Beruntung Penjawat Awam Pulau Pinang Dapat Rm1 000 Bonus Bantuan Khas




GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 4,009 penjawat awam di negeri ini.

 

Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri berkata bayaran bonus itu melibatkan RM5.5 juta dan akan dibayar pada Disember 2020.

 

"Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara serta semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta semua anggota perkhidmatan Persekutuan atas pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak COVID-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam," katanya.

 

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah atas segala jasa dan pengorbanan barisan penjawat awam selaku tulang belakang kerajaan negeri kepada segala perancangan dan pelaksanaan dasar dan pembangunan negeri.

 

"Penjawat awam merupakan jentera laksana kerajaan, tanpa mereka pincanglah urus tadbir negeri. Pencapaian gemilang yang telah kita kecapi sehingga kini tidak akan dapat diperoleh tanpa komitmen dan sokongan yang jitu daripada mereka.

 

"Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri Pulau Pinang bagi tahun 2020, kerajaan negeri bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan dengan setengah  bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000. Adalah diharapkan bayaran BKK ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang," katanya.
 

Di samping itu Chow berkata pembayaran sebanyak RM300 juga akan disalurkan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina serta pemberian RM200 seorang kepada seramai 320 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang pada Disember ini melibatkan tambahan perbelanjaan RM898,900.

 

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/beruntung-penjawat-awam-pulau-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Umum Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

Pulau Pinang Umum Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 279 hits
Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1 000 untuk semua penjawat awam di negeri itu Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bayaran bonus kepada 4 009 penjawat awam negeri itu akan dibuat Disember ...
Lelaki Merokok Dikompaun Rm1 000 Tidak Memakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

Lelaki Merokok Dikompaun Rm1 000 Tidak Memakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 397 hits
Disebabkan tidak mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan kerajaan empat individu di Labuan semalam telah dikompaun RM1 000 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam Menurut Harian Metro didapati seorang lelaki meroko...
Kpdnhep Pulau Pinang Lupus Barang Tiruan Bernilai Lebih Rm1 Juta

Kpdnhep Pulau Pinang Lupus Barang Tiruan Bernilai Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 368 hits
Pelbagai rampasan barangan berjenama tiruan cetak rompak dan makanan bernilai lebih RM1 juta sejak 2018 lalu dilupuskan Pelupusan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang sejak Januari hingga Oktobe...
Pusat Rawatan Khas Covid 19 Di Penjara Reman Pulau Pinang

Pusat Rawatan Khas Covid 19 Di Penjara Reman Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 414 hits
BERNAMAGeorge Town Penjara Reman Pulau Pinang membuka pusat rawatan khas Covid 19 di dalam penjara itu sebagai persediaan menghadapi kemungkinan ramai tahanan dijangkiti wabak berkenaan Pengarahnya Mohamed Jusoh Ismail berkata setakat ini j...
Penguatkuasaan Khas Jpj Pulau Pinang Terhadap Van Yang Bawa Pekerja

Penguatkuasaan Khas Jpj Pulau Pinang Terhadap Van Yang Bawa Pekerja

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 633 hits
PENGUATKUASAAN KHAS VAN PERSENDIRIAN BAWA PEKERJASeberang Jaya Pulau Pinang 28 September 2020 Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan khas ke atas van persendirian membawa pekerja kilang di sekitar Daerah Sebe...
Kos Hidup Meningkat Cuepacs Mohon Kerajaan Naikkan Gaji Bonus Penjawat Awam

Kos Hidup Meningkat Cuepacs Mohon Kerajaan Naikkan Gaji Bonus Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 305 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar gaji dan pemberian bonus secara bulanan kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2021 bulan depan Presidennya Adnan Mat berk...
Pulau Pinang Tangguh Bentang Usul Kosong Empat Kerusi Dun

Pulau Pinang Tangguh Bentang Usul Kosong Empat Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 333 hits
GEORGETOWN Kerajaan Pulau Pinang tidak akan meneruskan pembentangan usul untuk mengosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri Isnin ini kerana situasi terkini wabak koronavirus Ketua Menteri Chow Kon Yeow ...
The Table Co Cafe Carnarvon Street George Town Pulau Pinang

The Table Co Cafe Carnarvon Street George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 483 hits
The Table Co Cafe Makan santai santai western food di The Table Co Cafe di Carnarvon Street George Town Pulau Pinang memang sangat ohsem dan sedap The Table Cafe ni takde la besar sangat Diorang menggunakan sepenuhnya ruang dua tingkat bang...
7 Menu Makanan Jalanan Atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

7 Menu Makanan Jalanan Atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 647 hits
7 Menu Makanan Jalanan atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan Assalamualaikum dan selamat pagi Hai reader semua kali ini Bonde nak kongsikan pengalaman Bonde ke Penang dan pastinya This is a content summary only Visit my website...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baru 2 Bulan Czer Dahlia Rizal Dah Main Pickleball Sopan Jadi Inspirasi Ibu Muda

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like