Bersalin Anak Pertama Atau Seterusnya Cabaran Penyusuan Tetap Ada Penting Kena Ada Ilmu


Susu ibu telah terbukti mempunyai pelbagai manfaat dan membantu mengekalkan kesihatan bayi, terutama sistem imunisasinya.
Penyusuan susu ibu bukan sesuatu yang mudah jika tiada ilmu. Sebab itu tak semua ibu dapat memberikan susu badan kepada anak atas faktor-faktor tertentu. Bukan itu sahaja, ada ibu menganggap susu badan tak cukup untuk memenuhi permintaan anak.
Oleh itu, Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom berkongsi pengalaman cabaran penyusuan untuk anak keempatnya. Walaupun sentiasa membantu orang, tak semestinya diri sendiri berjaya. Namun jika bertekad, semua itu pasti akan mudah.

CABARAN PENYUSUAN
Sejujurnya saya juga hadapi pelbagai cabaran penyusuan untuk bayi keempat ini. Antara cabaran yang saya lalui ialah:
1. Bengkak susu awal kelahiran
➡️ Punca: Semasa di HDU tangan saya macam tak ‘berfungsi’ sangat. Saya rasa kebas dan tangan tak kuat. Saya pula terlantar sahaja masa tu. Saya cuba marmet tapi jujur saya lemah.
✅ Cara atasi: Selepas dapat bayi, saya terus menyusukan sekerapnya. Tapi bengkak masih berlaku. Maka saya tuam, buat urutan untuk bengkak susu dan marmet. Sakit? Memang sakit sama seperti ibu lain. Tapi kalau tak buat, saya yang merana nanti.
2. Puting melecet sebelah
➡️ Punca: Tangan saya kebas sebelah kanan (sampai hari ni). Dan saya tahu pegangan tangan kanan saya tak ok yang menyebabkan lekapan bayi tak ok. Maka puting saya melecet pada peringkat awal.
✅ Cara atasi: Saya betulkan posisi dan gunakan alat sokongan seperti bantal dan lain-lain. Bila posisi betul, secara automatik lekapan akan betul juga.
Susu kolostrum. Masa ni gigih tuam dan marmet. 3. Jaundice
➡️ Punca: Anak-anak saya semua memang ada jaundice. Ada yang prolong jaundice. Ada yang breastmilk jaundice. Jadi saya taklah risau sangat cuma sejujurnya saya dinasihatkan berkali-kali untuk top up susu formula untuk turunkan kuning cepat. Tapi, saya tak buat. Cukuplah anak pertama saya ada alahan susu formula dulu.
✅ Cara atasi: Menyusukan bayi sekerapnya. Pastikan bayi menyusu lama (15-20 minit) untuk bayi dapat hindmilk yang mencukupi. Bila bayi asyik tertidur, saya buat breast compression. Ada juga waktunya saya perah dulu (marmet) sebelum menyusukan bayi supaya bayi dapat hindmilk lebih banyak ketika direct feeding.
Saya berkongsi apa yang saya lalui ini melalui live dan webinar saya yang lalu. Saya nak ibu-ibu tahu, walaupun saya dah jadi kaunselor penyusuan, saya tetap berhadapan cabaran.

Cuma bezanya saya ADA ILMU. Bila ada ilmu, kita tahu nak atasi cabaran penyusuan yang berlaku. Sejujurnya, emosi saya juga turun naik waktu berpantang bila diuji dengan cabaran penyusuan. Namun, saya tahu cara nak mengendalikannya dan yakin dengan apa yang saya dah praktiskan selama ini.
Cuma saya kesal bila dengar ibu-ibu lain mengadu, mereka disarankan untuk top up susu formula bila bayi kena kuning.
Jika saranan diberikan kepada ibu yang TIADA ILMU, ada dua perkara yang selalunya terjadi:
1. Penghasilan susu berkurang.
2. Bayi keliru puting.
Kenapa keadaan ni berlaku? Kerana biasanya bila ibu-ibu ada bayi jaundice, mereka ditakutkan dengan keadaan itu. Dan bila disarankn untuk top up, mereka tak dibimbing dengan kaedah penyusuan yang betul.
Jadi ramai ibu-ibu akan terus ambil saranan itu dan terus fokus pada pemberian susu formula selama 1-2 minggu (ada yang sampai 3 minggu) menggunakan BOTOL. Sudahnya bila kuning turun, susu ibu dah mula berkurang dan bayi tak nak menyusu direct!
Akibatnya, emosi ibu-ibu jadi tak keruan, ibu sedih, menangis dan menyesal dengan apa yang berlaku tanpa ibu tahu kesan dan akibat.

Jadi, janganlah cepat memberi SOLUSI tanpa memikirkan kesan lain kepada ibu. Kasihanilah ibu-ibu ini. Saya sedih bila ibu-ibu ramai mengadu, JAUNDICE menyebabkan mereka gagal dalam penyusuan susu ibu.
Nasihat saya buat semua ibu, buatlah persiapan ilmu dari awal. Saya tak janji ibu-ibu akan terus berjaya bila ada ilmu. Tapi sekurang-kurangnya, kalian tidak terus putus asa dengan apa yang bakal berlaku.
Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
#nadbreastfeedinginfo

Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bersalin Anak Pertama Atau Seterusnya, Cabaran Penyusuan Tetap Ada. Penting Kena Ada Ilmu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bersalin-anak-pertama-atau-seterusnya-cabaran-penyusuan-tetap-ada-penting-kena-ada-ilmu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usia 3 Tahun Pertama Anak Penting Kenali Sikap Anak Baru Anak Makin Dekat Dengan Kita

Usia 3 Tahun Pertama Anak Penting Kenali Sikap Anak Baru Anak Makin Dekat Dengan Kita

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 311 hits
Melihat anak membesar dari kecil sememangnya momen yang paling indah Pada usia anak 1 3 tahun adalah waktu yang paling penting untuk membentuk peribadi anak Didiklah anak kecil kita dengan segala ilmu yang menjadikan mereka lebih baik Kenal...
Webinar Penyusuan Terbesar Mama Tak Penat Susukan Anak Banyak Perkongsian Ilmu Bf Bermanfaat

Webinar Penyusuan Terbesar Mama Tak Penat Susukan Anak Banyak Perkongsian Ilmu Bf Bermanfaat

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 342 hits
Hebat Buat julung kalinya Pa Ma akan menganjurkan webinar penyusuan terbesar Mama Tak Penat Susukan Anak yang akan mengumpulkan lebih daripada 1000 prang peserta pada 5 September 2021 nanti Tambah menarik webinar ini juga akan menampilkan b...
Trik Jadi Anak Baru Di Kantor Yang Outstanding Sejak Hari Pertama Bekerja

Trik Jadi Anak Baru Di Kantor Yang Outstanding Sejak Hari Pertama Bekerja

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 241 hits
Gimana sih caranya menunjukkan diri jadi anak baru di kantor yang outstanding sejak hari pertama bekerja Beberapa trik ini bisa dilakukan
Tunjuk Muka Masam Senyap Anak Dah Takut Belle Akui Tak Pernah Marah Atau Pukul

Tunjuk Muka Masam Senyap Anak Dah Takut Belle Akui Tak Pernah Marah Atau Pukul

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 350 hits
Nampak orangnya lemah lembut tapi ibu kepada Ammara dan Umar bukanlah calang calang orang Pengasas jenama busana Muslimah Bella Ammara Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Shah atau mesra dipanggil Belle Al Yahya akui anak adalah pembawa rezekiny...
Awal Usia 5 Tahun Pertama Selalu Dibiarkan Menangis Sedih Otak Anak Kurang Cerdas

Awal Usia 5 Tahun Pertama Selalu Dibiarkan Menangis Sedih Otak Anak Kurang Cerdas

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 392 hits
Dalam proses membesarkan anak anak biasanya di rumah dan di sekolah kita sering memberi penekanan pada perkembangan motor kanak kanak kerana perkembangan itu dapat dilihat dengan jelas dan nyata Kita juga sering memberi penekanan kepada per...
Ayah Lelaki Pertama Yang Sayang Cinta Seluhurnya Padamu Indahnya Nukilan Aeril Zafrel Buat Anak Perempuan

Ayah Lelaki Pertama Yang Sayang Cinta Seluhurnya Padamu Indahnya Nukilan Aeril Zafrel Buat Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 470 hits
Bapa mana yang tidak sayangkan anak anaknya Sebolehnya baik ibu mahupun ayah tetap mahu memberikan yang terbaik dan perjalanan kehidupan yang dirahmati Allah SWT Satu pengharapan besar dan amanat buat anak perempuannya Aeril Zafrel membingk...
Hiburan Saya Reda Cabaran Saya Nak Beritahu Anak Anak Ibu Mereka Dah Tiada Shuib Sepahtu

Hiburan Saya Reda Cabaran Saya Nak Beritahu Anak Anak Ibu Mereka Dah Tiada Shuib Sepahtu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 379 hits
Suami kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa dia reda dengan pemergian isteri kesayangan pagi tadi dan menerimanya sebagai takdir dan ketentuan daripada Ilahi ARTIKEL BERKAITAN hAdvertisementUjar Shuib kin...
Hari Pertama Pun Sudah Jadi Lauk Hari2 Seterusnya Pasti Ismail Sabri Adalah Makanan Kemarahan Rakyat

Hari Pertama Pun Sudah Jadi Lauk Hari2 Seterusnya Pasti Ismail Sabri Adalah Makanan Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 222 hits
Semalam adalah hari pertama Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri menggantikan Mahiaddin Md Yasin Sepatutnya hari pertama memulakan tugas sebagai ketua kerajaan satu jawatan yang barangkali tidak pernah diimpikan ma...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cedera Teruk Akibat Dihempap Doktor Maklum Abang Belon Berdepan Risiko Lumpuh Kekal

Dasar Pengecut Fara Salleh Dakwa Diceraikan Shuk Sahar Menerusi Panggilan Telefon Di Siam

Buasir Otak Tv Dapat Duit Raya Sikit Be Like

The Best Way To Spend Your Much Awaited Vacation

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah