Bersedialah Dengan Norma Baharu Politik Malaysia


KEMELUT politik yang melanda Perak susulan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besarnya memerlukan pengadaptasian norma baharu.
Norma baharu tidak terhad kepada gaya hidup dalam menghadapi krisis pandemik kesihatan seperti Koronavirus (Covid-19).
Bahkan, ia perlu diadaptasi oleh parti politik yang tidak mempunyai sokongan dua pertiga atau majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
Justeru, jika kerajaan jatuh, untuk mengadakan pilihan raya dalam keadaan sekarang sememangnya akan mengundang kemarahan rakyat.
Oleh demikina, penyelesaiannya adalah mengadaptasi sesuatu baharu yang dianggap asing dan mustahil sebelum ini termasuklah kerjasama dengan pelbagai parti.
Dalam kontesk ini, di Perak, mustahil untuk UMNO membentuk kerajaan negeri dengan hanya memiliki 25 kerusi sahaja.
Waima DAP dan parti-parti lain pun mustahil untuk membentuk kerajaan kerana tiada yang mempunyai sokongan penuh untuk membentuk kerajaan.
“Pokoknya kita mesti keluar dari kepompong lama dan memulakan politik norma baru. Tiada musuh dan kawan politik yang kekal selagi kerajaan majoriti dua pertiga tidak wujud.
“Bersedialah dengan politik norma baru!”
Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.
Beliau mengulas insiden kejatuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kehilangan sokongan dalam usul undi tidak percaya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Keadaan tersebut menyebabkan kemelut politik melanda negeri itu apabila UMNO yang mengusulkan undi tersebut sementara Pas pula mengambil pendirian untuk tidak terlibat dengan pembentukan kerajaan baharu.
Kalau berada dalam keadaan luar pandemik, sudah pasti Pilihan Raya Negeri (PRN) Perak boleh diadakan bagi memberi mandat baharu untuk membentuk kerajaan.
Namun, sekarang bukan masa yang sesuai, bagaimanapun, apabila parti-parti sudahpun menyatakan pendirian masing-masing maka satu bentuk permuafakatan baharu perlu dilakukan.
“Walaupun UMNO ada pendirian, iaitu ‘No PKR-No DAP’, usul tersebut tetap disokong. Maksudnya pendirian politik bukan mudah menghalang dinamika politik norma baru.
“Justeru UMNO tidak boleh apologatik? Takut dituduh mabuk kuasa, cium mulut dengan musuh dan gila jawatan. Usul UMNO itu wajar kerana hanya mahu tukar MB (Menteri Besar) yang gagal.
“Perak telah mempelopori politik norma baru. Apakah itu signal kepada Muhyiddin (Perdana Menteri)? Tidak mustahil ia berlaku di Pusat.
“Sebenarnya banyak kejutan sejak BN hilang kuasa. PH (Pakatan Harapan) tumbang apabila BN-GPS (Gabungan Parti Sarawak) dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) 2.0 bergabung. Sedangkan PPBM musuh yang kalahkan BN di PRU ke 14 (Pilihan Raya Umum Ke14).
“Rakyat mahu melihat siapa lebih bijak. Siapa pandai mengurus ekonomi, mengurus perkauman, mengurus janji dan mengurus kejujuran demi kelangsungan hidup rakyat,” jelas Mohd. Puad. – SM
Bentuk norma politik baharu

The post Bersedialah dengan norma baharu politik Malaysia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/07/bersedialah-dengan-norma-baharu-politik-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Anak Muda Mendominasi Politik Malaysia Pada 2021

Bolehkah Anak Muda Mendominasi Politik Malaysia Pada 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 295 hits
By 11 Dec 2020sPhotograph Eric ThooPergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita tulis Khoo Ying Hooi Kita akan memasuki tahun 2021 kurang dari sebulan lagi Tahun ini...
Politik Malaysia Dewasa Ini

Politik Malaysia Dewasa Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 289 hits
ENG HUAT KOHGegaran politik di Perak telah membuka ruang dan menampakkan kematangan politik tanahair Sehubungan dengan perkembangan ini berkemungkinan berlakunya penjajaran semula politik Malaysia Untuk itu kami berpandangan demi membawa Ne...
Kemelut Politik Perak Perlantikan Mb Baharu Adalah Jalan Penyelesaian

Kemelut Politik Perak Perlantikan Mb Baharu Adalah Jalan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Pelantikan jawatan Menteri Besar baharu adalah penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik di Perak ketika ini dengan calon yang dikemuka perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Penganalisis politik dari U...
Politik Ekonomi Malaysia Memberi Tekanan Kepada Fakta Kebenaran

Politik Ekonomi Malaysia Memberi Tekanan Kepada Fakta Kebenaran

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 256 hits
SHAH ALAM Bekas Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Mohamed Nazir Razak menegaskan di Malaysia tidak wujud ekonomi sebaliknya yang ada hanyalah politik ekonomi Menurutnya beliau menyatakan demikian kerana kerap diajukan persoalan tentang ekonom...
Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 316 hits
nbsp IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan semua parti politik di negeri berkenaan mencari formula terbaik untuk membentuk kerajaan negeri baharu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin bertitah ...
Ekonomi Malaysia Di Tahap Paling Parah Akibat Drama Politik Kata Tok Mat

Ekonomi Malaysia Di Tahap Paling Parah Akibat Drama Politik Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 287 hits
December 6 2020 Mohamad Hasan berkata Malaysia perlu meraikan ketibaan 2021 dengan memulakan pemulihan melalui agenda ekonomi berani mantap dan inklusif PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata Malaysia memerlukan kerajaan...
Rakyat Malaysia Wajib Terima Hakikat Bahawa Tidak Wujud Istilah Tolak Ansur Dalam Politik Demokrasi

Rakyat Malaysia Wajib Terima Hakikat Bahawa Tidak Wujud Istilah Tolak Ansur Dalam Politik Demokrasi

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 347 hits
PENTINGNYA YANG MENGEPALAI MEMPUNYAI LIGITIMASI DARI SUDUT MAJORITI Ramai yg tertanya tanya kenapa keadaan politik yg masih juga TIDAK STABIL sekalipun sudah berlaku pertukaran kerajaan Bukankah UMNO dan PAS sendiri pernah menjanjikan keada...
Politik Malaysia Kelam Dan Kabut

Politik Malaysia Kelam Dan Kabut

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 314 hits
APA NAK DISUSAHKAN SANGAT SEMUA MANUSIA DARI SATU KETURUNAN ANAK ADAM BELAKA DEMI RAKYAT UMNO SANGGUP KERJASAMA DENGAN DAP DAN DAP SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN UMNO UMNO NAK APA AMBIK DAP NAK APA AMBIK KOME SESAMA ABANG ADIK MAT HASSAN RUNSIN...
When Politicians Choose Ego Over People

Raya Bergaya Dengan Huawei

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons