2021 Tahun Lembab Tangani Bencana Anwar



Tahun 2021 akan diingati sebagai tahun malapetaka, sama ada pendemik Covid 19 mahu pun peristiwa banjir besar pada penghujungnya.
Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 2021 wajar juga dikenang sebagai tahun lembabnya pimpinan kerajaan BN – PN bertindak menyelamatkan rakyat.
Katanya, kelewatan memberi vaksin telah menyebabkan kematian akibat Covid melebihi 30,000 jiwa dan kelewatan memberi bantuan serta proses evakuasi banjir menyebabkan hampir 50 orang mangsa terbunuh.
“Walaupun beberapa langkah nampak diperbaiki tetapi kelemahan dan kecuian awal, kelewatan vaksin menyebabkan ramai yang terkorban.
“Baru baru ini rakyat sekali lagi dikejutkan dengan bencana alam, banjir di kawasan yang tidak diduga sebelumnya. Kita terima ini sebagai ujian Allah. Yang kita pertikaikan adalah pimpinan negara, pimpinan politik yang cuai memikul amanah, mengapa tidak diserah kepada polis, bomba dan tentera dari awal? Mengapa berlaku kelewatan sehingga meragut nyawa dan kesusahan yang besar.
“Itu pun sampai sekarang masih lagi pemimpin dengan protokol, adegan wayang, drama (turun melawat). Kita tak suruh menteri cuci selut dan sampah. Tetapi kalau jalankan tugas, salurkan bantuan, luluskan peruntukan, pastikan semua agensi kerajaan bertindak pantas (hal itu lebih baik). Itu tugas menteri. Itu yang menyebabkan sampai sekarang berlaku pelbagai kepincangan. Sampai sekarang mantan Ketua Polis Negara kata patut diserahkan (kepada pihak keselamatan). Memang betul.
“Pengalaman saya dalam kerajaan dahulu, kalau ada bencana seperti ini, orang politik itu memberi pengarahan kepada tentera, polis mengambil alih,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2022, malam tadi.
Namun, Anwar menolak kritikan warga maya di media sosial yang menyalahkan pihak tentera kerana lewat memberi bantuan.
Tegas beliau, tentera akan segera turun sekiranya diberi arahan. Namun Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang gagal memberi arahan pantas menyebabkan bencana banjir menjadi amat buruk kesannya.
Dalam perutusan itu juga, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengambil kesempatan memuji kesetiakawanan rakyat dalam membantu mangsa banjir, juga rumah rumah ibadat yang tidak mengira bangsa dan agama dibuka bagi dijadikan pusat pemindahan sementara.
“Saya lihat semangat rakyat luar biasa. Di masjid, surau, dibawa orang Islam dan bukan Islam (berpindah), saya pergi ke gudwara Sikh yang menyediakan makanan, ada sukarelawan Cina dari Ipoh 3,000 turun. Puluhan ribu mahasiswa. Dari parti politik, anggota KEADILAN juga turun membantu. Ini bukan cari helah politik dan mahu menunjuk di media sosial. Puluhan ribu mahasiswa turun itu tidak tular di media sosial.
“Tetapi ini tidak melepaskan tanggungajawab kerajaan. Dengan kemaraan rakyat membantu, itu seolah olah mengalahkan keupayaan kerajaan yang lembab. Saya juga pergi ke Ketari, Bentong, ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk melihat sendiri dan menggesa langkah langkah diambil bagi mengurangkan beban. Rakyat memang mengalami kesukaran besar,” katanya.
Selain itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu turut menyentuh mengenai penyelewengan berterusan wang negara yang perlu dibanteras dan ditetang oleh rakyat.
Beliau mengimbau kembali penyelewengan 1Malaysia Development Berhad didedahkan beliau di Parlimen pada 2010 dan tidak banyak pihak yang nampak kesannya, tetapi selepas 2016 dan skandal tersebut mendunia, maka Malaysia sekarang terpaksa menanggung hutang RM30 bilion.
Begitu juga mengenai kepincangan Digital Nasioanl Berhad yang membekalkan spektrum 5G hari ini, yang dimulakan dengan modal RM20 bilion dan model perniagaan sedemikian tidak dilaksanakan di negara lain.
Anwar turut menyentuh berkenaan pampasan kepada mangsa banjir yang sepatutnya ditanggung bersama oleh syarikat balak dan tidak perlu bantuan hanya dari sumber kerajaan serta wang cukai rakyat
Harapan beliau pada 2022 adalah kebangkitan anak muda untuk memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.
Undi 18, katanya harus dimanfaatkan. Sekiranya anak muda lesu sebagaimana ditunjukkan dalam Pilihan Raya Negeri baru baru ini maka masa hadapan negara akan suram.
“Masa depan ini ditentukan oleh anak muda. Muda bukan sahaja kepada umur tetapi cita cita dan mahu buat perubahan yang baik. Bukan hidup dengan kemunafikan dan kepura puraan. Tetapi muda yang memilikki semangat yang kental.
“Kita berhasil dengan Undi 18, tak ada makna jika anak muda tidak bangkit bersama ibu bapa, abang, kakak mereka membuat perubahan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33767

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6146 Anwar Ppim Kerjasama Tangani Beban Rakyat Malaysia Post 27 12 2021

6146 Anwar Ppim Kerjasama Tangani Beban Rakyat Malaysia Post 27 12 2021

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 216 hits
KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan bekerjasama untuk menangani masalah rakyat yang terbeban dengan pelbagai kesusahan ketika ini Ahli Parlimen Port Dickson itu memaklumkan pe...
Facebook Diundi Syarikat Paling Teruk Tahun 2021

Facebook Diundi Syarikat Paling Teruk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 256 hits
Facebook yang baru baru ini dijenamakan semula sebagai Meta diundi sebagai syarikat paling teruk bagi tahun 2021 Lightrocket via Getty WASHINGTON Satu tinjauan mendapati bahawa Facebook atau baru baru ini dijenamakan semula sebagai Meta diu...
Kerajaan Pusat Masih Lembab Hulur Bantuan Lepas 24 Jam Anwar

Kerajaan Pusat Masih Lembab Hulur Bantuan Lepas 24 Jam Anwar

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 292 hits
Mangsa banjir di Selangor yang telah berada di pusat pemindahan banjir melebihi 24 jam masih tidak memperolehi peralatan tidur dan makanan yang sempurna perlu diberi tumpuan oleh Kerajaan Persekutuan Hal itu ditegaskan oleh Ketua Pembangkan...
Surat Edaran Ajakan Penetapan Nip Pppk Tahun 2021 Secara Elektro

Surat Edaran Ajakan Penetapan Nip Pppk Tahun 2021 Secara Elektro

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 241 hits
Apa saja Kelengkapan dokumen ajakan penetapan NIP PPPK Guru dan Non Guru Tahun 2021 2022 Dokumen pengusulan NP PPPK mampu dilihat pada surat edaran BKN Nomor 14082 B MP 01 01 SD D 2021 Perihal Usul penetapan NI PPPK Tahun 2021 secara elektr...
Unduh Hasil Seleksi Kompetensi Tahap 2 Pppk Guru Tahun 2021

Unduh Hasil Seleksi Kompetensi Tahap 2 Pppk Guru Tahun 2021

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 294 hits
Hari ini Selasa pengumuman hasil seleksi pegawai pemerintah dengan perjanjian kerja atau PPPK guru 2021 tahap 2 Berikut ini cara cek hasil seleksi kompetensi PPPK guru tahap 2 Perkembangan info terkait seleksi PPPK guru dapat diakses melalu...
6132 Mana Command Centre Untuk Bencana Toqqi Ppim Samudera My 24 12 2021

6132 Mana Command Centre Untuk Bencana Toqqi Ppim Samudera My 24 12 2021

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR 24 Disember 2021 Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Pengguna Islam Malaysia mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat bencana banjir yang berlaku baru baru ini Ini kena dikaji balik Mu...
Jokowi Tahun 2021 Sangat Sulit Ada Kengerian

Jokowi Tahun 2021 Sangat Sulit Ada Kengerian

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 210 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi mengingat masa kelam saat kasus Covid 19 melonjak tinggi pada Juli tahun 2021 lalu Orang nomor satu di republik ini bilang situasi kala itu sangat mengerikan
10 Top Komentator Blog Nona Pada Tahun 2021

10 Top Komentator Blog Nona Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 294 hits
10 TOP KOMENTATOR BLOG NONA PADA TAHUN 2021 Hai Salam 2022 sekali lagi Sihat Moga terus sihat dan tabah harungi kehidupan yang penuh dengan ujian dari Nya Pelik ker tetiba Nona ada list Top Komentator HAHAHHA Ye inilah pertama kali sepanjan...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep