Tuntutan Insurans Pekerjaan Jika Anda Hilang Kerja


Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah pelengkap jaringan keselamatan sosial yang bertindak membantu pekerja di Malaysia yang kehilangan pekerjaan, yang akan diberikan bantuan kewangan segera bagi menampung kehidupan, sementara mereka mencari pekerjaan baharu.


Di samping itu, pekerja berkenaan juga akan diberikan bantuan perkhidmatan pekerjaan yang meliputi program kaunseling kerjaya, carian pekerjaan, pemadanan kerjaya (job matching), penempatan pekerjaan (job placement), kaunseling kerjaya dan latihan.

5 Faedah SIP

Pada dasarnya, caruman yang dibayar oleh majikan dan pekerja kepada PERKESO adalah caruman kepada solidarity fund.

Melalui caruman inilah semua pekerja yang mencarum berkongsi risiko sama tanpa mengira risiko kategori pekerjaan yang berbeza mengikut industri, yang dinamakan konsep Pooling of Resources, Sharing of Risk.

Daripada dana inilah, SIP melindungi pekerja yang kurang bernasib baik dengan bantuan berjumlah RM2,515 sehingga RM14,265.

Terdapat lima faedah kewangan di bawah SIP iaitu:
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): akan dibayar pada kadar 80 peratus, 50 peratus, 40 peratus dan 30 peratus, daripada gaji anggapan bagi tempoh tiga hingga enam bulan maksimum, berdasarkan kelayakan caruman. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA): dibayar sebagai satu insentif kepada mereka yang berjaya mendapat pekerjaan awal, iaitu sebelum tamat tempoh pembayaran EMP, sebanyak 25 peratus daripada baki EMP.Elaun Latihan (EL): dibayar sebagai duit poket minimum RM10 sehari dan maksimum RM20 sehari sepanjang tempoh menjalani latihan.Fi/Yuran Latihan (FL): diperuntukkan untuk mereka yang menjalani latihan, iaitu sebanyak maksimum RM4,000.Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB): dibayar kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan kehilangan satu daripada pekerjaan dengan bayaran sama seperti faedah EMP dan dibayar secara pukal. Bagi situasi ini, pencarum tidak layak untuk mendapat EL dan FL.
SOALAN LAZIM SISTEM INSURANS PEKERJAAN

Soalan: Apakah syarat–syarat seorang pekerja layak diliputi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan?

Jawapan: Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut:
Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.Berumur 18-60 tahun (Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum).Bekerja dengan sektor swasta (Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP).Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service).
Soalan: Saya telah kehilangan pekerjaan. Adakah saya layak untuk memohon tuntutan faedah SIP?

Jawapan: Semua permohonan tuntutan faedah SIP perlu memenuhi syarat-syarat berikut;
Membuat permohonan tuntutan faedah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Soalan: Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan?

Jawapan: Kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan adalah seperti berikut:
Pembuangan kerja/pertindihan.VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama).Penutupan tempat kerja kerana bencana alam.Bankrap atau penutupan tempat kerja.Pembuangan kerja konstruktif.Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja.Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.
Soalan: Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang tidak boleh dibuat tuntutan?

Jawapan: Kategori kehilangan pekerjaan yang tidak dipertimbangkan tuntutan adalah seperti berikut :
Pembuangan akibat salah laku pekerja.Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja.Persaraan.Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan).
Soalan: Bagaimanakah cara saya hendak membuat permohonan tuntutan faedah SIP sekiranya saya telah kehilangan pekerjaan?

Jawapan: Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.

LAMAN WEB SIP PERKESO LOGIN:
https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/appl/instruction
Soalan: Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa permohonan tuntutan faedah SIP dikemukakan?

Jawapan: Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan;
Salinan KPPN.Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja.Salinan maklumat akaun bank.Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan.
Selain itu, pemohon juga perlulah mengemukakan dokumen sokongan tambahan bagi tujuan melengkapkan tuntutan – tuntutan faedah yang diminta mengikut jenis tuntutan yang layak diterima.

Dokumen sokongan yang disertakan bagi semua jenis faedah adalah seperti jadual di bawah:


Soalan: Bagaimanakah caranya mengemukakan dokumen bercetak semasa membuat permohonan secara atas talian?

Jawapan: Dokumen asal perlulah diimbas dan dimuatnaik ke Portal SIP dengan menggunakan pautan yang telah disediakan dalam borang permohonan secara atas talian.

Soalan: Bagaimanakah cara menyemak status permohonan yang telah didaftarkan melalui Portal SIP?

Jawapan: Semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal SIP.

Soalan: Permohonan saya telah ditolak oleh Pegawai SIP disebabkan tidak layak. Adakah saya dibenarkan untuk membuat rayuan bagi kes sedemikian?

Jawapan: Sebarang kes permohonan SIP yang telah ditolak boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan ke alamat berikut:

Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
Soalan: Saya seorang pekerja yang pernah hilang pekerjaan dan menerima faedah SIP. Adakah saya layak untuk memohon faedah SIP untuk kali kedua?

Jawapan: Anda layak untuk membuat permohonan kali kedua sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman yang ditetapkan.

Soalan: Berapakah jumlah bayaran faedah SIP yang saya layak untuk terima untuk Elaun Mencari Pekerjaan?

Jawapan: PERKESO menyediakan Faedah Elaun Mencari Pekerjaan yang dibayar berdasarkan purata gaji bulanan anggapan iaitu 80% pada bulan pertama, 50% pada bulan kedua, 40 % pada bulan ketiga dan 30% pada bulan kelima dan keenam.

Soalan: Sekiranya ada pertanyaan atau kemusykilan, bagaimanakah saya hendak menghubungi PERKESO?

Jawapan: Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (CRM) di talian 1 300 22 8000 atau melalui emel [email protected]

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Ketahui Manfaat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESOTahukah Anda Sejarah Permulaan Insurans?
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/tuntutan-insurans-pekerjaan-perkeso.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Zulkifli Perasan Terdapat Penjawat Awam Hilang Waktu Kerja

Dr Zulkifli Perasan Terdapat Penjawat Awam Hilang Waktu Kerja

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 769 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri akan memperkenalkan sistem piramid untuk anak buahnya yang bek...
Melamar Pekerjaan Contoh Surat Lamaran Kerja Tulis Tangan Yang Baik Danbenar

Melamar Pekerjaan Contoh Surat Lamaran Kerja Tulis Tangan Yang Baik Danbenar

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 2325 hits
Seperti yang kita ketahui bersama bahwa kementerian hukum dan hak asasi manusia republik indonesia memberikan kesempatan kepada warga negara republik indonesia untuk mengikuti seleksi cpns yang akan ditugaskan dalam lingkungan kementerian h...
Covid 19 Tuntutan Yang Pekerja Boleh Buat Majikan Boleh Lakukan Di Bawah Akta Kerja 1955

Covid 19 Tuntutan Yang Pekerja Boleh Buat Majikan Boleh Lakukan Di Bawah Akta Kerja 1955

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 779 hits
BAYANGKAN satu hari nanti anda terkena simptom demam lalu pergi ke hospital untuk jalani saringan kesihatan Keputusan ujian mendapati anda disahkan positif COVID 19 Jadi apakah tindakan anda dan apakah tuntutan anda pada majikan Gambar hias...
Penyebaran Virus Corona Makin Parah Anak Sekolah Diliburkan Pegawai Diminta Kerja Dari Rumah

Penyebaran Virus Corona Makin Parah Anak Sekolah Diliburkan Pegawai Diminta Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 286 hits
Mulai beraktivitas dari rumah dan membatasi pergi ke tempat tempat ramai menjadi tindakan antisipasi yang paling efektif biar nggak ketularan virus corona
Covid 19 Jokowi Seru Penduduk Kerja Dan Belajar Di Rumah

Covid 19 Jokowi Seru Penduduk Kerja Dan Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 325 hits
Berhubung penularan virus Covid 19 yang terjadi di Indonesia Presiden Joko Widodo meminta semua rakyatnya bertenang dan tidak panik Menurut Jokowi waktu ini adalah masanya untuk rakyat bekerja belajar dan beribadah di rumah Saya minta tetap...
Cegah Virus Corona Menteri Edhy Keluarkan Aturan Kerja Dari Rumah Untuk Pegawai Kkp

Cegah Virus Corona Menteri Edhy Keluarkan Aturan Kerja Dari Rumah Untuk Pegawai Kkp

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 262 hits
Kerja dari rumah secara bergantian dengan jadwal rotasi yang diatur dan ditetapkan oleh pimpinan unit kerja eselon II atau satuan kerja masing masing
Menteri Tjahjo Pastikan Pns Tetap Terima Tunjangan Meski Kerja Dari Rumah

Menteri Tjahjo Pastikan Pns Tetap Terima Tunjangan Meski Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 197 hits
Kementerian PANRB mengumumkan secara resmi bahwa Aparatur Sipil Negara atau pegawai negeri sipil dapat bekerja dari rumah hingga 31 Maret 2020 Kebijakan tersebut tertuang dalam Surat Edaran Nomor 19 tahun 2020 yang dikeluarkan pada Senin
Mulai Besok Pegawai Bank Indonesia Kerja Dari Rumah

Mulai Besok Pegawai Bank Indonesia Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 261 hits
Bank Indonesia mengeluarkan kebijakan bekerja dari rumah atau work from home bagi seluruh pegawai Bank Indonesia Langkah ini diambil dalam rangka mengantisipasi penyebaran virus corona melalui interaksi antar manusia
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It