Malaysia Negara Islam Paling Damai Di Dunia
JAKARTA: Malaysia menjadi negara Islam paling damai di dunia, mengatasi beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Arab Saudi.
Republika melaporkan, Indeks Kedamaian Global 2020 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 20 dalam senarai tetapi menjadi negara Islam paling damai.
Indonesia pula berada pada kedudukan 49 mengatasi Arab Saudi di tangga 128.
Tahap kedamaian global tahun ini dinilai berdasarkan 23 petunjuk yang dihimpun dalam tiga kategori iaitu keselamatan dan keamanan penduduk, tahap konflik domestik dan antarabangsa serta status ketenteraan.
Iceland mendominasi senarai negara paling damai di dunia tahun ini berdasarkan jumlah populasi yang kecil iaitu sekitar 365,000 orang.
Negara tersebut juga merekodkan kadar jenayah yang rendah, selain mempunyai sistem pendidikan, pekerjaan, produktiviti dan kesejahteraan yang baik.
Sebanyak 97 peratus penduduknya merupakan golongan pertengahan dan tidak mempunyai jurang ekonomi.
New Zealand pula berada di kedudukan kedua dalam senarai dan berjaya mengekalkan kedudukan itu sejak 2017.
Dengan populasi kurang 4.9 juta, New Zealand mempunyai kadar penjagaan kesihatan terbaik dunia dan menjadi pilihan kebanyakan pendatang untuk bermastautin.
Namun, kos hidup di negara itu disifatkan tinggi termasuk harga rumah sehingga menyukarkan penduduk yang berpendapatan rendah untuk membeli kediaman.
Masalah itu juga secara tidak langsung mewujudkan jurang antara golongan kaya dan miskin.
Berikut adalah senarai 20 negara Islam paling damai di dunia:
1) Malaysia (20)
2) Qatar (27)
3) Kuwait (39)
4) Emiriah Arab Bersatu (41)
5) Indonesia (49)
6) Oman (68)
7) Jordan (72)
8) Maghribi (83)
9) Bahrain (110)
10) Arab Saudi (128)
Dalam pada itu, Portugal menjadi negara ketiga paling damai di dunia kerana mempunyai keseimbangan dalam hampir kesemua sektor.
Portugal turut menjadi pilihan golongan ekpstariat untuk menikmati gaya hidup yang berkualiti.
– UTUSAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penangkini.com/2020/09/malaysia-negara-islam-paling-damai-di.html