Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif Tidak Terbabit Dengan Pembekuan


 

KUANTAN - Semua transaksi membabitkan akaun Bersatu Pahang masih aktif dan tidak dibekukan, kata Timbalan Bersatu Pahang, Mohd Yazid Mohd Yunus

Dia memberitahu semua urusan dan operasi parti itu di peringkat cawangan dan bahagian di Pahang berjalan seperti biasa.
"Semuanya normal, akaun (bank) kami masih aktif. Saya tidak pasti tempat orang lain, tapi di Pahang akaun kami tidak ada masalah.
"Lagipun saya hanya boleh bercakap bagi negeri Pahang sajalah, saya tak pasti (keadaan) di tempat (negeri) lain," katanya ketika ditemui hari ini.
Terdahulu, media melaporkan akaun Bersatu dibekukan sehari selepas parti itu mengisytiharkan akaun 2020 dan 2021, dalam usaha untuk menentang dakwaan rasuah.
Pembekuan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Katanya akaun parti berkenaan dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
Pada awalnya pembekuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana dana rangsangan kerajaan berjumlah RM92.5 bilion  semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.
Bagaimanapun sumber SPRM yang enggan dikenali berkata, pembekuan dibuat bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.
Sumber itu berkata, jumlah sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta.
Sementara itu, Mohd Yazid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar berkata, pembekuan akaun parti itu mungkin ada kaitan dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Macam-macam (andaian) kita boleh buat, mungkin ada kaitan dengan PRN, mungkin tidak, tapi kita lihat benda ini (pembekuan akaun bank) tidak menjejaskan kekuatan dimiliki Bersatu ketika ini," katanya.
PAS pada 14 Januari lalu membayangkan PRN bagi Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan diadakan pada Mac atau Ogos depan.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Sri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata ada beberapa cadangan tarikh sudah dibuat, tetapi belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amiruddin Shari pada 27 Januari dalam sidang media di Kuantan, Pahang mengesahkan kerajaan negeri itu tidak akan membubarkan dewan undangan negeri (DUN) sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.
Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi mencadangkan PRN diadakan serentak tahun ini.
Cadangan itu adalah bagi memastikan kos untuk mengadakan PRN di negeri berkenaan tidak terlalu tinggi.
Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan adalah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan pula diterajui PAS. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2023/02/kuantan-semua-transaksi-membabitkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembekuan Akaun Bersatu Langsung Tidak Menggambarkan Kerajaan Ph Dan Umno Itu Bersih

Pembekuan Akaun Bersatu Langsung Tidak Menggambarkan Kerajaan Ph Dan Umno Itu Bersih

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 206 hits
Ia juga memberi gambaran yang salah kepada SPRM Seperti kata Rafizi dia akan memburu SPRM selepas menang Penyokong PN tidak sabar menunggu PRN Jika pun di khabarkan PN BERSATU PAS mahu diharamkan ia tidak pun memberi kesan kerana banyak pla...
Sprm Beku Akaun Bersatu Hamzah Dakwa Kerajaan Peralat Sprm Untuk Bunuh Kredibiliti Partinya

Sprm Beku Akaun Bersatu Hamzah Dakwa Kerajaan Peralat Sprm Untuk Bunuh Kredibiliti Partinya

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 252 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan beberapa akaun milik parti Bersatu telah dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki diperolehi daripada sumber haram nbsp Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya s...
Selepas Akaun Bank Dibeku Rumah Dan Pejabat Peribadi Pemimpin2 Bersatu Hendaklah Juga Diperiksa

Selepas Akaun Bank Dibeku Rumah Dan Pejabat Peribadi Pemimpin2 Bersatu Hendaklah Juga Diperiksa

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 206 hits
Semalam SPRM mengesahkan akaun bank Bersatu telah dibekukan bagi memudahkan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Difahamkan pembekuan itu telah dilakukan sejak dua minggu lalu Pada awal...
Kerajaan Tak Campur Tangan Tindakan Sprm Beku Akaun Bersatu Anwar

Kerajaan Tak Campur Tangan Tindakan Sprm Beku Akaun Bersatu Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 212 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik untuk menentang Bersatu Bercakap pada sidang media hari ini Anwar menegaskan badan anti rasuah itu bebas menjalankan tugas mereka Adalah t...
Akaun Parti Dibeku Ppbm Beri Alasan Bodoh Untuk Lepaskan Pembekuan

Akaun Parti Dibeku Ppbm Beri Alasan Bodoh Untuk Lepaskan Pembekuan

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 251 hits
Seluruh negara mula pandang sinis terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebaik sahaja rakyat dimaklumkan akaun parti mereka telah dibekukan oleh SPRM SPRM tentu ada asas apabila bertindak sedemikian dan pasti tidak melulu atau tergopoh ga...
Sprm Bekukan Akaun Bank Bersatu

Sprm Bekukan Akaun Bank Bersatu

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 281 hits
satuberita myBy February 1 2023SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia Malaysiakini melaporkan itu berlaku sehari selepas parti terbabit mendedahkan akaun mereka untuk tahun 2020 ...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025