Beta Terkesan Simpati Keadaan Dihadapi Rakyat Sultan Sharafuddin


Oleh Ruwaida Md Zain Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan tidak mengadakan sebarang istiadat sempena Hari Keputeraan Ke-75 esok, memandangkan negara berhadapan pandemik COVID-19.
Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor akan dilaksanakan pada tarikh akan ditetapkan bergantung keadaan semasa wabak COVID-19 ini.
"Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, beta dapat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan beta yang ke-75 pada tahun ini.
Disyorkan Untuk Anda Sultan Selangor dukacita Raja-Raja mula dihinaKenakan hukuman berat - Sultan SelangorJangan cetus perbalahan, kekacauan - Sultan SelangorEXCO Selangor dititah jalankan tanggungjawab sebaiknya "Seperti rakyat beta sedia maklum, sepanjang tahun ini kita diuji Allah SWT dengan pelbagai dugaan dan cabaran terutama sekali cabaran berdepan dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia.
"Menambah ketakutan dan keresahan kita apabila musuh yang sedang hadapi ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, malah mengakibatkan jangkitan ke seluruh dunia," titahnya hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah, sehingga hari ini lebih 67 juta orang dijangkiti dan kematian mencecah lebih 1.5 juta nyawa.
"Angka ini akan terus bertambah dari sehari ke sehari dan tentunya amat membimbangkan serta merisaukan kerana kita masih tidak pasti bilakah wabak ini akan berakhir.
"Gejala wabak COVID-19 ini banyak mengubah corak kehidupan seharian kita hingga memaksa kita untuk menerima hakikat menjalani kehidupan norma baharu dalam kehidupan," titahnya.
Baginda bertitah, wabak itu menyebabkan ekonomi terjejas teruk bukan sahaja kepada negara ini, malah seluruh dunia.
"Keadaan ekonomi negara terjejas teruk mengakibatkan ramai dalam kalangan rakyat beta terjejas pendapatan mereka, ada kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
"Lantaran itu, sebahagian besar rakyat beta kini menghadapi masalah kesempitan hidup dan kesukaran untuk menampung kos sara hidup seharian.
"Beta amat terkesan dan simpati dengan keadaan kehidupan yang rakyat Beta hadapi buat masa ini," titahnya.
Sultan Sharafuddin bertitah, baginda sentiasa mengambil berat dan memantau masalah rakyat dengan sering mengingatkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan kerajaan negeri agar menyelami masalah rakyat serta mencari jalan bagi mengatasi masalah ekonomi dihadapi rakyat.
"Beta menyeru pemimpin politik turun bersama rakyat bagi mengenal pasti masalah rakyat dan berusaha keras ke arah membantu mengatasi masalah mereka terutama mereka terjejas teruk akibat wabak COVID-19 ini.
"Beta sebagai Sultan di negeri ini turut sama merasakan segala penderitaan rakyat dan sentiasa inginkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat beta terpelihara," titahnya.
Sultan Sharafuddin mengharapkan rakyat terus bersabar dan tenang menghadapi dugaan dan sentiasa berdoa ke hadrat Allah SWT agar musibah menimpa segera diangkat dan dikembalikan semula kehidupan seperti sebelum ini.
"Beta mohon agar rakyat Beta beragama Islam sentiasa berdoa dan bersolat hajat, manakala bagi rakyat Beta bukan beragama Islam turut sama berdoa mengikut fahaman agama masing-masing," titahnya.
Baginda menzahirkan penghargaan kepada doktor, jururawat, kakitangan hospital dan barisan hadapan yang melaksanakan tugas tanpa mengenal penat lelah bagi merawat pesakit dijangkiti COVID-19 serta mencegah penularan wabak ini.
"Segala pengorbanan mereka amat beta hargai dan beta mendoakan agar Allah SWT sentiasa memelihara kesihatan petugas barisan hadapan agar tugas serta usaha mereka dapat diteruskan.
"Bagi menghargai jasa mereka berkorban ini, beta berkenan menganugerahkan bintang kebesaran dan pingat-pingat Negeri Selangor, semoga dengan penganugerahan ini dapat menaikkan semangat petugas hadapan meneruskan tugas dengan penuh dedikasi," titahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/beta-terkesan-simpati-keadaan-dihadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Titah Sultan Perak

Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Titah Sultan Perak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 291 hits
Bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid 19 Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat khususny...
Faizal Azumu Bersatu Komited Berkerjasama Meraih Kepercayaan Rakyat Pelbagai Kaum

Faizal Azumu Bersatu Komited Berkerjasama Meraih Kepercayaan Rakyat Pelbagai Kaum

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia komited untuk bekerjasama dan meraih kepercayaan rakyat dalam pelbagai kaum di negara ini Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sejak empat tahun penubuhan Bersatu telah diterima dan ...
Pemuda Dap Gesa Anwar Mohon Maaf Pada Rakyat Dan Rakan Sekutu

Pemuda Dap Gesa Anwar Mohon Maaf Pada Rakyat Dan Rakan Sekutu

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 324 hits
Pemuda DAP menggesa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat dan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan Ini selepas Anwar memberi arahan saat saat akhir untuk tidak meneruskan undi belah bahagi pada undian Belan...
Gagal Tolak Belanjawan Wakil Rakyat Ph Dikecam Pengguna Media Sosial

Gagal Tolak Belanjawan Wakil Rakyat Ph Dikecam Pengguna Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 301 hits
Pakatan Harapan terus menerima kecaman orang ramai di media sosial kira kira 24 jam selepas Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar dengan mudah apabila majoriti ahli Parlimennya termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak meminta ...
Kudos Zahid And Bn Rakyat Must Punish Gang 13

Kudos Zahid And Bn Rakyat Must Punish Gang 13

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 249 hits
BUDGET 2021 was approved at the policy stage at the Dewan Rakyat yesterday against the attempt of some Opposition MPs to have a bloc vote Surprisingly all DAP and PKR representatives vote in support a grand victory for the razor thin majori...
Johor Sultan Hits 1mil Followers On Fb

Johor Sultan Hits 1mil Followers On Fb

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 245 hits
JOHOR BARU The Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has hit one million followers on his official Facebook page The Johor ruler expressed his gratitude in a post uploaded on the page Tuesday Facebook is one of the social media acc...
Sultan S Business Partner Mixing In Wrong Company

Sultan S Business Partner Mixing In Wrong Company

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 796 hits
From left Inix s Vice Chairman Dato Tan Choon Hwa ex Chairman Wan Kuok Koi and Executive Director Lee Han Keat In the midst of the endless political saga it was quite a relief to hear the report on December 7 without much fuzz Lost in the P...
Beban Kerajaan Membantu Rakyat Berkurangan Apabila Rakyat Pilih Guna Duit Sendiri Kwsp Termakan Cakap Najib

Beban Kerajaan Membantu Rakyat Berkurangan Apabila Rakyat Pilih Guna Duit Sendiri Kwsp Termakan Cakap Najib

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 503 hits
Kerajaan hanya tawarkan kelonggaran pengeluaran KWSP RM500 setiap bulan x 12 bulan Sudah tentu ini tidak mencukupi dan kerajaan perlu bantu lagi dalam pelbagai bentuk Tetapi keperluan bantu itu menjadi ringan kurang perlu dan terbantut kera...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Where Were You When

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekasih Hati Baba Umi Hana Ismail Suami Raikan Ulang Tahun Pertama Anak Makin Comel

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu