Awal Usia 5 Tahun Pertama Selalu Dibiarkan Menangis Sedih Otak Anak Kurang Cerdas


Dalam proses membesarkan anak-anak, biasanya di rumah dan di sekolah kita sering memberi penekanan pada perkembangan motor (pergerakan) kanak-kanak kerana perkembangan itu dapat dilihat dengan jelas dan nyata.
Kita juga sering memberi penekanan kepada perkembangan pemikiran (kognitif) kanak-kanak terutamanya keupayaan untuk membaca, menulis dan matematik (akademik semata-mata).
Itu juga dapat dinilai dengan jelas dan nyata. Kita juga sering memberi penekanan kepada perkembangan bahasa dan komunikasi kerana keupayaan berbahasa dapat kita lihat dengan jelas dan nyata.
Bagaimana pula dengan perkembangan emosi? Adakah ia juga turut diberikan penekanan?

Konfigurasi psikologi manusia terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu:
Spiritual, Kognitif, Emosi
1) Komponen SPIRITUAL mendorong manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan hidup berlandaskan taqwa kepada Allah SWT.
2) Komponen KOGNITIF pula melibatkan segala proses mental seperti menilai, menganalisa, merancang, dan membuat keputusan.
3) Komponen EMOSI pula merangkumi semua emosi yang kita rasa seperti gembira, sedih, marah, kecewa, cemburu dan sebagainya.
Walau bagaimanapun KOMPONEN EMOSI adalah komponen yang paling diabaikan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita baik di rumah mahupun di sekolah. Bagi kita, emosi kanak-kanak adalah sesuatu yang harus ditekan dan tidak seharusnya dilayan sedangkan emosi itulah yang paling banyak mendorong tingkah laku kanak-kanak di kala mereka masih belum berupaya untuk berfikir dan membuat keputusan dengan rasional.
BILA EMOSI BERMULA?
TAHUKAH ANDA emosi kanak-kanak berkembang SERENTAK dengan perkembagan fizikal, kognitif dan bahasa?
Dari lahir lagi, kanak-kanak dengan pesatnya membina keupayaan untuk merasai dan meluahkan emosi. Bayi yang menangis sedang merasai emosi dan sedang meluahkan emosi. Ia tidak berlaku tanpa matlamat dan tujuan. Apabila bayi ini ditenangkan, disentuh, didukung dan dilayan, mereka akan merasai emosi positif dan faham bagaimana rasanya apabila emosi negatif itu dibimbing.
RESPON POSITIF daripada ibubapa dan penjaga akan membantu mereka untuk memahami emosi sendiri, belajar untuk membimbing emosi sendiri dan juga belajar untuk memahami dan respon kepada emosi orang lain dengan positif juga.

EMOSI MEMBENTUK INDIVIDU YANG BAIK
Asas interaksi sosial ataupun keupayaan untuk membina perhubungan dengan orang lain terbina pada lima tahun pertama hidup manusia dan ia berkait rapat dengan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Interaksi sosial ketika usia awal inilah yang menjadi asas penting kepada pembinaan persahabatan, perhubungan intimasi, keibubapaan yang efektif, keupayaan untuk bekerjasama dalam tugasan dengan orang lain dan juga keupayaan untuk menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.
Mengabaikan perkembangan emosi akan meninggalkan kesan kepada keharmonian keluarga dan juga masyarakat.
TAHUKAH ANDA bahagian otak yang mengawal emosi berkembang terlebih dahulu berbanding bahagian otak yang digunakan untuk berfikir dan membuat keputusan?
Di penghujung usia tadika, kanak-kanak yang memiliki asas perkembangan emosi yang kukuh didapati mempunyai kapasiti untuk meneka emosi, bercakap tentang emosi sendiri dan emosi orang lain dan menggunakan pengetahuan dan bimbingan tentang emosi ini untuk menguruskan interaksi sosial dengan orang lain.
Mereka mempunyai EMPATI.
Mereka faham apabila orang lain dalam kesusahan.
Mereka tidak mentertawakan orang lain yang dalam kesedihan.
Mereka tidak memperkecil-kecilkan masalah orang lain.
Mereka tidak mengambil ringan kekecewaan orang lain.
Mereka tidak ketawa apabila membaca berita orang bunuh diri ataupun dibuli seperti kes yang saya tulis semalam.

EMOSI MEMBENTUK INDIVIDU YANG BIJAK
Kajian saintifik* juga mendapati, perkembangan emosi berkait rapat dengan keupayaan untuk merancang, menilai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini merupakan komponen kognitif yang menyeluruh dan bukan akademik sahaja.
Ia bermula dari peringkat usia tadika lagi. Apabila perkembangan emosi kanak-kanak tidak diberi penekanan pada usia 5 tahun terawal, kanak-kanak didapati memiliki keupayaan untuk fokus dan keupayaan membuat keputusan yang lemah.
BAGAIMANA MEMUPUK PERKEMBANGAN EMOSI?
Nampak remeh tetapi memberi impak yang besar. Kanak-kanak harus diajar untuk MENGENALPASTI emosi sendiri.
Apa perasaan kita apabila sesuatu situasi itu berlaku kepada kita?
Apakah yang dirasakan apabila sesuatu situasi itu berlaku kepada seseorang?
Emosi harus DIAKUI terlebih dahulu, bukannya diabaikan ataupun ditekan.
Apabila memahami apakah emosi yang dirasai, kita kemudiannya perlu MEMBIMBING emosi tersebut dengan PENYELESAIAN MASALAH.
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa marah?
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa sedih?
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa kecewa?
Semua ini perlu dibincangkan dan dididik dari peringkat awal kerana ia akan menjadi panduan tingkah laku bagi kanak-kanak.
Jika tidak dibimbing, kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan bagaimana untuk bertindak balas terhadap emosi.
Tidak ada alat atau peranti yang dapat membimbing emosi melainkan dengan meluangkan masa untuk mewujudkan perapatan, berinteraksi dan bersembang atau berbincang dengan kanak-kanak.
Jangan lupa, cara kita mengawal emosi kita juga akan menjadi panduan untuk anak-anak.
Ini merupakan proses yang paling sukar.
Memahami emosi TIDAK menjadikan anak lembik sebagaimana tanggapan sesetengah orang. Mereka yang membuli orang lain adalah mereka yang terabai emosinya dari awal. Tunjuk gagah di luar tetapi lembik di dalam. Itukah yang kita mahu?
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Awal Usia 5 Tahun Pertama Selalu Dibiarkan Menangis & Sedih, Otak Anak Kurang Cerdas  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/awal-usia-5-tahun-pertama-selalu-dibiarkan-menangis-sedih-otak-anak-kurang-cerdas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usia 3 Tahun Pertama Anak Penting Kenali Sikap Anak Baru Anak Makin Dekat Dengan Kita

Usia 3 Tahun Pertama Anak Penting Kenali Sikap Anak Baru Anak Makin Dekat Dengan Kita

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 288 hits
Melihat anak membesar dari kecil sememangnya momen yang paling indah Pada usia anak 1 3 tahun adalah waktu yang paling penting untuk membentuk peribadi anak Didiklah anak kecil kita dengan segala ilmu yang menjadikan mereka lebih baik Kenal...
Kado Ulang Tahun Untuk Anak Usia Sd

Kado Ulang Tahun Untuk Anak Usia Sd

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 278 hits
Di hari spesial si kecil sudah selayaknya ia mendapatkan kado ulang tahun yang spesial pula Apalagi jika ia sudah berada di usia sekolah orang tua perlu memberikan kado yang sesuai dengan umurnya Nah biasanya ketika ia berulang tahun ia aka...
Drama Pelajar Kolej Tahun 80 An Jtbc Rilis Teaser Pertama Jung Haein Jisoo Bp Dalam Snowdrop

Drama Pelajar Kolej Tahun 80 An Jtbc Rilis Teaser Pertama Jung Haein Jisoo Bp Dalam Snowdrop

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 282 hits
Selepas diumumkan bakal bergandingan dalam drama retro sepertinya ramai yang dah tak sabar menantikan pasangan Jung Hae in dan Ji soo dalam Snowdrop Lama mendiamkan diri akhirnya JTBC mendedahkan sedikit teaser buat penonton yang sekain lam...
Tak Perlu Tunggu Besar 2 Tahun Masa Sesuai Ini Tip Mudah Berkesan Nak Ajar Anak Solat

Tak Perlu Tunggu Besar 2 Tahun Masa Sesuai Ini Tip Mudah Berkesan Nak Ajar Anak Solat

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 399 hits
Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak ana...
Hiburan Remy Ishak Tegaskan Belum Ada Perancangan Anak Untuk Tempoh Dua Tahun Perkahwinan

Hiburan Remy Ishak Tegaskan Belum Ada Perancangan Anak Untuk Tempoh Dua Tahun Perkahwinan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 840 hits
Pelakon kesukaan ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Sabtu pagi ini menegaskan bahawa dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk menimang cahaya mata untuk tempoh dua tahun perkahwinan nanti ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMe...
Elfira Loy Kongsi Amalkan Zikir Ini 100x Sehari Kita Jadi Kurang Pemarah Pada Anak

Elfira Loy Kongsi Amalkan Zikir Ini 100x Sehari Kita Jadi Kurang Pemarah Pada Anak

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 292 hits
Pelakon Elfira Loy berkongsi zikir di laman Instagramnya kepada semua ibu bapa lain untuk dijadikan amalan seharian ketika membesarkan anak anak Menurut Elfira yang mesra dipanggil El dia juga sama seperti ibu lain yang selalu belajar sesua...
Rafathar Ulang Tahun Ke 6 Raffi Nagita Bagikan 1000 Tablet Untuk Anak Sekolah Berbagi Kebahagiaan

Rafathar Ulang Tahun Ke 6 Raffi Nagita Bagikan 1000 Tablet Untuk Anak Sekolah Berbagi Kebahagiaan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 219 hits
Sadar bahwa di luar sana banyak yang kesusahan sekolah daring karena keterbatasan gadget 1000 tablet tersebut akan dikirim ke berbagai pelosok daerah
6 Tahun Bercinta Hyuna Edawn Bakal Rilis Lagu Duet Pertama

6 Tahun Bercinta Hyuna Edawn Bakal Rilis Lagu Duet Pertama

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 323 hits
Jarang jarang kan artis K Pop nak tayang hubungan cinta mereka kan Tapi tidak bagi Hyun a dan Edawn yang tidak segan berkongsi cerita bahagia mereka bersama Sudah 6 tahun bercinta secara terbuka pasangan itu dikhabarkan bakal merilis sebuah...
Anak Yang Menyusu Susu Ibu Kurang Jadi Picky Eater Dalam Susu Ibu Ada Pelbagai Rasa

Anak Yang Menyusu Susu Ibu Kurang Jadi Picky Eater Dalam Susu Ibu Ada Pelbagai Rasa

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 338 hits
Semasa tahun pertama kehidupan kanak kanak mengalami tumbesaran fizikal sosial dan emosi yang pesat Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis ma...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation