Apa Itu Tahnik Dan Bagaimana Cara Yang Betul Untuk Melakukannya



Upacara tahnik bukanlah suatu yang asing dalam masyarakat kita. Ada yang memilih untuk melakukannya dan ada yang tidak. Mereka yang memilih untuk melakukan tahnik akan membawa bayi yang baru sahaja lahir menemui orang-orang tertentu untuk ditahnik. Di sesetengah tempat, perbuatan ini dipanggil ‘belah mulut’. Apakah sebenarnya perbuatan tahnik atau ‘belah mulut’ ini? Dari manakah ianya berasal?
Tahnik menurut kamus Idris Al-Marbawi bermaksud lelangit di dalam mulut. Secara umumnya tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya.
Hukum Tahnik Dan Cara Melakukannya
Sunat mentahnik bayi dengan buah tamar sama ada bayi lelaki atau perempuan. Jika tidak ada tamar, gunakanlah sesuatu yang manis. Hal ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik RA, katanya: Maksudnya:
“Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda.
Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya.
Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.”
Riwayat Muslim (2144) dan yang lainnya
Hadis seterusnya, daripada Abu Musa RA, katanya:
وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ، وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ، وَدَفَعَهُ إِلَىَّ، وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى‏
Maksudnya: “Aku dikurniakan seorang anak lelaki. Aku membawanya menemui Rasulullah SAW. Baginda pun menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan tamar dan mendoakannya dengan barakah lalu memulangkannya kepadaku. Adalah dia anak lelaki yang paling tua Abi Musa” Riwayat al-Bukhari (6198).

Hadis yang lain pula, daripada Aisyah R.Anha, katanya:
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبْرِكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ
Maksudnya: “Kanak-kanak lelaki dibawa menemui Rasulullah SAW, lalu baginda mendoakannya semoga diberkati Allah dan mentahniknya.”
Riwayat Muslim (2147)
Berdasarkan keterangan tersebut, ulama menyatakan bahawa bayi yang baru lahir sunat dibawa menemui orang yang soleh dan bertakwa, meminta dan mentahniknya dan mendoakannya supaya beroleh kebajikan dan keberkatan.
Dalam al-Mu’tamad ada disebut, tahnik selayaknya dilakukan di kalangan orang yang soleh untuk berdoa kepada bayi yang baru dilahirkan dan jika sekiranya tiada yang lelaki, maka perempuan yang solehah juga boleh melakukannya.
Masa Untuk Melakukan Tahnik
Al-Bukhari menukilkan satu bab khusus dalam kitab sahihnya iaitu “Bab menamakan bayi dan mentahniknya pada petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah” (Ibnu Hajar, Fath al-Bari, Jilid 15, Halaman 390). Sekiranya bayi tersebut lahir pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengah hari pada hari kelahirannya.
Dalam Kitab Al-Majmu’ dinyatakan bahawa sunnah melakukan tahnik menggunakan tamar pada hari kelahiran bayi tersebut. Tujuan dan hikmah tahnik pula dilakukan bagi melatih bayi makan dan menguatkannnya.
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post Apa Itu Tahnik Dan Bagaimana Cara Yang Betul Untuk Melakukannya appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/apa-itu-tahnik-dan-bagaimana-cara-yang-betul-untuk-melakukannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 654 hits
Solat Hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah s w t Solat ini dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah s w t dalam meminta sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak diingini Ras...
Cara Mencuci Muka Dengan Facial Cleanser Betul Dan Berkesan

Cara Mencuci Muka Dengan Facial Cleanser Betul Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 834 hits
Cara Cuci Muka yang Betul dan BerkesanSelama ini agak agak betul tak cara kita cuci muka dengan facial cleanser Ada segelintir pengguna yang telah menggunakan pelbagai pembersih wajah tapi tidak berkesan terhadap kulit mereka itu apa yang m...
Kalau Betul Gimik Untuk Lancar Lagu Baru Dimana Lagu Itu

Kalau Betul Gimik Untuk Lancar Lagu Baru Dimana Lagu Itu

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 329 hits
Meskipun kemelut antara kumpulan Forteen dan Izzue Islam sudah pun berakhir masih ada segelintir pihak mendakwa mereka ini sengaja mencipta kontroversi atau The post appeared first on
Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 714 hits
Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin Dr Zubaidi Hj Ahmad Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor doktor Islam Malaysia berkongsi fakta berkenaan kenyataan in...
5 Cara Betul Bagi Pinjam Duit Kepada Orang Lain Tak Kira Teman Saudara Atau Ahli Keluarga

5 Cara Betul Bagi Pinjam Duit Kepada Orang Lain Tak Kira Teman Saudara Atau Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 1236 hits
5 Benda Kena Take Note Sebelum Anda Bagi Pinjam Duit Kepada Kawan Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu akan ada segelintir yang kecundang dalam menguruskan kewangan dengan baik Pada sudut yang lain pula kita tak sampai hati nak biarkan me...
Najib Razak Tiba Di Kuala Lumpur Tetapi Cara Beliau Pergi Ke Tempat Itu Jadi Bualan Netizen

Najib Razak Tiba Di Kuala Lumpur Tetapi Cara Beliau Pergi Ke Tempat Itu Jadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 459 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan turut hadir dalam himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di bu negara petang ini Beliau yang memakai baju Melayu be...
Rupa Rupanya Ramai Yang Salah Mandi Wajib Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul Kongsikan Rileks Media

Rupa Rupanya Ramai Yang Salah Mandi Wajib Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul Kongsikan Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 609 hits
Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan Samada terkelur air mani selepas berset ubuh atau selepas haid atau nifas cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting Ini kerana jika mandi wajib tidak betul iba...
Cara Mengetahui Telur Ciblek Isi Dan Produktif

Cara Mengetahui Telur Ciblek Isi Dan Produktif

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 323 hits
Mengetahui produktivitas telur memang wajib dilakukan oleh seorang peternak atau pemilik burung Tidak hanya sekedar mengetahui telur itu berkualitas atau tidak pemilik juga wajib memastikan kondisi telur tersebut dalam keadaan sehat atau ti...
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Cup Aiskrim Yang Menarik Boleh Tingkatkan Jualan Anda

Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari