Betapa Aku Merinduimu Sayangku Rintihan Suami Kongsi Hari Hari Terakhir Isteri Tercinta Hidap Fibrosis Paru Paru


Kehilangan orang kesayangan merupakan perkara yang paling sukar dilalui oleh setiap individu. Lebih-lebih lagi kehilangan orang yang sentiasa ada disamping dan menyokong kita setiap waktu.
Seorang pengguna Facebook, Saiful Hassim berkongsikan hari terakhir bersama arwah isterinya yang menghidap fibrosis paru-paru menimbulkan rasa sedih warganet.
Menurut Saiful, isterinya telah berjuang melawan penyakit ini sejak 2015 lagi selepas beberapa tahun hidup dengan hanya satu paru-paru kerana jangkitan tibi yang pernah dihidap pada 2009.
Jangkitan ini terjadi selepas isterinya melahirkan anak yang berpunca dari parut lama di paru-paru dan kesan dari penyakit tibi sebelum ini.
Melalui posting yang dikongsi, beliau sangat kagum dengan kesungguhan isterinya melakukan pelbagai aktiviti termasuk berkerja walaupun dengan bantuan mesin penafasan pada setiap masa.
Ikuti perkongsian beliau.
Setahun yang lepas, bertarikh 15hb Mei.
Tarikh keramat yang tak mungkin akan lekang dari kotak fikiranku. Isteriku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ini, tahun lepas. 15 Mei, bersamaan dengan 10 Ramadhan.. perginya kau di bulan yang mulia, di kala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutupkan pintu neraka.
Kau dan aku, punya kenangan yang tak mungkin dapat ku cipta lagi. Dari saat pertemuan kita, sehingga ke hari kau pergi meninggalkanku, meninggalkan dunia ini, tidak pernah ada sehari berlalu dengan aku menyesali apa yang telah kita lalui.
Aku bukan sahaja mencintai kau kerana kau Isteriku, tetapi aku amat mengagumi kekuatan dan semangat kau untuk pergi bekerja dalam keadaan yang masih sakit, tidak pernah luntur walau tiub pernafasan melekat di wajah pabila keluar dari rumah hingga ke pejabat. Dan kau, sentiasa menginginkan untuk menggembirakan orang lain biarpun banyak halangan yang perlu ditempuh.
Setiap langkah, hirup nafas, tutur bicaraku tidak lagi sama sejak kau tiada. Betapa aku merindumu sayangku. Pernah aku tertawa sendirian teringatkan kisah lama kita berdua dan selalu aku menangis pabila menyedari yang kau tiada lagi di sisi. Perlu aku gagahi langkahku setiap hari dan tidak bisaku menunjukkan kelemahan di hadapan anak kesayanganmu, Ariq Danial.
Dia memahami dan semakin peka dengan persekitarannya. Akanku tunaikan janjiku untuk menjaga anak kita dengan sebaiknya kerana aku tahu betapa kau sangat menyayangi insan kecil yang keluar dari rahimmu sendiri sayang. Dan tak mungkin akan ku lupa betapa kau takut tidak sempat melihat Ariq membesar dengan keadaan kesihatanmu yang semakin meruncing.
Masih segar diingatanku saat terakhir kita bersama. Pagi sebelum kau pergi, kau terjaga. Kau telah hilang keupayaan untuk bertutur (selepas proses tracheotomy) dan hanya boleh membalas dengan bahasa isyarat kepadaku.
Seperti biasa soalan lazim yang aku lontarkan kepadamu setiap kali terjaga, “u nak minum air?”. Kau hirup air dengan tenaga yang ada walau tidak sekuat mana. Aku bertanyakan lagi soalan, “sayang, breakfast dah sampai, nak makan tak?” Dia menggeleng. Aku terus dengan soalanku, “nak I bancuhkan susu tak?” Sekali lagi Isteriku menggelengkan kepalanya menyatakan keengganan untuk makan mahupun minum lagi
Kau menggerakkan bibirmu dan aku semakin biasa untuk memahami bacaan bibirmu. Kau menyatakan perasaan penat ketika itu yang mana sememangnya normal untuk Isteriku merasa sedemikian dengan keadaan semasa tubuh badannya.
Tetapi pagi itu aku terasa kelainannya kerana kau menyatakan tidak boleh melihat dengan jelas. Dari gerak bibirmu jelas aku fahami kau menyatakan tidak lagi boleh melihat wajahku dengan jelas.
Aku tersentak dan mula rasa tidak sedap hati tetapi aku kuatkan semangatku. Dengan tidak semena-mena soalan terpacul dari mulutku, “u nak pakai spek?” Isteriku menggeleng.. “u nak baring?” Dia mengangguk dan dengan perlahan aku labuhkan tubuh badan Isteriku yang jelas semakin susut ke atas katil dan terus tertidur.
Aku perhatikan bacaan oksigen di skrin kecil di sebelah katil Isteriku. Nombor yang pada mulanya normal semakin menunjukkan penurunan yang laju dan membimbangkan. Dengan segera aku memaklumkan kepada doktor yang bertugas keadaan tersebut. Dari riak wajah doktor memang tidak mungkin berita baik yang akan aku terima.
Salah satu “procedure” yang tidak aku gemari adalah apabila bacaan oksigen pesakit menurun atau menunjukkan keabnormalitinya, doktor perlu menyuntik pesakit untuk mendapatkan darah bagi melihat kadar oksigen di dalam darah pesakit.
Doktor meminta izin dariku untuk menyuntik Isteriku memandangkan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Doktor menyatakan ingin menyuntik di leher Isteriku kerana tiada lagi ruang yang boleh disuntik di tangan mahupun kaki Isteriku.
Kebiasaannya Isteriku akan menunjukkan mimik muka setiap kali disuntik bagi melahirkan atau menyatakan kesakitan yang dialaminya, tetapi kali ini Isteriku langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi sebaik jarum suntikan terbenam di lehernya.
Situasi semakin cemas dan doktor datang ke arahku, “pesakit masih ada keluarga?” Aku mengangguk. “Call family dia dan minta mereka datang ke sini sekarang”. Arah doktor kepadaku.
Orang pertama yang aku hubungi adalah Ibu Mertuaku. Panggilan tidak berangkat. Aku menelefon kakak iparku, tidak berangkat dan begitu juga yang berlaku apabila aku menelefon adik iparku.
Sibuk barangkali bisik hati kecilku. Aku menghantar mesej di grup “WhatsApp” keluarga Isteriku meminta mereka datang segera ke hospital kerana keadaannya semakin nazak.
Selesai aku menekan butang hantar, doktor memanggilku dan menyatakan ayat berikut, “I know it’s a little bit too late, but I think it’s best for you to sit beside your wife and teach her syahadah”. Betapa aku masih cuba menahan airmataku dan ku gagahi diriku untuk duduk di sebelah Isteriku. Aku membisikkan di telinga Isteriku,
‎أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
‎وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Dia tidak memberi sebarang respon dan tidak bergerak tetapi pabila aku menolehkan mukaku ke wajah isteriku, air mata mengalir dari matanya. Aku tahu pada ketika itu aku sudah kehilangan Isteri kesayanganku dan tidak lagi dapat aku tahan air mataku dari berjujuran keluar. Isteriku meninggal dunia di dalam dakapanku.
Sayang, I won’t stop praying for you and I’ll keep my promise to take a very good care of Ariq. Tenanglah kau di sana wahai Isteriku
Kepada yang masih mempunyai pasangan, hargailah mereka dan terimalah kekurangan mereka seadanya. Sekurang-kurangnya anda masih mempunyai satu sama lain
Al-fatihah to my lovely wife, Zuhri Atiqah Binti Zahrildini
25hb Oktober 1984 – 15hb Mei 2019.
Sumber: Saiful Hassim
The post “Betapa Aku Merinduimu, Sayangku”, Rintihan Suami Kongsi Hari-Hari Terakhir Isteri Tercinta Hidap Fibrosis Paru-Paru appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/22/betapa-aku-merinduimu-sayangku-rintihan-suami-kongsi-hari-hari-terakhir-isteri-tercinta-hidap-fibrosis-paru-paru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Kes Suami Jadi Mangsa Dera Isteri Sepanjang Pkp Di Selangor

5 Kes Suami Jadi Mangsa Dera Isteri Sepanjang Pkp Di Selangor

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 241 hits
Siti Mariah Mahmud percaya kes keganasan rumah tangga membabitkan suami di Selangor lebih banyak daripada yang dilaporkan kerana kebanyakan mangsa tidak membuat laporan kerana malu tidak mahu digelar dayus serta masih menyayangi isteri SHAH...
Sprm Tahan Suami Isteri Didakwa Palsukan Kontrak Kantin Sekolah Rm100 000

Sprm Tahan Suami Isteri Didakwa Palsukan Kontrak Kantin Sekolah Rm100 000

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 493 hits
Pasangan suami isteri berusia 30 an itu ditahan pegawai SPRM kira kira 10 30 pagi tadi KOTA KINABALU Sepasang suami isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan memalsukan butiran peribadi mereka untuk mendapatkan tend...
Suami Isteri Bergaduh Sebab Takde Duit

Suami Isteri Bergaduh Sebab Takde Duit

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 362 hits
Bila buka FB je saya pasti akan terbaca pasal kes rumah tangga Ada yang dari kawan FB dan ada yang orang share dari page page viral
Kajian Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan

Kajian Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 538 hits
Kajian Untuk Pasangan Suami Isteri Yang tinggal BerjauhanInstitut Sosial Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sedang menjalankan kajian berkaitan strategi daya This is a content summarry Visit my website for full ...
Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 380 hits
Ada setengah keluarga masih mengamalkan aktiviti makan bersama sebagai rutin harian mereka namun tidak kurang juga yang sudah lama tidak berkesempatan meluangkan masa seperti itu Apa kata jadikan rutin makan bersama setiap hari sekurang kur...
Untung Dapat Suami Sentiasa Menyokong Sampai Hari Hari Puji Supaya Semangat Tak Luntur

Untung Dapat Suami Sentiasa Menyokong Sampai Hari Hari Puji Supaya Semangat Tak Luntur

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 337 hits
UNTUNG DAPAT SUAMI SENTIASA MENYOKONG SAMPAI HARI HARI PUJI SUPAYA SEMANGAT TAK LUNTUR Sebenarnya malas nak bagitau sebab dah selalu sangat bagi tahu last2 tak jadi Saya ni kan sebenarnya dah dekat 2 bulan diet Saya tak ambik gula dan tak m...
Gelagat Ahli Grup Suami Masak Apa Hari Ini Acah Acah Tak Takut Bini Buat Netizen Terhibur

Gelagat Ahli Grup Suami Masak Apa Hari Ini Acah Acah Tak Takut Bini Buat Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 260 hits
Korang ingat lagi tak group Suami Masak Apa Hari Ini yang pernah tular di media sosial sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula Ya sekali lagi para suami dalam group ini buat kecoh dengan isu yang panas dilontarkan mengenai jangan takut bi...
Hebatnya Isteri Sentiasa Letakkan Suami No 1 Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia

Hebatnya Isteri Sentiasa Letakkan Suami No 1 Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 759 hits
Wanita itu sifatnya sangat unik Allah jadikan wanita insan yang sangat kuat dan kental berhadapan dalam isu rumah tangga Sanggup menggadai rasa bahagia sendiri asalkan anak anak terus bahagia Sanggup terus dikhianati asalkan rumah tangganya...
Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 324 hits
Kehilangan orang tersayang diibarat seperti hilang separuh jiwa dan raga Paling terkesan pada pasangan sehidup dan semati Tidak kurang juga perasaan kehilangan itu turut dirasai oleh rakan dan sahabat yang rapat Siapa yang tidak sedih denga...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2