Ayah Lelaki Pertama Yang Sayang Cinta Seluhurnya Padamu Indahnya Nukilan Aeril Zafrel Buat Anak Perempuan
Bapa mana yang tidak sayangkan anak-anaknya. Sebolehnya baik ibu mahupun ayah tetap mahu memberikan yang terbaik dan perjalanan kehidupan yang dirahmati Allah SWT.
Satu pengharapan besar dan amanat buat anak perempuannya, Aeril Zafrel membingkas ucapan penuh indah buat anak keduanya, Hayla Adzkiya sempena sambutan hari lahir keenamnya semalam.
Kata Aeril menerusi Instagramnya, kehadiran Hayla enam tahun yang lalu, menyempurnakan hari-hari bahagia bagi keluarga kecilnya.
Malah kata Aeril lagi, kehadiran anak-anak dalam hidupnya juga menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kecilnya.
“Bismillah, ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah, Hayla Adzkiya di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.
“Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.
“Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini,” kongsinya menerusi Instagram.
Jadi wanita membanggakan ayah & mama
Malah bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya itu dipermudahkan dan menjadi wanita solehah dan membanggakan kelak.
“Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia remaja; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. Insyallah.
“Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan tidak redha jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).
“Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. Insyaallah selamanya Hayla kan’terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan.
“Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.
“Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang, Hayla Adzkiya,” luahnya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)
Menarik: Bukan Senang, Banyak Pengorbanannya, Fasihnya Anak Tomok Cakap Mandarin, Isteri Kongsi Kepayahan
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @aeril_zafrel
The post “Ayah Lelaki Pertama Yang Sayang & Cinta Seluhurnya Padamu” Indahnya Nukilan Aeril Zafrel Buat Anak Perempuan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ayah-lelaki-pertama-yang-sayang-cinta-seluhurnya-padamu-indahnya-nukilan-aeril-zafrel-buat-anak-perempuan/