bagi peruntukan Jabatan Perdana Menteri diperingkat Jawatankuasa, ahli parlimen pasir Gudang telah menyentuh isu kawasannya berhubung peranan NADMA.
Beliau menyampaikan bahasannya seperti berikut:
“Tuan Pengerusi, Isu kawasan saya Butiran 09910, Maksud Pembangunan 6 Jabatan Perdana Menteri berkaitan NADMA. Pertama, saya ingin merekodkan dan merakamkan rasa terima kasih dan tahniah atas kecekapan NADMA dalam kes menyelamatkan rakyat terhadap bencana pencemaran udara di Pasir Gudang. Saya sangat berpuas hati dan penduduk Pasir Gudang sangat teruja dengan usaha pihak NADMA dan pasukan-pasukan yang lain”.
Menteri Alam Sekitar (Yeo Bee Yin) pula selangkah ke hadapan bersikap mesra rakyat. Satu majlis terbuka Town Hall perbincangan dengan rakyat tentang bencana pencemaran udara Pasir Gudang diadakan di Bangunan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Menteri Kerajaan PH berani berdepan dengan rakyat.
Apabila berlaku bencana banjir besar di Lembah Klang, maka pada Isnin 20hb. Disember 2021, Ketua Pembangkang YB Anwar Ibrahim dan YB Lim Guan Eng serta lain-lain ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen Kerajaan menuntut kepada Speaker Dewan Rakyat supaya dibahaskan di parlimen tentang bencana banjir besar yang mengancam nyawa dan harta rakyat.
Tetapi Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun, bersikap berbeza dengan Datuk Ariff Mohd Yusof (kini Tan Sri). Azhar dengan sewenang-wenang menolak tuntutan perbahasan isu bencana banjir itu dengan alasan teknikal iaitu tidak ada permohonan usul difailkan kepadanya.
Begitu juga di peringkat kepimpinan Kerajaan. Berbanding dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Alam Sekitar PH segera turun ke zone bahaya pencemaran udara di Pasir Gudang yang lebih 300 kilometer jaraknya dari Putrajaya tetapi sekarang di zaman kerajaan BN & PN, pada hari-hari pertama banjir itu mengancam nyawa rakyat di Lembah Klang, tidak nampak Perdana Menteri, Menteri Tugas-Tugas Khas (yang bertanggungjawab terhadap NADMA) serta Menteri Alam Sekitar yang turun ke kawasan bencana banjir di Lembah Klang yang hanya beberapa kilometer sahaja dari Putrajaya.
Inilah antara perbezaan bagaimana pemimpin Kerajaan PH dan pemimpin Kerajaan BN & PN menangani bencana negara. Rakyat dapat melihat dengan mata sendiri.
NADMA begitu cekap dan tangkas serta amat bertanggungjawab di bawah YB Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Kerajaan PH tiba-tiba NADMA menjadi agensi yang lembam, kaku dan lesu di bawah kepimpinan Menteri Kerajaan BN dan & PN.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
26 Disember 2021 (Ahad)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/beza-ph-pn-dan-bn-tangani-bencana-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bencana Alam Tidak Sedarkah Kita

Bencana Alam Tidak Sedarkah Kita

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 203 hits
Gambar hiasan Dalam dunia utopia bencana alam yang melanda sesebuah negara masalah yang kritikal tidak akan wujud bagi rakyat negara itu Di dunia itu kerajaan akan melakukan segala galanya untuk memastikan kesejahteraan rakyat mereka dijaga...
2021 Tahun Lembab Tangani Bencana Anwar

2021 Tahun Lembab Tangani Bencana Anwar

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 353 hits
Tahun 2021 akan diingati sebagai tahun malapetaka sama ada pendemik Covid 19 mahu pun peristiwa banjir besar pada penghujungnya Bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim 2021 wajar juga dikenang sebagai tahun lembabnya pimpinan keraja...
165 Lokasi Terkesan Dilanda Bencana Alam

165 Lokasi Terkesan Dilanda Bencana Alam

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 310 hits
PETALING JAYA Sebanyak 165 lokasi di lapan negeri dilaporkan terjejas akibat bencana alam yang berlaku sejak Ogos lalu termasuklah kejadian banjir kilat cerun dan jalan runtuh serta jambatan rosak dan mendap disebabkan hujan lebat berterusa...
Banjir Inilah Balasan Tidak Menghormati Alam

Banjir Inilah Balasan Tidak Menghormati Alam

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 138 hits
MALAYSIA berduka baru baru ini akibat banjir besar yang julung kalinya merempuh tembok keakuan manusia moden Manusia fikirkan di balik tembok konkrit dan gagahnya batu bata mereka dapat bersembunyi daripada arus banjir yang marah Kuala Lump...
Rosaknya Alam Akibat Manusia Dan Tiadanya Tanggungjawab Serta Perancangan Yang Jitu

Rosaknya Alam Akibat Manusia Dan Tiadanya Tanggungjawab Serta Perancangan Yang Jitu

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 240 hits
Asalamualaikum Penulisan Pagi Banjir kali ini meliputi terlalu banyak tempat kawasan bandaraya kawasan berbukit kawasan kampung dan tempat tempat yang biasa menerima banjir setiap tahun Di selangor kali ini banjir berlaku sungguh mengerunka...
Selangor Aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Hadapi Banjir Luar Biasa

Selangor Aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Hadapi Banjir Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 315 hits
Hujan yang turun tidak berhenti henti di hampir keseluruhan negeri Selangor sejak semalam menyebabkan beberapa daerah dinaikki air dan menyebabkan sebilangan mangsa perlu dipindahkan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Aminuddin Shari...
3 Perkara Selesa Di Alam Kubur Jom Amalkan

3 Perkara Selesa Di Alam Kubur Jom Amalkan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 196 hits
Dalam ceramah Ustaz Ahmad Dusuki Katanya kalau nak berehat di kubur kat dunia jangan asyik tidur Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur Amalkan 3 perkara ni 1 Baca Alquran sebelum subuhSaat kita meninggalkan dunia yang fana ni ma...
Bawa Bot Dari Melaka Ke Shah Alam Netizen Terharu Dengan Jasa Abang Viva Viral

Bawa Bot Dari Melaka Ke Shah Alam Netizen Terharu Dengan Jasa Abang Viva Viral

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 352 hits
Banjir besar yang berlaku secara mendadak di Shah Alam menyebabkan beribu ribu penduduk terperangkap dan memohon bantuan dengan segera kerana air naik dengan cepat Begitu banyak mesej yang diterima dan di viral kan dengan harapan bantuan da...
Bersarapan Di Kedai Kopi Pokok Seksyen 6 Shah Alam Selangor

Bersarapan Di Kedai Kopi Pokok Seksyen 6 Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 373 hits
Bersarapan di Kedai Kopi Pokok Seksyen 6 Shah Alam Selangor Kepada penggemar kopi sekitar Shah Alam bolehlah cuba minum Kopi Pokok di Seksyen 6 Shah Alam pula Kedai ni bebetul terletak kat tempat mama selalu parking kereta masa amik anak da...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean