Betul Ke Kerana Maszlee


Kasthuri Jeevendran


KUALA LUMPUR – Gara-gara insiden Menteri Pendidikan, Maslzee Malik hampir ‘tersungkur’ di lobi Parlimen Isnin lepas kerana diserbu berpuluh media, Dewan Rakyat mengambil inisiatif untuk meningkatkan keselamatan wakil rakyatnya.

Apa yang dilakukan, pihak Parlimen telah meletakan penghadang di pintu laluan keluar masuk Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen bagi memberikan ruang kepada mereka untuk bergerak.

Kejadian itu menjadi bahan bualan bukan sahaja media tetapi juga para netizen yang membuat ulasan di laman sosial untuk beberapa hari.

MalaysiaGazette berkesempatan menemui salah seorang pegawai Maszlee melahirkan kekecewaan kerana laporan yang dilakukan seolah-olah berat sebelah demi mensensasikan berita tersebut.

“Saya tidak faham mengapa laporan itu nampak seperti Maszlee bersalah. Mengapa juga ianya ‘sungguh’ berat sebelah. Saya telah dihampiri oleh salah seorang media sebelum kejadian itu.

“Ketika itu media tersebut sudah bertanyakan kepada kami tentang soalan yang hendak ditanyakan dan saya telah maklumkan akan memberi kenyataan. Mengapa selepas diberikan jaminan itu, mereka masih menjolok beliau ketika sedang berjalan.

“Mengapa dalam laporan hanya dinyatakan beliau tidak berhenti sehingga tersungkur? Mengapa tidak sebut tentang sudah diberitahu akan memberi jawapan bertulis selepas itu? Mengapa juga tidak dilaporkan bagaimana mereka (segelintir) media mendekati beliau secara agresif?

“Semua itu tidak dilaporkan sebaliknya hanya sekadar berita seolah-olah beliau tidak berhenti sehingga tersungkur sahaja. Ini sama juga seperti sebelum ini, beliau kalau boleh hendak tukar kementerian.

“Itu bukan cerita sebenar, kata beliau seandainya diberikan peluang selepas lima tahun, beliau mahu ke kementerian lain untuk tujuan transformasi dan membawa perubahan di kementerian lain, itu sahaja. Bukan seperti beliau tertekan sehingga mahu tukar kementerian.

“Tidak adil sebenarnya dan tidak betul. Kita berikan sepenuhnya kerjasama dengan baik. Malah beliau sentiasa mahu bercakap dengan media, tidak boikot. Tetapi hanya bahan yang boleh dijadikan sensasi sahaja akhirnya membawa imej negatif sahaja dipaparkan,” luahnya.

Dalam pada itu, menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, walaupun kerajaan baharu ini mesra media namun pada masa yang sama pemasangan penghadang ini adalah tepat pada masa dan wajar.

“Ini bukan kerana insiden yang terjadi kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam sahaja, anda boleh bayangkan sekiranya perkara sama terjadi kepada Perdana Menteri kita yang berusia 93 tahun?

“Jumlah media bukan sedikit, sebaliknya sangat ramai. Kita masih lagi mesra media kerana itu lobi Parlimen masih terbuka untuk pengamal media berinteraksi tetapi pada masa sama kita perlu utamakan keselamatan wakil kita juga,” ujarnya ketika ditemui di lobi baru-baru ini.

Penghadang keselamatan itu dijangka hanya untuk sementara waktu sehingga isu-itu tertentu dapat ditangani dengan lebih baik pada masa hadapan.
Menteri Pendidikan, Maszlee MalikSumber Parlimen pula berkata, ada juga wakil rakyat yang melahirkan rasa tidak senang kerana sentiasa dikerumuni media pada setiap masa sehingga ‘kebebasan’ mereka tersekat.

Bagaimanapun, pengamal media tidak boleh disalahkan kerana itu adalah ‘tugasan’ mereka apatah lagi ada juga segelintir wakil rakyat yang dahulunya begitu mesra media kini enggan melayan pertanyaan media.

Ada juga yang ‘pilih bulu’ dan hanya bercakap dengan media tertentu sahaja, dulu tidak begitu. Kini boleh menyekat segelintir daripadanya.

Malah pegawai-pegawai media yang ada antaranya masih baharu pula enggan memberi kerjasama, panggilan serta mesej tidak terjawab walaupun sebelum itu berjanji akan memberikan jawapan.

Maka yang menjadi ‘platform’ kepada para media adalah Parlimen dan senang untuk ‘jolok’ sahaja untuk dapatkan jawapan serta kepastian untuk berita-berita tertentu, namun itu juga tidak berapa disenangi. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/betul-ke-kerana-maszlee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Tahfiz Perlu Diberi Perlindungan Sewajarnya Dr Maszlee

Pelajar Tahfiz Perlu Diberi Perlindungan Sewajarnya Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 410 hits
Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula garis panduan menyelia dan mengendalikan pusat pusat tahfiz di seluruh negara agar diperketatkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana ...
Wawancara Bersama Menteri Pendidikan Dr Maszlee

Wawancara Bersama Menteri Pendidikan Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 350 hits
Beliau boleh disifatkan antara menteri Kabinet yang kerap dilanda kontroversi namun semuanya dihadapi sebagai satu proses pembelajaran dan melihatnya dari sudut positif Menteri di maksudkan ialah Dr Maszlee Malik yang mendapat kepercayaan P...
Langkah Langkah Hapus Maklumat Murid Pindah Yang Betul Bagi Mengelakkan Maklumat Sekolah Pada Sistem Hilang

Langkah Langkah Hapus Maklumat Murid Pindah Yang Betul Bagi Mengelakkan Maklumat Sekolah Pada Sistem Hilang

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 486 hits
Langkah Langkah Hapus Maklumat Murid Pindah yang betul bagi mengelakkan Maklumat Sekolah pada Sistem hilang Langkah 1 Dapatkan Nama Murid Pindah Samada selepas Convert Data APDM terkini guru mendapat maklumLangkah 2 Klik Kemaskini Maklumat ...
Maszlee Hopes All Stakeholders Will Be Consulted In Um Restructuring

Maszlee Hopes All Stakeholders Will Be Consulted In Um Restructuring

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 484 hits
Education Minister Maszlee Malik has said that he hopes that all stakeholders will be consulted in the ongoing restructuring exercise at Universiti Malaya This in response to a recent statement from the university s Academic Staff Associati...
Hala Tuju Pendidikan Negara Dalam Intipati Rmk 11 Oleh Dr Maszlee Malik

Hala Tuju Pendidikan Negara Dalam Intipati Rmk 11 Oleh Dr Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 949 hits
Penggulungan YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee MalikHALA TUJU PENDIDIKAN KPM bersetuju semua perubahan perlu dikaji dengan teliti berdasarkan pendekatan bottom up daripada top down Semua reformasi pendidikan tidak boleh berlaku semalaman Ole...
Kalau Tak Guna Duit Rakyat Untuk Beli Bijan Hermes Dan Cincin Berlian Pendidikan Percuma Boleh Kita Kecapi Dr Maszlee

Kalau Tak Guna Duit Rakyat Untuk Beli Bijan Hermes Dan Cincin Berlian Pendidikan Percuma Boleh Kita Kecapi Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 515 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini membalas sindiran Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu pendidikan percuma di negara ini Najib sebelum ini menempelak Maszlee berkenaan nbsp isu pendidikan hampir percuma hari...
Maszlee Perli Najib Pendidikan Percuma Kalau Tak Beli Berlian Birkin

Maszlee Perli Najib Pendidikan Percuma Kalau Tak Beli Berlian Birkin

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 365 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini membalas sindirian Datuk Seri Najib Razak mengenai isu pendidikan percuma di Malaysia Menerusi satu status di Facebook Maszlee menyindir Najib dengan berkata pendidikan percuma boleh dikecapi har...
Waketum Demokrat Soal Andi Kritik Prabowo Banyak Hal Dia Betul

Waketum Demokrat Soal Andi Kritik Prabowo Banyak Hal Dia Betul

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 284 hits
Menurut Syarief Andi hanya mengingatkan Prabowo untuk lebih sering lagi turun dan menyapa masyarakat Dia meminta kritikan ini tak lagi diperpanjang
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga