Best Sunscreen Spf50 Untuk Kegunaan Harian Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Yang Tidak Berminyak Melekit


Dijangka cuaca panas sekarang ni akan berterusan sehingga pertengahan bulan September nanti akibat monsun barat daya. Dengan suhu melebihi 30 darjah celsius hampir setiap hari, tak mustahil muka boleh sunburn teruk kalau tak pakai sunscreen kan?

Sebab itu, walau pun duduk di rumah saja pun saya tetap akan sapu sunscreen di wajah. Yelah, tak keluar rumah tak bermaksud takde sinar UV kan. Muka saya masih terdedah kepada sinar UVA dan UVB yang boleh merosakkan dan menghidrat tubuh badan serta wajah terutama dalam musim panas ni. Jadi kita ambil precaution awal-awal


Aloe Vera Sunscreen
Bercakap tentang sunscreen, saya baru je cuba sunscreen terbaru daripada Hansaegee Nature iaitu Aloe Vera Sunscreen. Berasaskan daripada gabungan bahan semulajadi, Aloe Vera Sunscreen ni antara sunscreen best yang pernah saya cuba tau. Dengan SPF50 dan PA+++, jadi ia sesuai sangat nak digunakan pada saat cuaca panas membahang sekarang


Ramai sedia maklum yang saya memang pengguna tegar produk penjagaan wajah daripada Hansaegee Nature. Kalau sebelum ni saya pernah pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream, sekarang saya cuba pula sunscreen terbaru mereka iaitu Aloe Vera Sunscreen. Lagi teruja bila dapat tahu yang sunscreen ni bukan saja dihasilkan daripada aloe vera semata-mata, malah turut ditambah campuran beberapa jenis gabungan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang lain


Kandungan Aloe Vera Sunscreen

Melalui namanya sendiri kita boleh agak yang Aloe Vera Sunscreen mengandungi ekstrak aloe vera. Tidak itu saja, ia juga mengandungi campuran tiga jenis ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi yang lain iaitu pegaga, orkid dan mulberi putih. Setiap satu jenis tumbuhan ini pula ada keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri


Ekstrak Aloe Vera
Sinonim dengan panggilan lidah buaya, aloe vera telah digunakan sejak 5000 tahun dahulu dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana kemampuannya menyimpan lembapan serta kuasa penyembuhannya yang pantas. Selain mudah diperolehi, ia juga bersifat anti bakteria yang menjadikannya pilihan terbaik untuk digunakan dalam kebanyakan produk kecantikan masa kini


Ekstrak Centella Asiatica
Umum dikenali sebagai pegaga dan sering dijadikan sebagai ulam-ulaman kerana rasanya yang sedap serta mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kulit. Bukan sahaja baik dalam membaiki peredaran darah, malah ia juga sering digunakan untuk memperlambatkan tanda penuaan dan menghilangkan jerawat


Ekstrak Orkid
Tidak seperti aloe vera dan centella asiatica, penggunaan orkid dalam bidang kecantikan tidaklah terlalu meluas namun ia tetap datang dengan khasiatnya yang tersendiri. Tinggi antioksida yang mampu melawan radikal bebas, khasiat orkid juga adalah dalam mengembalikan keserian dan melambatkan proses penuaan kulit wajah


Ekstrak Morus Alba Bark
Meski mulberi merah lebih dikenali namun mulberi putih juga tak kurang khasiatnya. Digunakan dalam bidang farmaseutikal dan kecantikan, khasiat mulberi putih tidak sahaja terletak pada buahnya malah turut pada daunnya. Selain digunakan untuk mengawal kandungan paras gula dan lemak dalam darah, ia juga digunakan sebagai agen perlindungan kepada sinar UV


Kebaikan Aloe Vera Sunscreen
Kenapa saya pakai Aloe Vera Sunscreen? Sudah tentulah untuk lindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB yang bukan sahaja boleh rosakkan kulit muka malah juga boleh sebabkan masalah kanser kulit. Namun sebab utama saya pilih Aloe Vera Sunscreen sebagai sunscreen harian adalah kerana kesesuaiannya dengan wajah dan tahap perlindungan yang ditawarkan


Dengan perlindungan SPF50 dan PA+++, saya tak perlu risau nak berjalan dalam panas terik kerana saya tahu muka saya dilindungi daripada pancaran matahari oleh maksimum protection yang terdapat dalam Aloe Vera Sunscreen. Kehadiran SPF50 membantu wajah saya terhindar daripada kesan UVB yang boleh akibatkan sunburn manakala PA+++ pula mengurangkan risiko kerosakan kulit dari dalam akibat pancaran UVA


Berikut adalah antara kelebihan yang terdapat dalam Aloe Vera Sunscreen:Melindungi wajah dari sinar UVMengurangkan keradangan kulit sensitifMengurangkan tanda penuaan wajahMenghidrat kulit wajah dan melembapkannya

Tekstur Aloe Vera Sunscreen
Berwarna putih kehijauan dengan tekstur halus yang mudah disapu ke wajah, Aloe Vera Sunscreen ringan dan tak meninggalkan kesan apabila digunakan. Ia tak berminyak, tak melekit serta tak juga meninggalkan warna seperti sesetengah sunscreen yang ada di pasaran. Selain itu, setiap sapuan tak perlukan penggunaan tenaga yang lebih kerana hanya sapuan lembut sudah memadai bagi membolehkan krim menyerap masuk ke dalam kulit wajah


Aloe Vera Sunscreen juga bersifat melembap. Sebab itu ia turut sesuai digunakan sebagai base mekap kerana teksturnya yang lembut menjadikan sapuan mekap lebih mudah dilakukan. Yang paling saya suka adalah tiada white cast terhasil meski pun saya berulang kali menggunakan sunscreen ini ke wajah. Tiada kandungan alkohol, paraben dan allergen serta muka juga nampak cerah semulajadi setiap kali selepas sapuan




Cara Penggunaan
Saya pakai Aloe Vera Sunscreen setiap hari terutama bila nak ambil anak-anak balik dari sekolah. Terdedah pada cuaca panas terik setiap hari saat menunggu anak-anak di depan pagar sekolah meskipun cuma sekejap memang boleh sebabkan muka saya dehidrat, kering dan kusam. Untuk elakkan muka saya alami proses penuaan lebih awal, wajib untuk saya pakai Aloe Vera Sunscreen setiap hari

Setiap kali selesai mencuci muka diikuti dengan penggunaan toner dan moisturiser, saya guna Aloe Vera Sunscreen untuk perlindungan daripada sinar UV. Saya tambah sapuan sunscreen pada wajah jika terdedah lama pada matahari dan ketika berpeluh kuat untuk mendapatkan perlindungan maksimum


Dengan penutup botol twist-lock, mudah untuk saya bawa Aloe Vera Sunscreen ketika travel kerana ia kecil dan nipis. Jadi tiada masalah untuk re-touch pada saat memerlukan. Lagi pun krim tak mudah tumpah atau terkeluar daripada botol kerana design penutup twist-lock yang selamat dan ketat melindungi daripada kebocoran


Sunscreen Terbaik Harian Saya
Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature adalah antara sunscreen terbaik saya untuk kegunaan harian. Sebagai surirumah, saya tetap perlu lakukan aktiviti luar seperti menukar bekas makanan haiwan peliharaan, menyiram pokok bunga dan menyidai pakaian yang mendedahkan saya kepada pancaran sinar matahari. Sebab itu saya tetap perlu gunakan sunscreen walau hanya berada di rumah


Pilihan saya Aloe Vera Sunscreen kerana ia mudah disapukan ke wajah, tak berminyak, tak melekit, tak meninggalkan white cast atau senang kata, tak leceh sewaktu gunakan Aloe Vera Sunscreen. Selain menonjolkan kecerahan wajah secara semulajadi, ia juga mudah dibawa ke mana-mana jadi senang untuk saya re-touch. Lagi pula saya boleh dapatkan maximum protection dengan SPF50 dan PA+++



Nak Beli Aloe Vera Sunscreen di Mana?
Kini semua di hujung jari saja. Saya tak perlu ke kedai untuk dapatkan best sunscreen dan boleh terus buat belian secara online. Tapi saya pasti ramai yang masih was-was untuk gunakan produk penjagaan wajah daripada Hansaegee Nature ni, tapi jangan risau saya pun macam awak dulu. Sekarang bila dah cuba, memang tak tukar yang lain dah. So, apa kata awak beli dan cuba pakai dulu Aloe Vera Sunscreen ni


Awak boleh buat belian di mana-mana link di bawah dan lihat lebih banyak testimonial mereka yang dah berpuas hati dengan produk Hansaegee Nature. Bukan saya sahaja yang sukakan brand ni, tapi ramai lagi. Jadi awak jangan tunggu lagi, klik link kat bawah okeh! Jangan lupa check promosi yang sedang berlangsung di website mereka juga ya


➤ Brand: Hansaegee Nature➤ Website: www.hansaegee.com/shop➤ IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/ ➤ FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature➤ Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/06/best-sunscreen-spf50-tak-berminyak-hansaegee-nature-aloe-vera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sunscreen Terbaik Semestinya Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature

Sunscreen Terbaik Semestinya Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 186 hits
Sunscreen Terbaik Semestinya Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature Penggunaan sunblock dan sunscreen dah termasuk antara skincare paling penting sekarang Dengan keadaan cuaca dan penggunaan bahan yang boleh menghasilkan UV seperti lampu...
Lindungi Kulit Muka Dan Kekalkan Kelembapan Dengan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen

Lindungi Kulit Muka Dan Kekalkan Kelembapan Dengan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 268 hits
Lindungi Kulit Muka dan Kekalkan Kelembapan dengan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen Hai korang Sihat ke tuh Moga bebaik saja tau Busy busy pun kulit tetap perlu dijaga dan dipelihara Bukan untuk orang lain untuk diri sendiri jugak Keselesaan m...
Pinggan Bercorak Tak Selamat Untuk Kegunaan Harian Lagi Baik Pilih Warna Putih

Pinggan Bercorak Tak Selamat Untuk Kegunaan Harian Lagi Baik Pilih Warna Putih

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 286 hits
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik Namun berhati hati kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan p...
Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Penganalisis Politik...
Pendapatan Harian Google Adsense Usd 0 00

Pendapatan Harian Google Adsense Usd 0 00

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 233 hits
Alahai sudah 3 hari pendapatan Google Adsenseku mendapat USD 0 00 setiap hari Apa salah dan silapnya Hari ini 6 Jun 2022 pendapatan baru USD 0 03 Semoga ada rezeki buatku pada hari ini dan seterusnya Amin
Pru 15 Tak Perlu Disegerakan Berita Harian 08 06 2022

Pru 15 Tak Perlu Disegerakan Berita Harian 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Pensyarah Universi...
15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 259 hits
Pada penghujung September Penutupan semula harga di bawah tahap harga 1 1700 telah memulakan pergerakan menurun ke arah tahap 1 1500 di mana beberapa pemulihan kenaikkan telah diperhatikan Tidak lama selepas itu satu lagi penurunan harga be...
Ingatkan Mrsm Sheikh Muszaphar Bangga 2 Sekolah Harian Berjaya Raih Top 10 Sekolah Terbaik Dunia

Ingatkan Mrsm Sheikh Muszaphar Bangga 2 Sekolah Harian Berjaya Raih Top 10 Sekolah Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 194 hits
Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa bangga apabila dua sekolah biasa di Malaysia tersenarai di dalam sekolah terbaik di dunia Dua sekolah yang berjaya menempatkan diri dalam kategori 10 terbaik itu adalah SMK K...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos