Besar Nanti Jadi Anak Yang Soleh Ya Sentiasa Ucapkan Perkataan Positif Pada Anak


“Besar nanti jadi anak soleh ya sayang,” ungkapan sering diucapkan kebanyakan ibu bapa kepada anak. Namun bagaimana caranya untuk menjadikan anak itu sebagai anak yang soleh dan solehah?

Anak soleh bermula daripada didikan
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang soleh, mendengar kata dan bijak. Tetapi bagaimana sebenarnya cara yang terbaik untuk menjadikan si kecil membesar menjadi anak soleh? Adakah ia sukar untuk dilakukan?
Sebenarnya, untuk menjadikan anak membesar sebagai insan yang soleh dan solehah bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana ia bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.
Dalam erti kata yang mudah, jika ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul dan terbaik, maka impian memperolehi anak soleh dan mendengar kata, pastinya akan dapat dicapai. Tetapi bagaimana?
Mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Dalam masa yang sama tanggungjawab tersebut perlu dilengkapi dengan perasaan kasih sayang.
Kaedah mendidik anak
Bagaimana yang dikatakan sebagai cara didikan yang betul dan terbaik agar si manja membesar menjadi anak soleh? Penulis akui, setiap ibu bapa mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak.
Walau bagaimanapun, berikut adalah antara beberapa kesilapan yang tanpa disedari dilakukan oleh kebanyakan individu bergelar ibu bapa:
Penggunaan bahasa yang kasar
Anda pasti pernah berada dalam situasi di mana seorang ibu memarahi anaknya di depan khalayak umum, bukan? Ataupun pernah tak anda mendengar jiran anda menjerit dan menggunakan bahasa yang kasar kepada anaknya?
Apakah perasaan anda tatkala mendengar jeritan, maki hamun dan amarah seorang ibu kepada anaknya? Mungkin anda berasakan itu adalah cara si ibu melepaskan tekanannya akibat sikap si anak.
Tetapi sebenarnya perbuatan seperti itu lebih cenderung menjadi ikutan si anak apabila dewasa kelak. Mereka mungkin akan menjerit, marah dan memaki sesiapa sahaja yang tidak mengikut keinginannya. Adakah anda mahu anak anda menjadi individu seperti itu?
Bukankah setiap tutur kata ibu bapa itu adalah doa? Bukankah anak itu cerminan diri ibu bapa? Maka jika anda mahu si kecil menjadi anak soleh dan solehah, maka elakkan daripada menuturkan perkataan kasar yang tidak elok. Ubah diri anda terlebih dahulu sebagai ibu bapa sebelum anda membentuk si manja menjadi anak yang baik.
Memaksa anak
Anda mahukan anak mendengar setiap kata dan mengikut telunjuk anda. Anda langsung tidak cuba memahami keinginan si kecil. Adakah anda sedar tindakan anda itu boleh menyebabkan si kecil menjadi tertekan? Lebih menakutkan jika mereka tidak mempunyai keinginan dan semangat untuk melakukan sesuatu seperti bermain?
Ya, kita semua sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi adakah apa yang kita rasakan terbaik itu, sememangnya terbaik buat si kecil? Bayangkan jika anda berada di tempat si manja dan dipaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendak anda, apakah perasaan anda? Malahan, tidak mustahil ia boleh menyebabkan wujudnya dendam dalam hati si manja.
Sebaiknya, jangan terlalu memaksa anak anda mengikut telunjuk anda semata-mata. Berikan si kecil peluang menikmati zaman kanak-kanak mereka. Benarkan mereka untuk mempunyai pengalaman dan memori menyeronokkan dan akan dikenang sepanjang hayat mereka.
Jika mereka mempunyai minat dalam sesuatu perkara, bantu mereka untuk menjadi terbaik dalam apa juga bidang kegemaran mereka. Jika mereka masih kabur, maka ia adalah tugas anda untuk membantu mereka membina dan mewujudkan perkara yang mereka gemari.
Melarang anak
Pernah tak si kecil secara tiba-tiba datang kepada anda dan menyatakan “Mama, Husna nak tolong sapu sampah”, apakah reaksi anda? Mengizinkan atau menghalang? Jika anda mengizinkan, maka anda membuat keputusan yang betul walaupun hakikatnya si kecil mungkin hanya akan menambahkan lagi kerja anda.
Ini sekurang-kurangnya dapat mendidik sifat dan keinginan untuk membantu dalam diri mereka. Dalam masa yang sama membangunkan rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.
Sebaliknya, jika anda memarahi mereka dan menolak keinginan mereka untuk membantu, malah lebih teruk lagi apabila anda memarahi mereka, percayalah situasi ini akan menyebabkan mereka sukar untuk membantu dalam melakukan tugasan di rumah.
Menipu
Kenapa anak takut untuk bercakap benar apabila melakukan kesalahan? Sudah tentu kerana mereka bimbang akan dimarahi anda. Kenapa anak gemar untuk menipu? Pastinya kerana mereka pernah melihat anda menipu.
Seperti yang dikatakan pada awal tadi, anak adalah cerminan diri anda sendiri. Jika anda merupakan individu yang tidak beradab, gemar meninggikan suara dan menipu, maka tidak mustahil anak anda juga akan bersikap sebegitu. Si kecil mudah meniru apa yang sering mereka lihat.
Buat perangai
Anak meminta anda membelikan sesuatu dan anda tidak memenuhi permintaannya, apa yang akan berlaku? Adakah dia mengamuk, menangis atau mendiamkan diri? Jika mereka mengamuk dan membuat perangai, ini bermakna mereka sudah biasa dengan situasi segala kehendak dan keinginan mereka dipenuhi.
Mungkin ada antara anda bertanyakan, adakah ia sesuatu yang tidak bagus sedangkan anda mampu untuk memberikannya? Sebenarnya, anak anda harus mempunyai satu kesedaran bahawa bukan semua perkara yang diingini akan diperolehi.
Mereka harus belajar bersyukur dengan apa yang mereka miliki dan bukannya hanya tahu meminta-minta. Ini kerana dikhuatiri sikap ini akan terbawa-bawa sehingga anak anda sukar menerima pendapat dan pandangan individu lain.
Segalanya bermula daripada didikan anda sebagai ibu bapa. Banyakkan bersabar, okay?
Sumber: Hello Doktor
The post “Besar Nanti Jadi Anak Yang Soleh Ya” Sentiasa Ucapkan Perkataan Positif Pada Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/besar-nanti-jadi-anak-yang-soleh-ya-sentiasa-ucapkan-perkataan-positif-pada-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Kuat Engaged Dengan Anak Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

Ayah Kuat Engaged Dengan Anak Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 273 hits
Biasakan kita dengar anak anak takut dengan ayahnya Ayah garang Ayah selalu rotan Sampaikan ada anak anak yang berlumba lawan ayah siapa lagi garang Tapi ayah ayah Pernah dengar tak yang emosi anak anak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh emo...
These Parent Are Indeed Made In China Ibu Bapa Tinggalkan 2 Anak Mereka Yang Disyaki Positif Koronavirus Di Airport

These Parent Are Indeed Made In China Ibu Bapa Tinggalkan 2 Anak Mereka Yang Disyaki Positif Koronavirus Di Airport

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 451 hits
Dalam perkembangan terkini mengenai wabak koronavirus di China yang dikatakan berpunca dari makanan eksotik 26 kes kematian telah direkodkan dan lebih 900 orang yang disahkan positif virus tersebut Penularan virus itu dilaporkan bermula di ...
Bacalah Surah Taha Ayat 1 5 Setiap Kali Anak Tidur Cium Dahi Besar Manfaatnya

Bacalah Surah Taha Ayat 1 5 Setiap Kali Anak Tidur Cium Dahi Besar Manfaatnya

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 889 hits
Percayalah apa yang dihajatkan oleh ibu bapa itu akan dapat pada anak anak kita Asalkan niat yang elok dan pastikan selepas solat jangan lupa doakan kesejahteraan anak Bagi ibu bapa yang selalu bertanya apa rahsia untuk melembutkan hati ana...
Anak Acuan Mak Ayah Isi Tangki Emosi Dengan Benda Baik Untuk Si Kecil Tiru Jadi Baik Sampai Besar

Anak Acuan Mak Ayah Isi Tangki Emosi Dengan Benda Baik Untuk Si Kecil Tiru Jadi Baik Sampai Besar

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 285 hits
Dalam membesarkan anak anak memang perasaan amarah senang mendatangi ibu dan ayah Kadang benda kecil pun boleh buat kita senang melenting Bila fikir balik padahal tak perlu pun marah marah malah boleh diselesaikan tanpa menjerit atau marah ...
Anak Lelaki Yang Diajar Untuk Sayang Ibunya Bila Besar Akan Hormatkan Perempuan

Anak Lelaki Yang Diajar Untuk Sayang Ibunya Bila Besar Akan Hormatkan Perempuan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 360 hits
Ada yang mengatakan untuk membesarkan anak perempuan lebih susah berbanding anak lelaki Sebenarnya tidak kiralah apa jantina anak sekalipun bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik mereka Tambahan pula sekarang banyak pengaruh persekitara...
Jangan Lepaskan 12 Waktu Terbaik Ini Peluk Anak Walaupun Dah Besar Mesti Buat

Jangan Lepaskan 12 Waktu Terbaik Ini Peluk Anak Walaupun Dah Besar Mesti Buat

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 698 hits
Jangan berhenti memeluk anak anak baik lelaki atau perempuan Walaupun anak dah makin membesar pelukan itu juga mampu beri rasa selamat ketenangan dan meredakan tekanan Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak Apabila...
Sibuk Macam Mana Pun Jangan Biar Anak Makan Sorang Sorang Bila Dia Dah Besar Anda Akan Mula Sunyi

Sibuk Macam Mana Pun Jangan Biar Anak Makan Sorang Sorang Bila Dia Dah Besar Anda Akan Mula Sunyi

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 435 hits
Setiap bayi akan mengalami proses pembesaran daripada masa ke masa yang mungkin tidak disedari oleh kedua ibu bapa mereka Sebagai ibu bapa pula anda mungkin terlalu sibuk membesarkan anak dan memenuhi keperluan sehingga tidak menyedari anak...
Masa Anak Kecil Nilah Spend Masa Sepuasnya Dengan Anak Dah Besar Dia Ada Urusan Sendiri

Masa Anak Kecil Nilah Spend Masa Sepuasnya Dengan Anak Dah Besar Dia Ada Urusan Sendiri

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 367 hits
Bukan mudah tugas untuk mendidik dan membesarkan anak anak Ibu bapa perlu ada kesabaran yang tinggi dan sentiasa positif dalam membentuk keperibadian anak Pesanan dari Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ini wajar dijadikan panduan oleh ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free