Bersihkan Telefon Bimbit Kalau Tak Nak Virus Covid 19 Melekat


sumber : hellodoktor.com
Bersihkan Telefon Bimbit, Kalau Tak Nak Virus COVID-19 ‘Melekat’! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys. Apabila wabak COVID-19 mula melanda, ramai di antara kita yang sudah mula mengambil berat berkenaan soal kebersihan diri dan sekeliling. Ada yang mula mencuci tangan dengan kerap, mula memakai topeng mulut dan hidung malah ada juga yang bertindak melakukan pembasmian kuman pada barang yang dibeli walaupun ia sebenarnya tidak perlu.
Ada yang lebih ekstrem, mencuci sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang dibeli dengan menggunakan sabun, kononnya untuk menyingkirkan virus COVID-19. Dalam kesibukan mencuci barangan seperti itu, ada satu benda yang mungkin anda terlepas pandang untuk dibersihkan. Apakah barangan tersebut? Ia adalah telefon bimbit anda. Walaupun telefon anda kelihatan bersih, hakikatnya ia tidaklah seperti yang disangkakan. 
Mengapa saya perlu bersihkan telefon bimbit?Virus COVID-19 ini boleh bertahan hidup dalam persekitaran yang memiliki suhu bilik. Tempoh kelangsungan hidup virus ini juga bergantung kepada permukaan tempat ia berada seperti besi, kaca, seramik dan juga plastik. Berikut adalah tempoh masa virus ini boleh terus hidup pada permukaan tertentu :
tempoh masa virus ini boleh terus hidup pada permukaan tertentu
Bagaimana pula virus ini boleh berada pada telefon bimbit? Ia boleh terjadi dalam dua keadaan,Apabila telefon bimbit anda terkena titisan cecair daripada seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 seperti batuk dan bersin. Apabila virus tersebut berpindah daripada tangan anda setelah menyentuh permukaan-permukaan tertentu di tempat awam seperti tombol pintu, butang lif dan lain-lain lagi. 
Oleh itu, terdapat kemungkinan telefon bimbit anda juga mempunyai virus COVID-19 ini sekiranya anda tidak mencuci tangan selepas menyentuh sesuatu permukaan. Begitu juga apabila anda berada berhampiran dengan mereka yang dijangkiti. Tetapi ingat, tangan anda juga bukanlah punca terbesar virus ini berpindah ke telefon anda. Ia juga mungkin berpindah dari wajah anda sewaktu anda membuat panggilan telefon. 
Bagaimanakah cara untuk bersihkan telefon bimbit saya?Sebelum mula mencuci telefon secara semberono, anda disarankan untuk merujuk kembali kepada laman web pengeluar atau pengilang telefon bimbit anda. Kadangkala, pengeluar akan memberikan arahan khusus berkenaan cara terbaik mencuci telefon bimbit agar ia tidak merosakkan telefon.Selain itu, anda juga mungkin boleh melihat kepada kotak atau manual penggunaan telefon bimbit tersebut berkenaan cara bersihkan telefon.
Bagi kebanyakan telefon bimbit, berikut merupakan antara kaedah umum untuk bersihkan telefon agar ia lebih bersih dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan:Tanggalkan kesemua plug atau kabel terlebih dahulu.Gunakan kain yang lembut sahaja.Jangan sesekali menggosok telefon bimbit dengan cara yang kasar.Jauhkan telefon bimbit daripada sebarang cecair.Pastikan tiada sebarang cecair atau kelembapan daripada memasuki mana-mana lubang pada telefon.Jangan gunakan semburan aerosol dan cecair peluntur kerana ia boleh menghakis telefon bimbit anda.Bahan apakah yang boleh digunakan untuk bersihkan telefon bimbit saya?Bukan semua bahan pencuci boleh digunakan untuk mencuci telefon kerana sifat telefon itu yang sangat sensitif. Anda perlu menggunakan produk berasaskan alkohol kerana cecair sabun biasa boleh menyebabkan kerosakan pada telefon anda. Selain mencuci telefon, berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mencegah jangkitan COVID-19.
Antara bahan yang boleh digunakan untuk tujuan mencuci telefon ialah ethanol, isopropyl alcohol, hydrogen peroxide dan juga sodium hypochlorite. Namun, daripada kesemua jenis bahan tersebut, isopropyl alcohol adalah bahan yang paling kurang berbahaya terhadap salutan oleophobic yang terdapat pada telefon bimbit anda. 
Oleophobic adalah salutan yang membolehkan anda menyentuh skrin telefon tanpa perlu meninggalkan banyak kesan cap jari selain membolehkan anda mencuci skrin dengan lebih mudah. Anda boleh menggunakan produk yang mengandungi kandungan isopropyl alcohol seperti tisu basah atau alcohol swab untuk bersihkan telefon anda.
Jadikan produk berasaskan ethanol dan hydrogen peroxide sebagai pilihan terakhir untuk bersihkan telefon bimbit. Ini kerana, jika anda menggunakan kedua-dua bahan ini dengan kerap, ia boleh merosakkan lapisan oleophobic tersebut.
sumber : hellodoktor.com
Berapakah kepekatan kandungan alkohol yang sesuai digunakan?Kepekatan kandungan alkohol yang paling sesuai untuk bersihkan telefon anda adalah antara 70% hingga 80%. Alkohol tulen dengan kandungan 100% alkohol akan meruap dengan sangat cepat, oleh itu ia tidak sesuai untuk digunakan. Untuk hasil yang terbaik, larutan alkohol perlulah berada pada permukaan telefon selama sekurang-kurangnya 1 minit.
Walau bagaimanapun, bagi kepekatan alkohol yang lebih rendah daripada itu, ia mungkin tidak berkesan dalam membunuh virus. Oleh itu, pastikan bahawa produk yang anda gunakan mempunyai kepekatan kandungan alkohol sekurang-kurangnya 70%.
KesimpulanJangan terkejut jika kami nyatakan kepada anda kuman yang berada pada telefon bimbit anda sebenarnya lebih banyak berbanding tempat duduk tandas di rumah anda. Ini kerana perpindahan mikroorganisma banyak berlaku daripada tangan anda kepada telefon bimbit.
Pada saat wabak COVID-19 sedang melanda, mencuci telefon bimbit adalah antara satu langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ia bukan wajib tetapi pertimbangkan untuk bersihkan telefon anda sekiranya terkena rembesan cecair tubuh individu lain, atau selepas anda menyentuh mana-mana pemukaan di luar rumah. 
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Sumber : hellodoktor.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2020/04/bersihkan-telefon-risiko-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susah Nak Ajar Anak Supaya Tak Sentuh Bahagian Muka Boleh Jelaskan Bahaya Virus Covid 19 Supaya Anak Faham

Susah Nak Ajar Anak Supaya Tak Sentuh Bahagian Muka Boleh Jelaskan Bahaya Virus Covid 19 Supaya Anak Faham

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 298 hits
Ia mungkin sesuatu yang sukar untuk dilakukan terutamanya bagi ibu bapa yang memiliki anak lebih daripada seorang dan dalam masa yang sama perlu melakukan tugasan kerja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Tetapi bagi m...
Penemuan Forensik Virus Ditemui Pada Permukaan Badan Organ Air Kencing Mayat Pesakit Covid 19

Penemuan Forensik Virus Ditemui Pada Permukaan Badan Organ Air Kencing Mayat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 357 hits
Penemuan Forensik Virus ditemui pada permukaan badan organ air kencing mayat pesakit COVID 19Hasil Bedah Siasat Virus COVID 19 Dikesan Di Permukaan Badan Organ Dalaman Air Kencing Cecair Badan Mayat KKMPenemuan Forensik Virus ditemui pada p...
Hasil Bedah Siasat Virus Covid 19 Dikesan Di Permukaan Badan Organ Dalaman Air Kencing Cecair Badan Mayat Kkm

Hasil Bedah Siasat Virus Covid 19 Dikesan Di Permukaan Badan Organ Dalaman Air Kencing Cecair Badan Mayat Kkm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 255 hits
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan bedah siasat terhadap mayat COVID 19 Bedah siasat dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342 Pen...
Virus Covid 19 Mungkin Kembali Aktif Dalam Pesakit Yang Pulih

Virus Covid 19 Mungkin Kembali Aktif Dalam Pesakit Yang Pulih

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 295 hits
SEOUL COVID 19 boleh kembali aktif semula pada pesakit sudah sembuh menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Kira kira 51 pesakit dikategorikan sembuh di Korea Selatan kembali positif sama ada dijangkiti atau virus itu kembali ak...
21 Juta Pengguna Telefon Bimbit Di China Tiba Tiba Ghaib 10090

21 Juta Pengguna Telefon Bimbit Di China Tiba Tiba Ghaib 10090

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 306 hits
Halia JaheCara Menyimpan Jahe Agar Awet dan Tidak Bertunas Wajib Diperhatikan Rabu 1 April 2020 13 03 Reporter Jahe 2020 Merdeka com www pixabay comMerdeka com Jahe merupakan tanaman yang telah lama dikenal dan tumbuh dengan baik di Indones...
Corona Virus Takut Salji Main Ski Di Turki Balik Malaysia Positif Covid 19

Corona Virus Takut Salji Main Ski Di Turki Balik Malaysia Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 230 hits
Seperti yang semua sedia maklum ketika gelombang pertama Covid 19 di Malaysia lagi kerajaan telah meminta agar semua pihak mengelakkan diri daripada pergi ke luar negara Ini kerana bimbang akan pendemik tersebut dibawa pulang oleh mereka da...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16