Anak Kecil Menyusu Bukan Penghalang Ibu Solat Terawih Ada Cara Lakukannya Dengan Tenang
Mempunyai anak kecil bukan bermakna mama perlu melepaskan pahala mengerjakan solat terawih di bulan Ramadan ini. Ada cara yang mama boleh lakukannya dengan lebih tenang, seperti yang dicadangkan ibu ini.
Walau pun mempunyai anak-anak masih kecil dan menyusu, ibu tak mahu ketinggalan mengutip pahala di bulan penuh berkat ini. Jangan berputus asa, susun jadual dan strategi supaya ia masih boleh dilakukan dengan penuh penghayatan. Perkongsian daripada Dr Nurhaya Yacob ini boleh dijadikan panduan.
Ramadhan, terawih dan anak kecil
“Haya mcm mana ko handle 3 ketul anak ko masa terawih, ke ko tunggu diorg tido dulu baru ko solat?”…
Haha memang tak la aku nak tunggu diorg tido..dengan aku-aku sekali tido..selalunya balik dari sekolah, aku siapkan diorg dulu, bagi makan, minum semua. Bawa gi mandi dan tukar baju pampers bagai..lepas tu solat maghrib..dalam jam 8.15 mcm tu gak la..lepas tu aku tunggu insyak sekali. dan mula la terawih..
Inikah jawapan saya kepada teman saya yang berkunjung mendapatkan konsultasi tentang penyusuan. Pasangan beliau PJJ kerana bekerja di luar negara dan pulang setiap bulan. Anaknya berusia 7 bulan.
TERAWIH BERSEORANGAN DI RUMAH DENGAN ANAK-ANAK KECIL
Tup tap tup tap..malam ini kita sudah melakukan ibadah solat terawih yang hanya kita temukan pada bulan Ramadhan sahaja! Padahal sebelum ni riuh rendah dok countdown masuk Ramadhan kan..dengan segala resolution yang dibuat utk bertemu dengan Bulan yg mulia ini. Bersama ini saya kongsikan sedikit tips tentang apa yang saya lakukan untuk atasi berterawih di rumah dengan anak kecil
BERIBADAH DENGAN TENANG
Maksud solat terawih itu sendiri “rehat”..maka tak perlu kita solat pulun nak selesai semua lepas tu lipat telekung dan tidok.. dulu saya mcm ni..sebab tak paham..anak sorang baru tapi nak solat terawih punya la susah.. bila dah paham dan berguru dgn ahli alhamdulilah tahun lepas saya mengaplikasikan teknik ini dan dapat beribadah dengan sangat tenang di bulan Ramadhan. Tiada perasaan marah, sedih atau tidak puas hati.
2. SUSUKAN SI KECIL TANPA PERLU MENUNGGU WAKTU LAPAR!
Apabila selesai solat maghrib, saya berdoa la apa yg patut.. selalunya saya susu kan cik bunga masa ni..diantara maghrib dan isyak..nanti cik bunga dah tenang, dia akan main sendiri atau bermain dengan abang2nya sekejap… abg2nya dah tenang dah sebab saya dah selesaikan keperluan mereka… Mereka selalunya tidur jam 10 -11 mlm..weekend lambat skit sometime 12midnight. cik bunga awal tidonya..jam 10 dah ke lala land…
3. SEDIAKAN MAINAN UNTUK ANAK.
Di samping mereka melihat kita solat. double a akan main dgn mainan mereka. kalau Ammar suka main kereta, amirul pula suka susun blok. so saya keluarkan 4 biji kereta utk ammar..supaya nanti dia tak cepat bosan dan tukar lalu saya ganti dengan mainan yang lain bila dia dah nampak bosan dgn mainan yang sama. tapi most of the time mereka bergabung main..mesti la ada masa bergaduh.
Saya akan solat isyak…kemudian NIAT SOLAT TERAWIH dan lanjutkan dengan terawih..set pertama…maksudnya 2 rakaat pertama.
4. BERSANTAI
Sekiranya mereka masih ok…saya lanjutkan dengan set ke 2..tapi selalunya tak..so saya dah siapkan kudapan seperti chicken cheese pie atau waffle atau buah2an dan cookies. 2 ke 3 jam selalunya dah lapar..
Botol air mereka pun dah siap2… jadi saya akan break sekejap..dan penuhi keperluan mereka dulu.. kalau kita nak teruskan juga..akan jadi pemberontakkan yang luar biasa sampai cik bunga yang tidur tadi akan bangun. Lagi pun solat terawih tu kan maksudnya rehat2…kenapa nak gopoh gapah.
Belum lagi nanti Amirul datang duduk atas kepala dan panjat di belakang..bacaan pun serba kelaut.. dah settle semua..ada la dalam 10 ke 20 minit..kalau tak batal wudhuk, saya lanjutkan lagi. kalau tak saya wudhuk lagi…kadang2 mereka ajak saya main sekali..maka saya layankan dulu..so kene ingat lah berapa rakaat dah solat
begitulah yang saya amalkan..saya tak suka solat dlm keadaan stress dan cepat2 nak habiskan terawih hanya kerana nak puaskan hati “ok malam ni dak settle terawih” tapi tiada kualiti.
sejujurnya saya hanya buat 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. sekiranya 4 rakaat pertama sempat saya selesaikan dalam satu2 masa.. masa selawat dan doa saya tak tinggal..tp bila dua hero dah mula mengeluarkan suara tak best..dan maknye kena campur tangan..maka kadang2 selawat dan doa dia antara solat terawih pun tercicir..
…
5. 10.30 MALAM..
Selalunya saya selesai semua dalam 10.30mlm ke jam 11 mlm.bergantung kepada toleransi anak-anak..apa2 pun saya pegang konsep bersantai-santai.
Saya berasa sangat tenang melalui Ramadhan walaupun anak semakin bertambah…dengan konsep dan cara makan dan minum yang baik serta solat terawih bersantai ini membuatkan kualiti saya “berkomunikasi” denganNya lebih baik…
KENAPA TAK TUNGGU ANAK TIDUR?
sebab..saya ada routine baca buku dgn mereka sebelum tidur..mereka takkan tidur kalau mummynya tak baca bedtime story, dan routine mereka tidur adalah jam begitu. Saya tidak mahu mengubah routine mereka yang masih kecil.
Jadi bila mereka tidur saya pun akan tidur bersama…. saya hanya akan terbangun di saat Cik Bunga ingin menyusu maybe sekitar jam 1 pagi…saya pernah cuba cara ini.iaitu bangun jam satu dan solat.tapi justeru saya berasa sangat letih dan hari siang saya kurang fokus dan produktif… selesai saya susukan cik bunga, saya akan tido kembali dan bangun jam 4 pagi utk susukan sekali lagi.
Kali ini saya akan terus bangun.. Kerana pada waktu ini, saya akan membuat hajat kepada Allah melalui solat tahajud,taubat, hajat dan istikarah…siapkan kerja-kerja rumah serta bersahur… Dan meneruskan routine kerja saya mcm biasa.
RAMADAN DATANG TAK MENUNGGU, HARUS DIKEJAR
Inilah yang saya lakukan apabila hanya saya dan anak2 di rumah… Ramadhan yang datang tidak akan menunggu, hanya saya yang harus mengejarnya.. saya harap perkongsian ini dapat membantu ibu yang mengalami situasi yang sama seperti suami bekerja shif, pjj dan lain2…
Maybe ibu selesa tunggu anak tidur dulu, apa2 pun sesuaikan dengan situasi ibu ya.. ini hanya berkongsian saya bagaimana saja menguruskan mereka dan mengejar nikmat di bulan yg mulia ini.
Solat terawih adalah di lakukan secara bersantai..tiada gopoh dah ingin cepat selesai..di saat solat, saya selang selikan dgn keperluan anak…mereka tenang, kepala saya pun tak serabut.
Saya juga manusia biasa yang memerlukan rehat dan tidur, saya harus menjaga kondisi diri kerana saya sering bersendiri bersama anak2..sekiranya saya jatuh sakit di atas kelalaian tidak menjaga kesihatan diri..makan seluruh isi rumah akan kucar kacir..
Begitulah…
Adakah saya membantu?
Sumber: Dr Nurhaya Yacob
Masih kekal mak anak 3, belum bertambah
The post Anak Kecil Menyusu Bukan Penghalang Ibu Solat Terawih. Ada Cara Lakukannya Dengan Tenang appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-kecil-menyusu-bukan-penghalang-ibu-solat-terawih-ada-cara-lakukannya-dengan-tenang/