Betul Kata Kata Mak Isteri Inilah Anugerah Terhebat Saya


“Betul Kata-Kata Mak, Isteri Inilah Anugerah Terhebat Saya.” Perkongsian Wanita Ini Menjaga Suami S4kit Str0k Pendar  ahan Sangat Berinspirasi. Mungkin ramai antara wanita yang bergelar isteri diuji dengan pasangan suami yang sa kit terlantar dan sebagainya. Mereka inilah orang yang penting yang menjadi sumber kekuatan kepada suami. Tatkala ketua keluarga diberi ujian, lumpuh sistem kekeluargaan namun dibahu sang isteri lah menjadi tempat untuk keluarga bersandar.
Wanita dan juga ibu bernama Raudzah Arippin ini cukup hebat dan kental orangnya. Berhadapan dengan suami, Muhammad Idzwan Othman yang diserang strok pendara han, kisahnya menjaga suami ini cukup memberi inspirasi buat wanita di luar sana.
Dibibirnya terukir senyuman namun di hati siapa yang tahu. Pengalaman menjaga suami sa kit diinspirasikan di dalam sebuah buku bertajuk “Maaf Suami Puan Kriti kal. Harus dibaca oleh isteri untuk dijadikan panduan bersama.
Ikuti perkongsian dari ibu dan isteri yang cukup hebat ini. “Suami diserang str ok pendarahan pada 2015. Kalau ikutkan dia diserang sakit tiba-tiba, memang ada da rah tinggi tapi waktu diserang itu ia berlaku secara tiba-tiba. Kebetulan saya dan anak-anak ikut suami ke pejabat walaupun hari itu hari ahad. Mungkin Allah gerakkan hati saya untuk ikut suami ke pejabat hari itu.
“Ketika kejadian, itu kami bersarapan bersama, suami cakap pening. Semua berlaku mengejutkan tapi saya tak panik, sebaliknya saya hubungi bahagian kecemasan dan terus ke hospital. Apabila sampai di hospital, suami dimasukkan ke wad kecemasan zon merah sebelum ditolak ke bahagian kriti kal.
Saya masih ingat kata-kata doktor ketika itu. ‘Maaf suami puan kritikal’ dan kata-kata itu masih menghantui sampai sekarang. Kejadian tersebut turut memberi kesan kepada anak-anak. Apatah lagi, suami merupakan tonggak utama keluarga.
“Apabila suami tak sedar diri anak-anak terkejut. Waktu itu anak sulung bakal menduduki UPSR, yang kedua darjah lima, yang ketiga tadika dan yang bongsu 1 tahun 2 bulan dan masih menyusu.
“Yang main peranan ketika itu adalah saya yang kena terangkan apa yang terjadi pada ayah. Selain menenangkan mereka.
Cabaran menjaga orang sakit bukan semudah yang disangka.
“Menjaga orang sakit ini berfasa. Fasa awal yang paling mencabar adalah menerima keadaan baru. Alhamdulillah saya tak ambil masa yang lama. Cuma minggu pertama itu sahaja saya rasa terawang-awang.
“Bila bangun pagi rasa macam mimpi. Bukan tak terima takdir tetapi rasa tak percaya sebab semalam dia sihat dan ada dengan kita, saya jadi tertanya-tanya betul ke benda ni jadi pada keluarga kita.
“Waktu tidur malam saya fikir apa akan jadi esok. Sampai bila suami akan terlantar dan doktor sendiri tak cakap bila dia akan sedar.
“Apabila dah berkeluarga, ada suami dan anak pasti ada impian yang kita bayangkan. Tetapi bila berlaku semua benda ini menyebabkan ia berkecamuk dalam diri.
Bukan mudah untuk reda lebih-lebih lagi dengan ujian seberat ini. Namun, nasihat dari seorang kawan membuatkan raudzah mula sedar.
“Sebenarnya untuk menerima bergantung pada apa kita fikir. Kalau kita tak reda dan terima jadi susah untuk terima benda lain. Alhamdulillah saya tak ambil masa yang lama.
“Seorang kawan saya pernah memberi nasihat ketika melawat suami di hospital, mungkin dia tengok saya serabut. Dia cakap ‘Raudzah, setiap kali bangun pagi cakap pada diri sendiri Ya Allah aku reda. Apa jadi hari ini reda sahaja. Jadi saya fikir betul apa dia cakap.
“Jadi sebelum pergi ke hospital, saya cakap ‘Ya Allah aku reda apa jadi hari ni aku terima.’ Jadi kita rasa tenang dan senang nak buat keputusan. Sebab dalam keadaan ketika itu, saya perlu buat banyak keputusan termasuklah anak-anak, bil rumah dan sebagainya.
Suami sakit, rutin berubah
Lebih memeritkan, ibu kepada 4 anak ini sudah lama berhenti kerja dan selepas suami sakit, rutin hariannya juga turut berubah.
“Biasanya suami hantar anak ke sekolah, saya pula uruskan ruamh tangga. Tetapi kini semuanya berubah. Pagi saya uruskan anak dengan menghantar mereka ke sekolah. Pulang ke rumah saya mandikan suami. Semuanya dilakukan sendiri dan kekuatan itu datangnya dari Allah swt.
“ Saya tak nak anak tengaok saya lemah. Jadi, saya set dalam diri tak nak menangis depan mereka. Sebab saya fikir anak-anak akan tengok apa ibu buat dan respond pada keadaan tersebut. Bayangkan kalau saya menangis setiap hari pasti akan buat mereka sedih. Saya selalu pesan dan cakap pada mereka pergi sekolah macam biasa.
Biarpun dihujani dengan ujian cukup berat, namun wanita ini mengakui Allah permudahkan segalanya.
“Saya tulis buku ni pun sebab saya rasa ujian ni besar tapi Allah mudahkan terutama dalam hal anak-anak. Walaupun saya tak dapat lihat mereka ketika tengah periksa, mereka terpaksa berdikari serta pandai bawa diri. Termasuklah yang darjah satu, siap gosok baju sendiri.
“Alhamdulillah pencapaian mereka cemerlang. Bila saya duduk dan fikir memang banyak hikmah dan rahmat yang saya dapat walaupun diuji dengan suami sakit. Sebab tu saya selalu pesan pada anak-anak, sentiasa berbuat baik di sekolah.
Keluarga dan rakan-rakan prihatin
Memandangkan tonggak utama keluarga sakit, ia memberi kesan kepada pendapatan keluarga. Akui Raudzah, awalnya agak susah memandangkan suami bekerja sendiri. Namun menakjubkan kerana mereka dikelilingi kawan yang cukup prihatin.
“Untuk fasa-fasa awal minggu pertama, kawan-kawan suami tubuhkan tabung #pray4idzwan di facebook. Saya dapat sumbangan yang banyak dan tak bimbang tentang belanja. Malah ada yang sponsor belanja anak-anak sekolah sampai sekarang. Kawan-kawan sekolah dan ada yang tak rapat dengan saya masih menyumbang. Keluarga pun banyak membantu kami.
“Selain kekuatan saya datang dari Allah, bagaimana kita menerima keadaan itu juga memberi kekuatan kepada saya. Bila suami sakit, saya tak suka dalam keadaan serabut, saya suka fokus pada penyelesaian dan bukan masalah. Saya kena dapatkan kekuatan dan salah satunya adalah dengan menulis.
“Saya selalu update keadaan suami di facebook dan itu satu terapi buat diri saya sendiri. Setahun lebih saya menulis dan kawan-kawan cakap patut keluarkan buku. Malah waktu itu saya dapat banyak mesej dari wanita lain yang bercerita tentang masalah dan pengalaman mereka menjaga pasangan atau keluarga.
“Dulu tak ada rujukan untuk panduan saya jaga suami. Daripada situlah timbul idea untuk saya tubuhkan grup whattsapp Info Strok dan Lumpuh. Bila ada grup ini memudahkan orang lain mendapat info dan maklumat tentang penjagaan orang strok dan sehingga sekarang grup ini masih aktif.
Diminta memberi kata-kata semangat buat wanita atau isteri senasib dengannya, kata Raudzah, doa azimat terbaik dalam memberi kekuatan.
“Kita semua manusia biasa, tetapi doa lah supaya kekuatan luar biasa sentiasa Allah bagi pada kita,” ujar Raudzah lagi yang berkongsi cerita cukup memberi inspirasi kepada wanita atau isteri di luar sana terutamanya yang menjaga pasangan sakit.
Sumber:  Raudzah Arippin Via Keluarga.my
The post “Betul Kata-Kata Mak, Isteri Inilah Anugerah Terhebat Saya.” appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/betul-kata-kata-mak-isteri-inilah-anugerah-terhebat-saya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Kata Saya Khunsa Sedih Orang Hina Saya Sajat

Mak Kata Saya Khunsa Sedih Orang Hina Saya Sajat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 253 hits
Pengusaha kosmetik popular melalui laman sosial instagramnya Nur Sajat mengaku agak terkilan dengan kecaman kecaman netizen Baginya kecaman yang dilemparkan seolah olah dia telah melakukan kesalahan besar seperti mencuri duit 1MDB Semua in
Betul Ke Ibu Menyusu Hadapi Risiko Tulang Rapuh Kalau Tak Ambil Lebih Kalsium Ini Kata Pakar Laktasi

Betul Ke Ibu Menyusu Hadapi Risiko Tulang Rapuh Kalau Tak Ambil Lebih Kalsium Ini Kata Pakar Laktasi

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 360 hits
Ibu yang menyusukan anak ada yang khuatir dan gusar kerana kurang pasti tentang fakta ini Risiko tulang rapuh pada masa hadapan setelah menyusukan anak bertahun tahun adalah antara mitos yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat Ada ibu yan...
Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 488 hits
Suami tolong jangan ambil mudah dengan keadaan isteri yang berpantang bersa lin jagalah dia Kena faham lepas bersalin isteri sebenarnya baru saja melalui fasa bertarung nyawa antara hidup dan matinya Sebaik isteri anda melahirkan ba yinya t...
Lihat Wajah Terbaru Reena Areena Isteri Aman Graseka Yang Cun Melecun Bahagia Betul Kehidupan Diorang Skrg

Lihat Wajah Terbaru Reena Areena Isteri Aman Graseka Yang Cun Melecun Bahagia Betul Kehidupan Diorang Skrg

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 2744 hits
MODEL dan pelakon baharu Reena Areena mengakui terpikat dengan sikap suaminya Aman Graseka 51 yang romantik dan penyayang Malah selebriti berusia 29 tahun ini mengakui perbezaan umur yang jauh bukanlah satu halangan buat mereka Alhamdulilla...
Resepi Asam Pedas Versi Utara Style Mak Saya

Resepi Asam Pedas Versi Utara Style Mak Saya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 753 hits
mmmmm dapnyaaaaa hirup kuah saje pon dah mengenyangkan hihi kalau time badan tak sihat ini yang dirindui asampedasversiutara airtanganmakSimpan sini resepi mudah ni Kekadang anak mak ni jenis pelupa Nak buat menggelabah call sana sini Ini r...
Dulu Gadis Ini Bahagia Cantik Comel Sekarang Hanya Mampu Panggil Mak

Dulu Gadis Ini Bahagia Cantik Comel Sekarang Hanya Mampu Panggil Mak

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 734 hits
DULU GADIS INI BAHAGIA CANTIK COMEL SEKARANG HANYA MAMPU PANGGIL MAK Seringkali kita mendengar kisah ibu tiri yang memilih kasih terhadap anak tiri kerana anak itu bukan lahir dari rahimnya Namun hakikatnya ada ibu tiri yang penuh sifat kas...
Mak Nyah Maut Dibelasah 4 Lelaki Kerana Curi Handphone Pelanggannya

Mak Nyah Maut Dibelasah 4 Lelaki Kerana Curi Handphone Pelanggannya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 270 hits
13 Disember lalu seorang mak nyah dilaporkan meninggal dunia kira kira jam 10 47 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah kerana cedera parah dibelasah sekumpulan lelaki Difahamkan mangsa berusia 32 tahun berasal dari Sabah itu ditemui dalam ...
Kau Kedekut Dengan Mak Ayah Hidup Kau Akan Sempit Walau Laki Bini Gaji Puluhan Ribu Rileks Media

Kau Kedekut Dengan Mak Ayah Hidup Kau Akan Sempit Walau Laki Bini Gaji Puluhan Ribu Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 408 hits
Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan Adakah kita kedekut kepada ibu bapa Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab Baran...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir