Betul Ke


Dalam hidup kita selalu dihadap pelbagai pilihan. Bila tiada pilihan, kita merungut kata tiada versatil. 
Itu mukaddimah yang kita selalu dengar, baca dan tonton. Kadang kita rasa ia sangatlah berkait dengan kehidupan yang kita lalui. Sampai kita lupa sebenarnya jalan kita dan sesiapa saja yang berhujah itu tak pernah sama. Mungkin jalan mereka bercabang, jalan kita pula hanya ada satu lorong. Tapi panjangnya, tidaklah ketahuan. Beza!


Jadi, betul ke jalan yang kita pilih inikan membawa ke destinasi idaman?
Tanya diri. Semak diari lama. Selaraskan cerita yang direka dengan realiti yang dicipta?
Aku pun sukar untuk menentukan mana satu idaman dan mana satu jadi sempadan untuk aku bergerak ke hadapan. Sukar!

Betul ke?Kalau kita ikut saja arus kehidupan tanpa sebarang tentangan angin, hidup inikan berakhir dengan indah?
Aku diam berteleku.
Soalan si anak muda itu, aku jawab dengan bisu.

Teringat zaman mudanya dahulu.
Suka benar mencari idea untuk dihujah dan disoal. Mencari identiti kata buku remaja. Jangankan anak muda itu, aku sendiri pun masih tertanya; Betulkah ini hidup yang aku harus jalani?

Termangu. Kalam dikulum kehalkum dalam.

"Bila kita asyik berfikir dengan persoalan betul dan salah, kita akan menjadi takut untuk memulakan langkah. Hidup ini, kuasa pertama yang memajukan kamu adalah MULA. Tidak kira ia betul atau salah janji kamu MULA bergerak, MULA melangkah, MULA merencana dan MULA ambil tindakan. Bila kamu sudah ada permulaan, kamu akan nampak strategi permainan. Jika takut kalah jangan sesekali undur kebelakang seperti askar yang tiada pedoman. Tapi sandarkan keyakinan kamu pada 'kenapa kamu memilih medan itu dari awalnya'. Jika jawapan itu tidak kamu jumpa, nyatalah kekalahan itu guru terbesar yang kamu harus terima. Dan, dari situ kamu akan membuka jawapan baru untuk memulakan langkah yang seterusnya...."


Betul ke?'Apa yang betul?' unjuk dia surat lama dari celahan buku yang dipinjam di perpustakaan tempoh hari.
'Entah. Ini semua kuasa minda. The power of mind kata orang putih. Apa yang difikir itu ada kata RAM. Ikut pada apa yang kau percaya...terpulang!'

Surat lama itu ditenung dan ditatap seolah punya azimat yang dia perlu gilap sebagai tangkal dirinya agar kuat semangat untuk tempuhi hidup kearah 2020.

"Kenapa kau janji kau pula tak tepati?" masa lalunya mempertikaikan gerakannya yang sekarang.
"Aku punya waktu tidak sepadan dengan caramu." jawabnya membela diri.

Betul ke?
Tapi, kenapa perlu berjanji jika tak mampu.
Dia diam.

Ada masa dia tidak kisah pada isu betul atau salah. Ada masanya pula dia terlalu menitik beratkan pada timbangan keduanya. Orang tak faham apa yang dia rencana. Jadi dia pilih untuk bisukan semua cerita agar sejarah dia tidak tercemar dari noda yang tidak diketahui puncanya dari mana.

Kalam terhenti.
Papan kekunci mula sunyi dari sentuhan jemari.
Aku pun masih takut pada betul dan salah.
Ia seolah memburu aku kemana saja.
Jika aku kata ianya betul, aku akan mula memandang lewa.
Tiada keseriusan dalam acara.
Jika salah, aku khuatir itulah yang akan kerap ku lakukan.

Betul ke?Aku sudah mengantuk, sampai liang dikambus tanah terakhir persoalan ini tidak akan pernah berakhir..

Betul atau salah, itu pelajaran.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sofieadie.com/2018/11/betul-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Terkini Untuk Daftar Akaun Paypal Dengan Betul

Cara Terkini Untuk Daftar Akaun Paypal Dengan Betul

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 371 hits
Assalamualaikum okay hari ni daku rasa terpanggil untuk share cara terbaru dan terkini untuk membuka akaun PayPal untuk rakyat Malaysia khas untuk korang yang tengah mencari cara untuk daftar Sebenarnya akaun PayPal ni memang bagus kerana d...
Betul Ke Telur Cepat Rosak Kalau Dicuci Sebelum Simpan Doktor Beri Penjelasan

Betul Ke Telur Cepat Rosak Kalau Dicuci Sebelum Simpan Doktor Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 425 hits
Telur adalah makanan paling mudah nak disediakan buat anak kita Selain kaya khasiat telur juga tinggi protein untuk membantu tumbesaran anak Tapi kalau telur yang kita simpan rosak macam mana pula Ada pendepat mengatakan cara penyimpanan te...
Step Penjagaan Wajah Yang Betul

Step Penjagaan Wajah Yang Betul

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 416 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Ramai lagi yang pakai bedal je bila guna skincare Pastu muka berminyak lah berjerawat lah apa lah Kadang2 sebab step tak betul pori boleh tersumbat Lepas ni boleh try 5 step penting ni ok 1 CleanserTak ki...
Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu Bersalin

Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 651 hits
Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu BersalinPokok genggam atau Sanggul fatimah
Betul Ke Customer Always Right

Betul Ke Customer Always Right

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 176 hits
Selama ini dalam urusan jual beli kita berpegang kepada prinsip yang diterapkan oleh barat iaitu pelanggan atau pembeli sentiasa betul Tetapi adakah itu satu prinsip yang betul Sekali pandang macam betul kerana sebagai penjual rezekinya seo...
Marah Betul Dengan Tok Pa Kah Kah Kah

Marah Betul Dengan Tok Pa Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 204 hits
Hanya beberapa jam selepas sah Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia beliau terhukum di kawasan parlimennya sendiri Jika sebelum ini gambar bekas menteri kanan dan anggota majlis tertinggi Umno itu boleh diliha...
Betul Ke Air Ketuban Ketika Hendak Bersalin Memberikan Tahap Kesakitan Berbeza Ikuti Perkongsian Daripada Pakar

Betul Ke Air Ketuban Ketika Hendak Bersalin Memberikan Tahap Kesakitan Berbeza Ikuti Perkongsian Daripada Pakar

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 339 hits
Kata orang keadaan air ketuban ketika hendak bersalin akan memberikan tahap kesakitan yang berbeza Sejauh manakah pernyataan ini benar Perkongsian Dr Norkedah Rahani doktor kanan perbidanan dan sakit puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur AIR K...
Betul Ke Kerana Maszlee

Betul Ke Kerana Maszlee

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Gara gara insiden Menteri Pendidikan Maslzee Malik hampir tersungkur di lobi Parlimen Isnin lepas kerana diserbu berpuluh media Dewan Rakyat mengambil inisiatif untuk meningkatkan keselamatan wakil rakyatnya Apa yang dilakukan ...
Sekali Fikir Betul Juga Perkataan Kepala Bapak Kau

Sekali Fikir Betul Juga Perkataan Kepala Bapak Kau

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 848 hits
Hari ini rakyat bukan lagi bergantung kepada mana mana parti politik untuk berdemo menuntut janji yang dibuat sebelum PRU 14 Cukup dengan pemandu teksi dalam persatuan mereka yang pernah dijanjikan bulan dan bintang Kerajaan rakyat bertukar...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu