Bertema Retro Kuala Lumpur 10 000 Serbu Program Keretapi Sarong


 
Peserta Program Keretapi Sarong tampil dengan busana tradisional dan retro.KUALA LUMPUR: Seolah-olah berada di zaman 60-an, program Keretapi Sarong kali ini membawa suntikan baharu dengan bertemakan ‘Retro Kuala Lumpur’ dalam sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Pengarah Program Keretapi Sarong, Shamsul Bahrin Zainuzzaman, berkata meskipun pada awalnya jangkaan hanya sekitar 3,000 peserta sahaja, namun hari ini dianggarkan 10,000 membanjiri pekarangan pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.
“Biasanya bertema ‘sarong’ sahaja, jadi tahun ini kita buat kelainan guna tema retro Kuala Lumpur, dan bagaimana orang menggayakan retro dengan sarung.
“Kami cuma jangka 3,000 orang sahaja tetapi disebabkan pandemik dan cuti panjang, hari ini di luar jangkaan dan kami lihat rakyat kita sangat bersemangat meraikan Hari Malaysia hari ini, hasil tinjauan tadi lebih kurang 10,000 orang,” katanya kepada FMT.
Seorang peserta, Sahirah Atan, 28, yang baru kali pertama menyertai program itu berkata, selepas lebih dua tahun berdepan pandemik dan terpaksa berkurung, sambutan seperti ini adalah dinanti-nantikan.
Katanya, melihat begitu ramai peserta hadir dengan berpakaian retro dan ‘sarong’ membuktikan rakyat Malaysia tidak mengira kaum bersatu mempamerkan keistimewaan yang ada di negara kita.
“Waktu ini rasa teruja, bangga orang luar negara boleh datang sini tengok budaya kita, pakaian tradisional kita, dengan sarung kita boleh menyatukan ramai orang, tak kira kaum kita sama-sama ‘enjoy’,” katanya.
Seorang lagi peserta, Nurain, 22, meluahkan keterujaan apabila melihat solidariti peserta bersemangat menyambut Hari Malaysia dengan bangga berpakaian bertema ‘sarong’ selain dapat merasai kembali kenangan di awal 60-an dan 70-an.
“Masa mula-mula agak malu sebab kita bersiap datang berkebaya dengan sarung tetapi bila dah mula lihat peserta lain juga dengan bersarung, rasa malu itu hilang.
“Nyanyi semula lagu-lagu nostalgia, saya orang muda bila berada dalam suasana dengan ramai berpakaian tradisional, kebaya dan pakaian retro saya rasa macam ada di zaman 60-an, terharu lihat orang ramai bersolidariti dan bangga dengan sarung kita,” katanya.
Peserta warga emas, Suskri, 63, berkata dia bangga melihat ramai golongan muda menunjukkan rasa cinta terhadap negara dan budaya Malaysia yang masih mengekalkan warisan tradisi.
“Saya sebagai orang tua lihat anak-anak muda semangat sambut Hari Malaysia, kekalkan budaya kita di Malaysia dengan pakaian tradisional. Saya sangat bangga tengok mereka bersatu,” katanya dari Klang.
Program Keretapi Sarong kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan Malaysian Fusion, tarian joget lambak serta penyampaian hadiah bagi busana terbaik.
Program Keretapi Sarong mula diperkenalkan pada 2012 dan merupakan program kendalian badan bukan kerajaan (NGO) LOCCO.
Ia membabitkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelikat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Tahun ini Keretapi Sarong mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) serta Kementerian Pengangkutan.
Turut terlibat agensi seperti Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Prasarana Berhad, MRT Corporation, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan Malaysia Airports Holdings Berhad. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/bertema-retro-kuala-lumpur-10000-serbu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chocolate Museum Kota Damansara Lokasi Menarik Bercuti Di Kuala Lumpur

Chocolate Museum Kota Damansara Lokasi Menarik Bercuti Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 225 hits
Berita baik kepada semua penggemar coklat di Malaysia Abe nak kongsikan sesuatu dengan korang semua tentang lokasi yang sangat sesuai untuk korang bawa anak anak korang semua Secara tak langsung dorang boleh belajar berkenaan coklat disampi...
Ascott Service Apartments Kuala Lumpur

Ascott Service Apartments Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 241 hits
5 Star ApartmentMinggu lepas aku perlu ke Cheras sebab perlu buat site measurement Pergi berdua dengan bos So aku follow jelah Sampai di Serdang kitaorang berhenti sekejap isi minyak tiba tiba bos aku perasan tayar belakang kurang angin che...
Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 Di Kuala Lumpur Luar Biasa

Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 Di Kuala Lumpur Luar Biasa

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 295 hits
Assalammualaikum semua Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil 9 September 2022 Ruby berkesempatan ke Seawal jam 5 30 petang Ruby bertolak cuaca hari ini hujan sepanjang petang Pada mulanya ingin menaiki motosikal Namun kami naik kereta sebab...
Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur Makanan Viral Harus Cuba

Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur Makanan Viral Harus Cuba

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 333 hits
Salam to all my readers Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur Makanan Viral Harus Cuba Gara gara viral dekat TikTok aku gigih juga pergi cari nak merasa makan Mala Hotpot Mini ini hah Last week tiada plan pergi hiking ter...
Seed Malaysia Teams Up With W Kuala Lumpur And Dusun Openhouse For Nolabels

Seed Malaysia Teams Up With W Kuala Lumpur And Dusun Openhouse For Nolabels

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 330 hits
The month long movement aims to celebrate the diversity and inclusivity within the community Throughout the month of September will team up with and Dusun OpenHouse to play host to a celebration of diversity and inclusivity With Malaysia be...
Penerbangan Percubaan Myairline Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu

Penerbangan Percubaan Myairline Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 211 hits
Kami turut teruja dengan perkongsian terbaru Syarikat Penerbangan MyAirline Malaysia dengan beberapa gambar menarik penerbangan mereka di laman Facebook Kami difahamkan ia mungkin salah satu daripada penerbangan percubaan MyAirline dari Lap...
Kami Akan Datang Lagi Penuh Meriah I Dle Selesai Adakan Konsert Di Kuala Lumpur

Kami Akan Datang Lagi Penuh Meriah I Dle Selesai Adakan Konsert Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 203 hits
Ada tak yang pergi tonton konsert I DLE semalam ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu I DLE telah mengadakan konsert jelajah dunia mereka I DLE WORLD TOUR JUST ME I DLE di Kuala Lumpur Malaysia semalam Setibanya I DLE di Lapangan Terbang A...
Top 5 Fast Food Restaurants In Kuala Lumpur

Top 5 Fast Food Restaurants In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 357 hits
AssalamualaikumHarini saya nak share dengan korang Top 5 Fast Food Restaurants in KL 4 Fingers Crispy ChickenMungkin ramai yang dah pernah makan 4 Fingers Crispy Chicken ni maklumlah Kpop style siapa tak suka kan hehe Tapi mungkin ada yang ...
Airasia X Reconnects Sydney To Kuala Lumpur And The Region

Airasia X Reconnects Sydney To Kuala Lumpur And The Region

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 235 hits
Fly from Sydney to Kuala Lumpur direct from AUD239 or Fly Thru to other cities across AseanAirAsia X flight D7 221 from Sydney was greeted by a water cannon salute upon arrival at Kuala Lumpur International Airport on Friday AirAsia X celeb...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam