Selepas Akaun Bank Dibeku Rumah Dan Pejabat Peribadi Pemimpin2 Bersatu Hendaklah Juga Diperiksa


 
Semalam, SPRM mengesahkan akaun bank Bersatu telah dibekukan bagi memudahkan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
Difahamkan, pembekuan itu telah dilakukan sejak dua minggu lalu.
Pada awalnya, pembekuan itu dilakukan untuk menyiasat dakwaan berkaitan dana rangsangan kerajaan – berjumlah RM92.5 bilion – semasa pandemik Covid19 dan didakwa diselewengkan dan seterusnya dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu.
Bagaimanapun, difahamkan pembekuan juga dibuat bagi menyiasat dakwaan bahawa Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.
Sumber-sumber mendakwa, jumlah sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta.
Dakwa sumber berkenaan lagi, baki dalam dua akaun bank Bersatu ketika ini adalah sekitar RM40 juta.
Tindakan SPRM itu tidaklah memeranjatkan kerana berdasarkan penyata akaun yang tersebar luas di media sosial, Bersatu didapati menerima dana berjumlah beratus-ratus juta sewaktu tempoh PKP berkuatkuasa pada 2020 dan 2021.
Soalnya, siapa memberi wang sebanyak itu dan kenapa mereka memberinya, sedangkan sewaktu tempoh PKP, banyak perniagaan berdepan masalah kewangan dan tidak beroperasi sepenuhnya?
Dana tersebutkah yang menjadikan Bersatu dan PN begitu mewah berbelanja, bukan saja dalam PRU15 lalu, bahkan sejak PRN Melaka dan Johor lagi?
Berdasarkan hal ini juga, jika ada RM300 juta didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu, ikut logik dan kebiasaan sebagai parti politik, lebih banyak lagi duit tunai dipercayai ada dalam simpanan pemimpin atau di pejabat parti berkenaan.
Ini kerana, dalam mana PRU, urusan perbelanjaan sebahagian besarnya adalah dalam bentuk tunai dan daripada tangan ke tangan.
Dengan itu, bersekali dengan pembekuan akaun bank Bersatu, akaun bank pemimpin, pejabat peribadi dan kediaman pemimpin-pemimpin utama Bersatu juga seharusnya disiasat sama oleh SPRM.
Manalah tahu kot-kot terjumpa sesuatu yang lebih mengejutkan lagi.
Siasatan haruslah dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan tiada yang terlepas daripada perbuatan melanggar undang-undang.
Dalam hal ini, respon Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin yang mendakwa tindakan SPRM itu sebagai bukti, PH dan BN menggunakan agensi kerajaan sebagai alat untuk “membunuh” kredibiliti Bersatu serta PN serta adalah tidak benar sama sekali.
Beliau malah menuduh ia sebagai “strategi jelek” pentadbiran semasa PH dan BN untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan dan nepotisme yang membelenggu mereka.
Yahg penting di sini, jika tiada apa-apa kesalahan atau perlanggaran undang-undang telah dilakukan, tiada apa yang Hamzah atau Bersatu perlu bimbang dengan tindakan SPRM itu.
Berilah kerjasama ketika disiasat, waima jika ketika pejabat atau rumah diserbu sekali pun.
Berani kerana benar, mengelabah semacam bukankah seperti ada yang salah? – ShahbudinHusin 02/02/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/selepas-akaun-bank-dibeku-rumah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Akaun Pusat Dibeku Bukan Negeri Kata Ahli Mpt Bersatu

Hanya Akaun Pusat Dibeku Bukan Negeri Kata Ahli Mpt Bersatu

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 173 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Razali Idris berkata setakat ini pembekuan akaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya melibatkan akaun Bersatu pusat PETALING JAYA Akaun Bersatu pusat saja dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
Sprm Bekukan Akaun Bank Bersatu

Sprm Bekukan Akaun Bank Bersatu

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 283 hits
satuberita myBy February 1 2023SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia Malaysiakini melaporkan itu berlaku sehari selepas parti terbabit mendedahkan akaun mereka untuk tahun 2020 ...
Akaun Bersatu Dibeku Kerana Derma Rm300 Juta

Akaun Bersatu Dibeku Kerana Derma Rm300 Juta

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 244 hits
Hariz MohdSehari selepas mendedahkan akaunnya kepada umum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberitahu akaun berkenaan sudah dibekukan agensi terbabit Ketika dihubungi Malaysiakini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pembekua...
Russia Akan Bertindak Balas Selepas Perancis Bekukan Akaun Penyiarnya

Russia Akan Bertindak Balas Selepas Perancis Bekukan Akaun Penyiarnya

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 135 hits
Russia akan bertindak balas selepas Perancis bekukan akaun penyiarnya Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Jan 20
Bank Btn Prioritas Wujudkan Masyarakat Memiliki Rumah

Bank Btn Prioritas Wujudkan Masyarakat Memiliki Rumah

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 160 hits
Direktur Utama Bank BTN Haru Koesmahargyo mengungkapkan aspek penghimpunan dana pihak ketiga merupakan hal yang penting bagi perbankan dalam mendukung aktivitas bisnis penyaluran kredit salah satunya pada penyaluran pembiayaan perumahan
Dpt Tahu Mak Wan Tak Mampu Beli Ubat Ini Tindakan Bekas Pemmbantu Peribadi Selepas Kena Ludah

Dpt Tahu Mak Wan Tak Mampu Beli Ubat Ini Tindakan Bekas Pemmbantu Peribadi Selepas Kena Ludah

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 204 hits
BEKAS pembantu peribadi kepada pelakon Mak Wan Latah iaitu Nurul Amalina Mohamad Kamal terbuka hati untuk menarik balik kes saman terhadap aktres tersebut selepas mendengar khabar kesusahan hidup dilaluinya ketika ini
Gempar Akaun Dibeku Sebab Derma Rm300j Azmin Calon Mb S Gor Rafidah

Gempar Akaun Dibeku Sebab Derma Rm300j Azmin Calon Mb S Gor Rafidah

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 611 hits
1 Anwar tegaskan Zahid berhak dihakimi secara adil dan bebas di mahkamah 2 Tun Faisal pemimpin terbaru dibuang Umno 3 Zafrul sah tanding Ahli MKT Umno 4 Rafidah berang nada sumbang perkauman mengenai konsert AR Rahman 5 Azmin bakal dicalonk...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Saya Bukan Jenis Menggedik Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi