Sekali Fikir Betul Juga Perkataan Kepala Bapak Kau
Hari ini rakyat bukan lagi bergantung kepada mana-mana parti politik untuk berdemo menuntut janji yang dibuat sebelum PRU-14.
Cukup dengan pemandu teksi dalam persatuan mereka yang pernah dijanjikan bulan dan bintang.
Kerajaan rakyat bertukar jadi kerajaan Mahathir apabila persatuan teksi yang pernah menentang BN dan Najib kerana termakan janji bulan dan bintang bangkit menuntut janji, dan paling parah apabila desak Mahathir letak jawatan.
Siapa sebenarnya menjunjung kata-kata ' kepala bapak kau' dan siapa pula patut terima.
Kelihatannya Mahathir telah dilastik dengan kata-kata itu oleh persatuan yang pernah menentang BN dan Najib dan turut menyeru ahlinya supaya tidak memberi undi kepada BN.
Mahathir patut sedar demonstrasi jalanan yang diadakan oleh persatuan teksi bukan mereka dari kalangan penyokong BN, dan Mahathir juga patut tahu siapakah tenaga pengajar sebenar bagi demonstrasi menentang BN dan Najib di ibu kota Malaysia.
Mahathir juga turut menyertai demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur beberapa kali walaupun tidak bersetuju dengan pendemo sebelum Najib dilantik jadi PM.
Hari ini secara kurang bermoral penulis berani mengeluarkan perkataan padan muka hang.
Bagi penyokong UMNO tak usah jadi hero dalam isu ini walaupun Mahathir bersedia letak jawatan perdana menteri.
Apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dalam isu ini, Mahathir sebenarnya tidak bijak menyelesaikan masalah pemandu teksi kerana janji-janji Pakatan Harapan sebelum bentuk kerajaan.
Kali ini rakyat Malaysia terutamanya persatuan teksi patut berterima kasih kepada NGO BERSIH sebagai tenaga pengajar cara berdemo.
Kini ilmu itu digunakan untuk tenyeh kepala pemimpin kerajaan hari ini yang rata-ratanya menyokong demonstrasi besar-besaran yang diadakan di Kuala Lumpur sebelum BN tumbang.
Sekiranya benar Mahathir mahu letak jawatan kerana tidak tahan dengan desakkan persatuan teksi, ia menunjukkan satu contoh kegagalan dan kelemahan kerajaan hari ini.
Baru 5 bulan memerintah sudah huru hara, bagaimana mahu jadikan negara ini sebagai Harimau Asia?, belum lagi harimau 'ngap' kepala bulu 'palat' dah gugur.
Biasalah 'beruk tiada gigi' apabila jadi ketua kepada kempulannya mesti mahu mengigit, sedangkan taring yang ada sudah lama tercabut.
Hanya kumpulan lemah sahaja mengagung-agungkan beruk tua, yang kuat pula menghormati kerana usia.
Golongan UMNO nampaknya cuba mengambil kesempatan diatas demostrasi yang dilakukan para pemandu teksi. Setelah tidak berjaya gegarka kerajaan Malaysia baru dengan berdemo ketika Najib dan Zahid diheret kemuka pengadilan.
Apa pun niat persatuan teksi untuk memenuhi bandaraya Kuala Lumpur sekiranya janji yang pernah dijanjikan kepada mereka tidak ditunaikan tidak boleh diperkecilkan sama sekali.
Oleh itu, sedarlah kerajaan hari ini bahawa rakyat merasa ditipu dengan segala janji yang dibuat sebelum PRU-14.
Rakyat juga tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan harian lebih teruk dari zaman Najib perdana menteri.
Isunya ' kepala bapak kau' yang dikatakan kurang ajar itu kini telah dirasasai satu persatu oleh seluruh kepala pak menteri, isteri pemimpin dan anak beranak mereka.
Rakyat Malaysia patut sokong demonstrasi dari persatuan teksi', kerana mereka lakukan bukan atas dasar untuk jadi penjilat pemimpin. Mereka bangkit menuntut hak mereka yang telah dijanjikan, dan Mahathir patut sedar.
Para jari bawang dan lidah bawang pro PH juga patut sedar, siapakah sebenar biadap, dan adakah mereka yang tuntut janji itu kurang adat dan adab?. Kalau mereka kurang keduanya, orang membuat janji bertingkat-tingkat tololnya.
Kali ini terimalah hadiah ' kepala bapak kau' dari rakyat.
Media Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com
(https://mediashahalam.blogspot.com)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/SuaraBiru/~3/6N9O8xZ8NXk/sekali-fikir-betul-juga-perkataan.html