Betul Ke Makan Pulut Punca Anak Lambat Cakap Ini Penjelasan Pakar


“Kenapa anak kau tak boleh cakap lagi, anak orang lain elok je bercakap sama umur dengan anak kau juga?”
Seringkali perasaan ibu terguris apabila soalan sebegini ditujukan kepada mereka. Ya, anak-anak kita, mestilah kita sahaja yang tahu keadaan mereka. Sebagai orang luar, jangan sesuka hati buat andaian.
Sehinggakan ada sesetengah orang yang buat andaian petua orang dulu-dulu kalau tak nak anak lambat cakap, jangan beri makan pulut. Bila fikir logik, betul ke pulut jadi punca anak lambat bercakap?
Setiap anak mempunyai keunikan sendiri. Ada yang tidak sampai setahun sudah petah bercakap dan ada juga yang hanya boleh bercakap satu atau dua perkataan sahaja. Malahan ada sesetengah bayi yang masih menggunakan bahasa bayi dalam tempoh yang panjang.
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa menganggap ia perkara tersebut adalah biasa. Tetapi menurut pakar isu lambat bertutur sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang lebih serius.
Anak lambat bercakap vs speech delay Ramai bayi boleh menyebut perkataan asas seperti ‘dada’, ‘mamam’, ‘no’ dan sebarang perkataan pendek lain sebelum berusia setahun. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan bayi akan menutur lebih 50 perkataan apabila mencecah usia 18 bulan.
Tetapi bagaimana kalau seseorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun masih sukar untuk menutur dengan lancar dan hanya boleh bercakap dua perkataan sahaja?
Ini adalah peranan penting ibu bapa untuk mengenal pasti perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak. Setiap proses harus diberi perhatian untuk mengenal pasti sama ada pencapaian anak anda ada pada tahap sewajarnya atau tidak.
Anak yang mempunyai masalah lambat bercakap biasanya boleh pulih apabila mereka banyak bercakap dengan rakan sebaya tanpa sebarang campur tangan individu dewasa.
Manakala anak dengan gangguan percakapan pula selalunya akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan (bantuan) untuk mengelakkan jarak ketinggalan mereka menjadi terlalu ketara apabila mereka membesar.
Ciri-ciri anak lambat cakap
Anak anda mungkin mempunyai masalah lambat bercakap apabila hanya boleh menutur perkataan pertama mereka selepas berusia 18 bulan (1 tahun 6 bulan). Anak anda seharusnya boleh menuturkan ayat dengan dua perkataan seperti “nak mama” pada usia 2 tahun dan ayat dengan tiga perkataan pada usia 3 tahun seperti “mama, nak susu” dan seterusnya mengikut pertambahan usia. Menggunakan bahasa bayi untuk jangka masa yang lama. Ramai yang bertanya, betul ke anak lelaki lebih lambat bercakap dari anak perempuan? Ya, ikut kajian perkara ini benar. Namun, setiap anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.
Simptom yang perlu ibu bapa beri perhatian Anak tidak menghasilkan sebarang bunyi atau respons kepada sebarang bunyi Anak masih belum boleh bercakap walaupun mencecah usia 18 bulan Tidak menunjukkan sebarang komunikasi melalui gerakan tubuh pada usia 12 bulan seperti melambai atau bertepuk tangan Sukar memahami arahan atau rutin mudah pada usia 2 tahun Lebih menggunakan bahasa tubuh dari bertutur untuk berkomunikasi dan tidak boleh meniru bunyi pada usia 18 bulan Tidak berminat melakukan eye contact atau berbual dengan individu lain Menghasilkan bunyi tidak normal seperti ah, ohh Percakapan yang sukar difahami Jika terdapat simptom-simptom yang dinyatakan di atas, ia mungkin didasari oleh beberapa masalah berkaitan perkembangan atau kesihatan anak-anak, seperti:
Masalah pendengaran Kurangnya rangsangan bunyi, contoh keadaan ibu bapa yang bisu Masalah fizikal berkaitan lidah, tekak, hidung dan sebagainya Masalah perkembangan seperti autism, global developmental delay Masalah genetik Ibu bapa perlu galakkan anak bercakap Sebagai ibu bapa, anda perlu melatih dan memberi sokongan untuk anak-anak lebih bercakap. Sebagai contoh yang perkara yang boleh anda lakukan untuk merangsang anak anda bercakap;
Bermain dengan anak
Berikan barang mainan kesukaan mereka satu per satu supaya mereka mempunyai peluang untuk ‘meminta lebih’ dan berlatih untuk mengambil giliran bercakap serta kemahiran komunikasi lain.
Cipta peluang berkomunikasi
Anda boleh berpura-pura tidak tahu mengenai apa yang disukai atau tidak disukai oleh anak anda. Ini memberikan mereka peluang untuk memberitahu anda mengenainya atau sekurang-kurangnya membolehkan mereka untuk bercakap ‘no’.
Ringkaskan perbualan
Banyakkan bercakap dengan anak tetapi pastikan ianya ringkas dan mudah untuk mereka fahami serta ditiru oleh anak anda.
Bahasa Isyarat
Gunakan gerak badan dan bahasa isyarat untuk menambah maksud perkataan yang anda cakapkan terutama ketika anak anda masih belum boleh bercakap. Cara ini sekurang-kurangnya dapat membina motivasi kepada anak-anak untuk bercakap.

Gangguan perkembangan Tidak semua kanak-kanak autism mempunyai masalah lambat bercakap dan tidak semua anak yang lambat bercakap mengalami masalah autism.
Jika anda merasakan anak anda lambat bercakap, dapatkan pandangan doktor atau pakar pertuturan kanak-kanak untuk mendapatkan kepastian mengenai isu ini.
Yang paling penting, berkaitan dengan topik ini, memakan pulut langsung tiada kaitan dengan masalah anak lambat bercakap atau speech delay. Itu adalah sekadar kepercayaan yang tidak sahih.
Sumber: Hellodoktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/25/betul-ke-makan-pulut-punca-anak-lambat-cakap-ini-penjelasan-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Cakap Lambat Dan Pelat Mak Ayah Jangan Buat Tak Tahu Mungkin Lidah Anak Pendek

Anak Cakap Lambat Dan Pelat Mak Ayah Jangan Buat Tak Tahu Mungkin Lidah Anak Pendek

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 592 hits
Masalah gigi anak selalunya dititik beratkan oleh ibu bapa Namun jarang sekali untuk kita menitik beratkan masalah lidah anak lebih lebih lagi kita tidak pernah menyedari bahawa lidah anak pendek dan turut memberi kesan kepada pelbagai akti...
Tak Perlu Marah Marah Anak Mak Ayah Perlu Tenangkan Diri Dulu Ini Yang Dikongsikan Pakar

Tak Perlu Marah Marah Anak Mak Ayah Perlu Tenangkan Diri Dulu Ini Yang Dikongsikan Pakar

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 413 hits
Ibu mana yang tidak resah gelisah selepas marah anak Rasa bersalah menghantui diri kerana melepaskan semua kemarahan pada anak kecil Jangan resah sebaliknya cari jalan untuk perbaiki kelemahan kita dan bagaimana cara tepat untuk berdepan de...
Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Tidak Sihat Cara Selain Makan Ubat

Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Tidak Sihat Cara Selain Makan Ubat

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1392 hits
Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alternatif Selain Makan Ubat Bila anak tak sihat selain dapatkan rawatan doktor ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al Quran juga antara yang boleh membantu Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alter...
Bukan Salah Anak Lambat Membaca Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

Bukan Salah Anak Lambat Membaca Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 523 hits
Ibu bapa semestinya menantikan perkembangan yang positif untuk anak anak Kan Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza dan ada kalanya tidak mengikut aturan yang betul Menjadi kerisauan buat ibu ayah apabila anak berganjak ke tiga tah...
Tak Bagi Makan Dituduh Bela Saka Nenek Ini Tekad Lari Dari Rumah Anak Naik Bas Pergi Terengganu

Tak Bagi Makan Dituduh Bela Saka Nenek Ini Tekad Lari Dari Rumah Anak Naik Bas Pergi Terengganu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 569 hits
Ibu boleh jaga sepuluh orang anak tapi anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu Selepas bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan namun cukup senang seorang anak melupakan jasa ibu mereka Di laman Twitter baru baru ini tular rakaman vide...
Dapatkan Semula Tubuh Anak Dara Selepas Bersalin 100 Hari Jaga Makan Dan Disiplin Ikut Pantang

Dapatkan Semula Tubuh Anak Dara Selepas Bersalin 100 Hari Jaga Makan Dan Disiplin Ikut Pantang

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 423 hits
Mengekalkan bentuk badan yang langsing selepas melahirkan anak bukanlah mudah Maklum sajalah ketika hamil semuanya mengembang Sejurus bayi keluar mulalah ada bahagian bahagian tertentu yang menggelebeh Jangan risau kerana dengan tekad dan d...
Benarkah Makan Kicap Boleh Gelapkan Kulit Anak Baca Fakta Ni

Benarkah Makan Kicap Boleh Gelapkan Kulit Anak Baca Fakta Ni

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 491 hits
Pantang larang dan petua nenek moyang sering kali diamalkan sebagai ikhtiar atau alternatif selain perubatan moden ketika berdepan masalah kesihatan Walau bagaimanapun selalunya pantang larang dan petua ini tidak mempunyai bukti saintifik I...
Menu Sup Untuk Bayi Kanak Kanak Kurang Sihat Pembuka Selera Anak Makan

Menu Sup Untuk Bayi Kanak Kanak Kurang Sihat Pembuka Selera Anak Makan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 614 hits
Biasanya bila demam dan tak sihat kebanyakan anak anak tiada selera nak makan Kadang bila dipaksa pun tetap tak membantu Jika terus berlarutan dengan suhu anak lebih 37 darjah celcius maknanya anak kena dapat rehat cukup Antara tanda anak t...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn