Bertambah Usia Semakin Menjauh Daripada Dunia
BERTAMBAH USIA SEMAKIN MENJAUH DARIPADA DUNIA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK DIRIKU WAHAI TANAH BERNYAWA. Terima kasih ALLAH swt. Terima kasih MAMA DAN BABAH. Syukur. Hari terakhir dibulan Januari. Bererti sudah berakhir tiga puluh satu hari dibulan ini, ditahun 2022. Allahu. Cepat sangat-sangat. Penutup untuk bulan Januari tetapi membuka satu lagi lembaran baharu untuk diri ini. Bertambah usia bererti semakin menjauh diriku daripada dunia.
Bahagia?. Sangat-sangat. Dengan apa yang seadanya. Syukur. Gembira?. Juga, kerana selalu disayangi oleh insan-insan istimewa. Bersyukur?. Paling pasti kerana semua tidak ada ertinya tanpa dipinjamka oleh Maha Kuasa. Allahu Allah. Awal pagi lagi mama babah dah call daripada kampung. Kalau encik suami biasanya sepanajang minggu hinggalah sampai tarikhnya dia akan ucap siang malam pagi petang. Daripada awal nikah samapailah sekarang. Hahaha. Perangai sungguh.
Tidak dinafikan setiap kali ulangtahun kelahiran setiap kali itu hati berdebar-debar. jantung berdegup lebih kencang. Macam lari tak berhenti-henti. Akan terlintas dihati dan fikiran. Dah sempurna dan cukup ke ibadah aku. Dah cukup ke taubat aku, dengan dosa yang bertimbun-timbun. Rasa ni yang sering datang dan berualang-ulang. Bukan tak happy. Siapa yang tak happy sambut ulangtahun kelahiran dik non oiii. Ya Allah.
Mama babah selalu ingatkan, tak salah pun nak suka sambut ualangtahun kelahiran tapi ingat-ingat. Bertambah usia semakin menjauh daripada dunia. Semakin kerap malaikat maut intai. Semakin rapuh tangkai daun yang tercatat nama kita tu nak gugur. Cuma tak tahu bila. Sakit dan tua bukan syarat mati. lagilah berderau darah. Lagilah takut.
Bila bertambah usia semakin menjauh daripada dunia. Bukan lagi masanya bersungguh-sungguh hitung berapa liang roma diwajah yang terbuka tapi hitunglah serapa banyak lubang dosa yang telah kita kambus rata dengan taubat nasuha. Jangan dirisaukan bila mahu bertambahnya wang yang dilaburkan tapi risaulah kalau masih belum banyak wang dan harta yang dikeluarkan untuk sedekah dan ibadah ke jalan Allah.
Allahu.
Aku masih belajar. Sedang menghadam. Semoga sebelum ajal sudah khatam.
Semoga dengan usia yang dipinjamkan ini menjadikan PC hamba yang paling rendah hati. Sentiasa menjunjung syariatNYA. PC percaya bila kita jaga hubungan dengan Tuhan in sya Allah urusan yang lainnya pasti terpelihara juga. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta ❤BERTAMBAH USIA SEMAKIN MENJAUH DARIPADA DUNIA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/01/bertambah-usia-semakin-menjauh-daripada.html