Cara Solat Tarawih


Bagaimana cara solat tarawih?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat tarawih.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami oleh semua orang.
Apa yang menarik:
Panduan cara solat sunat tarawih ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.

Isi Kandungan Panduan Ini: Pengenalan Waktu mengerjakan solat sunat tarawih Jumlah rakaat Lafaz niat Rukun solat & surah yang boleh dibaca Wirid & Doa selepas solat Solat witir: penutup kepada solat sunat tarawih Doa qunut (malam 16 terakhir)  
Pengenalan Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu
— Hadis riwayat Muslim
Solat sunat tarawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.
Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.
 
Waktu Untuk Mengerjakan Solat Tarawih Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas solat sunat ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit waktu fajar.
Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar.
 
Jumlah Rakaat Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan.
Malah baginda menggalakkan umatnya bersolat tanpa batasan.
Secara umumnya, umat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat.
Selepas itu, solat sunat tarawih akan diakhiri dengan solat witir.
 
Lafaz Niat Oleh kerana solat sunat tarawih boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah, maka terdapat 2 lafaz niat yang saya akan terangkan.
Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram.
Solat Bersendirian Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat Berjemaah (Makmum) Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:
usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
 
Rukun Solat & Surah Yang Boleh Dibaca Rukun Solat Rukun-rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti solat fardu atau solat sunat yang lain.
Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Pemilihan Surah  Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.
Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.
Namun sebagai panduan, saya mencadang surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah:
Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua) Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua) Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua) Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua) Oleh kerana jumlah rakaat adalah 8 rakaat dan ditunaikan sebanyak 4 kali (satu salam bagi setiap 2 rakaat), maka bacaan ditanda dengan nombor 1 hingga 4 mewakili susunan solat.
Nota Biasanya di Malaysia, selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.
 
Solat Sunat Witir Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Jika kita solat berjemaah di masjid, sebelum solat sunat witir dimulakan, bilal akan memberitahu para jemaah dengan lafaz:
Solatul witri asa bakumullah Maksudnya:
Didirikan solat witir diberikan oleh Allah ganjaran pahala
Lafaz niat solat witir 1. Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah: Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala
2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah: Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala
Untuk pemahaman yang lebih lanjut mengenai solat sunat witir, saya sarankan agar anda melihat panduan mengerjakan solat witir ini.
 
Wirid & Doa Selepas Selesai Solat 1. Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek. Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:
Yaa latiffu ya kafii ya hafizu ya syafii Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.
2. Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali. Yaa latiffu ya wafii ya karimmu antallah Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.
3.   Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai: Laa ilah ha illallah Maksudnya:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
4. Selesai zikir, kita boleh membaca doa. Doa adalah bebas. Di bawah adalah cadangan doa untuk dibaca untuk solat sunat tarawih.
Amin, Amin, bijudika amin bimtina nika aamin, ya khairal mas ulin ya Allah, wa ya rahimazzhu aa faa ii wal fuqaraa ii wal walyatama wal masakin. Allahummag tiq riqobana warikoba aaba ii na wa ummahatina wa ajdadina wa jaddatina minannari ajmain. Watub wa zakk wagfu aa man yakulu aminn, aminn, aminn. Wasollohu alaihi wal hamdulillahi rabbil aalamin. 5.   Sehabis bacaan doa ini, baca surah al-fatihah.
6.   Seterusnya disambung dengan bacaan doa yang kedua: Allahumma rabbana taqabbal minna solatana wasiyamana waqiyamana waruku aana wasujudana watakhosyu aana wata dorru aana wata aabbu dana watammim taksii rana ya Allah Ya Allah, birahmatika ya arhamarraa himin, wal hamdululillahi rabbil aalamin. Dengan itu, selesailah solat sunat tarawih untuk malam tersebut.
Semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia.
 
 
Membaca Doa Qunut Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca doa Qunut pada rakaat yang akhir solat sunat witir sesudah bangkit daripada rukuk.
Lafaznya sama sebagaimana lafaz doa Qunut solat fardhu Subuh.

Bacaan Doa Qunut dalam rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
 
Penutup: semoga Ramadan ini menjadi bulan terbaik kepada kita untuk beribadah Ramadhan adalah tetamu yang agung.
Datangnya berkunjung selama sebulan dalam setahun.
Dia membawa kepada kita pelbagai hadiah yang sangat berharga yang perlu kita ambil dan hargai.
Jika tidak kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan hadiah yang istimewa itu.
Di antara hadiah-hadiah istimewa itu ialah pahala berganda untuk setiap amal di bulan Ramadahan.
Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca quran dan bertarawih bagi merebut gandaan pahala yang hanya di tawarkan di bulan yang mulia ini.
The post Cara Solat Tarawih (Panduan Lengkap & Mudah Difahami) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-tarawih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Tenang Solat Anak Pun Happy Sedia Ruangan Kanak2 Masjid Ini Jadi Pilihan Jemaah Tarawih

Mak Tenang Solat Anak Pun Happy Sedia Ruangan Kanak2 Masjid Ini Jadi Pilihan Jemaah Tarawih

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 478 hits
Mak tenang solat anak pun happy Sedia ruangan kanak2 masjid ini jadi pilihan jemaah tarawih Solat tarawih adalah ibadah khusus yang hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja Tidak hairanlah kebanyakan masjid dan surau sentiasa penuh ...
Solat Tarawih Paling Lama Ambil Masa Lapan Jam

Solat Tarawih Paling Lama Ambil Masa Lapan Jam

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 374 hits
MASYARAKAT Indonesia digemparkan dengan berita penduduk di daerah Indramayu yang menunaikan solat tarawih sebanyak 23 rakaat hanya dalam tempoh tujuh minit namun lain pula keadaan bagi penduduk di daerah Magetan Jawa Timur Liputan6 melapork...
Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih

Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 371 hits
KUALA NERUS Seorang kakitangan Majlis Sukan Negeri Terengganu meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat tarawih di surau berhampiran Kem Seri Pantai Seberang Takir di sini malam tadi Dalam kejadian kira kira jam 9 30 malam itu Abdul Gha...
Solat Tarawih Ambil Masa 8 Jam Habis Solat Tarawih Terus Sahur

Solat Tarawih Ambil Masa 8 Jam Habis Solat Tarawih Terus Sahur

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 356 hits
Menjelang Ramadan tiba pasti kita akan selalu dengar kisah solat tarawih paling cepat yang selalu dihebohkan tetapi berbeza dengan sebuah masjid di Desa Temboro Magetan ini yang mengambil masa lapan jam untuk solat tarawih Pengurus Pondok P...
Solat Sunat Tarawih Di Rumah Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Solat Sunat Tarawih Di Rumah Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 415 hits
Setiap kali tibanya Ramadhan ibadah yang paling dinantikan ialah Solat Sunat Tarawih Pergelutan masa dan keadaan menyebabkan tidak semua orang dapat menunaikan solat dalam waktu yang sepatutnya Jadi ada yang memilih melakukan solat di rumah...
Solat Tarawih Sendirian Di Rumah Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Ibu Ada Anak Kecil

Solat Tarawih Sendirian Di Rumah Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Ibu Ada Anak Kecil

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 752 hits
Mak mak yang ada anak kecil atau yang tak berapa sihat dan tak dapat nak ke surau atau masjid bolehlah ikut cara solat tarawih yang mudah ni Tak semestinya ibu yang ada anak kecil tak boleh melakukan ibadah sunat ini sendirian di rumah Beri...
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 639 hits
Picture source googleKelebihan Solat Tarawih Malam PertamaDiampuni dosa orang orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan Source
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation