Berpuasa Tetapi Tidak Menunaikan Solat



Soalan:
Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang?

Jawapan:
Untuk menjawab soalan ini, sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”

Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.

Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.

Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.


Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:

وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌ
“Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.” (Surah al-Qamar: 53)

Firman-Nya lagi:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿۷﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرَّا يَرَهُ
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.” (Surah al-Zalzalah: 7-8)

Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:

Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya:

“Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.

Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/berpuasa-tetapi-tidak-menunaikan-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Santapan Minda Selepas Menunaikan Solat Magrib

Santapan Minda Selepas Menunaikan Solat Magrib

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 299 hits
KUANTAN 26 April 8211 Tiambalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendengar tazkirah yang disampaikan oleh PU Nor Hamizi Jamaluddin selepas menunaikan solat Magrib di Masjid ...
Polis Israel Menyekat Penduduk Islam Palestin Menunaikan Solat Terawih

Polis Israel Menyekat Penduduk Islam Palestin Menunaikan Solat Terawih

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 354 hits
Rejim Zionis meneruskan penindasan mereka ke atas rakyat Palestin terutama di bulan Ramadan apabila mereka kini melarang penduduk Islam Palesti menunaikan solat terawih Halangan ini dilakukan apabila polis Israel bertindak menutup laluan ut...
Menunaikan Solat Magrib

Menunaikan Solat Magrib

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 279 hits
KUANTAN 26 April 8211 Tiambalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menunaikan solat Magrib di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah di sini hari ini
Bawa Anak Kecil Solat Terawih Satu Didikan Yang Bagus Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Bawa Anak Kecil Ke Masjid

Bawa Anak Kecil Solat Terawih Satu Didikan Yang Bagus Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Bawa Anak Kecil Ke Masjid

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 662 hits
Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar melalui instagramnya telah berkongsi tip membawa anak kecil solat terawih Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini pasti ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat terawih di masjid Baca Be...
Hukum Melihat Mushaf Al Quran Ketika Solat

Hukum Melihat Mushaf Al Quran Ketika Solat

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 313 hits
Soalan Apakah hukum melihat mushaf al Quran ketika solat fardhu dan solat sunat Jika dibolehkan adakah dibolehkan untuk kedua dua imam dan makmum Jawapan Solat merupakan merupakan salah satu daripada amal ibadat yang paling utama dalam kehi...
Anak Kecil Menyusu Bukan Penghalang Ibu Solat Terawih Ada Cara Lakukannya Dengan Tenang

Anak Kecil Menyusu Bukan Penghalang Ibu Solat Terawih Ada Cara Lakukannya Dengan Tenang

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 598 hits
Mempunyai anak kecil bukan bermakna mama perlu melepaskan pahala mengerjakan solat terawih di bulan Ramadan ini Ada cara yang mama boleh lakukannya dengan lebih tenang seperti yang dicadangkan ibu ini Walau pun mempunyai anak anak masih kec...
Cara Solat Tarawih

Cara Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 1094 hits
Bagaimana cara solat tarawih Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat tarawih Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami oleh semua orang Apa yang menarik Pa...
Kelantan Arah Kedai Makan Tutup Sementara Galak Umat Islam Solat Terawih

Kelantan Arah Kedai Makan Tutup Sementara Galak Umat Islam Solat Terawih

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 526 hits
Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh Kelantan diarahkan menghentikan sementara perniagaan bermula jam 8 30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini Ia bagi menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang terawih berjemaah di...
Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih

Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 420 hits
KUALA NERUS Seorang kakitangan Majlis Sukan Negeri Terengganu meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat tarawih di surau berhampiran Kem Seri Pantai Seberang Takir di sini malam tadi Dalam kejadian kira kira jam 9 30 malam itu Abdul Gha...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan