Berpantang Czer
Assalamualaikum. Lama tak update blog. Almaklumla dah ada baby lagi busy memanjang. Hihi. Last post aku ada cerita pasai permohonan nikah kan, kali ni aku skip semua cerita pasai nikah, wedding, dgn pregnant.Sebab tengah berpantang so mood mai nak cerita pasai pantang ja. Hihi.
Hari ni hari ke-37 aku berpantang. Setakat ni boleh survive lagi la. Bab makan aku tak kisah sangat. Yang mencabar semasa pantang ialah jaga luka czer dan masa nak bf baby masa awal bersalin dulu. Dgn masalah bengkak susu dan nipple crack.Sebab tu jugak baby aku dah tak mau bf. Fully fm ja sekarang. Dapat rasa bf seminggu setengah ja. Huhuhu. Tapi takpala asalkan anak aku membesar dengan sihat ja.
By the way, aku bersalin secara emergency czer sebab fetal distress. Bukaan cuma 6cm lepastu ctg baby tak cantik terus tolak ke ot. Redha ja kena bedah masa tu. Fobia bila ingat balik. Huhu
Cara aku jaga luka czer semasa pantang ni ialah cuci dengan air suam guna kapas. Pastu aku lap dengan tisu bersih. Pastu baru guna hair dryer untuk keringkan. Ni rutin yang aku buat tiap kali lepas mandi. Sebelum ni aku mandi tutup tempat luka dengan plastik. Selepas 30 hari baru berani mandi macam biasa. Akibatnya tempat luka aku tu jadi berbau. Sebab peluh dan bekas gam spray yang doc sembuq lepas bersalin haritu. Sebelum ni aku perasan memang berbau tapi aku buat dek ja. Haha. Bukannya apa, perut aku berlipat,tak nampak luka. Husband plak pjj nak mintak tolong cuci. Sebab buat sendiri yang tak bersih sepenuhnya tu. Masa check up kat kk pada hari ke 35 misi cakap berbau sangat tempat luka tu dan misi buat dressing(cuci tempat luka). Misi advice suruh mandi macam biasa dan gosok pelan2 dengan air semasa mandi. Lepas dah kena tegur baru aku buat. Lepas tu rutin biasala cuci dgn air suam, lap kering dgn tisu dan hair dryer. Aku mintak tolong mama aku cuci. Kadang2 guna cermin.Pengajarannya jaga la luka czer tu elok2 sampai bersih dan kering ya. Huhu.
Dari segi bab makan plak, mama aku yang sediakan. Antara menu pagi ialah kopi o, horlick, elcafe, air coklat, biskut kering, roti coklat,apam,kuih lapis,lempeng kosong, roti arab, tosai, tepung talam, cucur bawang ikan bilis, cucur kembung manis. Menu tengahari plak antaranya ikan selar,bawal putih, tenggiri, haruan fresh,haruan kering,ikan talang, ikan kerisi, ayam. Mostly buat masak singgang,sup,masak asam, goreng. Hihihi. Paling aku suka ayam masak asam la. Sayur plak semua masak air. Sawi, bayam,brocoli,carrot. Makan malam plak masa dua minggu awal ja aku makan nasi lauk sama macam tengahari. Lepas dua minggu aku cuma makan biskut kering atau roti cicah kopi o, air coklat,elcafe,white coffee untuk makan malam (pukul 6pm). Kafein mmg wajib aku minum tiap hari sebab mata aku tak tahan. Cepat ngantuk. Yala,tengah malam aku sorang ja handle baby untuk bancuh susu dan tukar pampers bila perlu. Suami plak pjj,kena berdikari la. Huhu. Tapi kira okay la waktu siang aku boleh cover tidur. Masa tu parents dengan kak aku tolong jaga baby.hihi
Bengkung aku tak pakai. Tak berani. Tapi ada try pakai girdle elken rasa mcm ketat sangat. Takut plak sebab luka dalam luar belum pulih sepenuhnya. So nak tunggu lama sikit baru pakai. Diet ja la buat masa la ni. Hihi
Jamu aku tak makan. Aku makan supplement elken iaitu spirulina,elg6, esterC,dan ld venus. Alhamdulillah rasa bertenaga setakat ni.
Walaupun czer aku tetap urut plus bertungku cuma tak kacau perut la. Aku upah tukang urut rm240 untuk 3 hari. Aku start urut selepas dua minggu bersalin. Price tu untuk urut saja plus tungku herba free. Agak pricey kat area kedah ni tapi best dia urut walaupun sakit dan masa tu jugak aku tengah bengkak susu. So sakit yang tu lebih dari sakit masa mengurut. Huhu. Btungku plak tiap malam aku letak kat bahagian kaki betis,paha,punggung dan pinggang. Tuam sikit2 ja. Berat kot nk pegang. Huhu.
Amalan berpantang lain yang aku buat ialah aku pakai stokin sepanjang masa. Rasa selesa plak pakai stokin tebal. Mandi plak aku mandi air rebusan daun inai,daun pandan,daun serai wangi selama 30 hari. Selepas tu aku mandi air paip ja. Alhamdulillah setakat ni okay.
Kerja rumah plak aku buat ja, sapu sampah (2x sepanjang berpantang), basuh pinggan,basuh baju,sidai baju,lipat kain. Tapi aku buat sikit2 ja. Tak beria pun. Huhu
Dari segi meroyan plak yes aku meroyan gak dalam pantang ni. Tapi tak tau la nak cakap sebab pantang atau memang sejak azali lagi sebab aku memang suka meroyan. Hahah. Hati sensitip la katakan. Asyik nangis ja tiap malam . Dari masa mengandung sampai pantang.. Rasa sayu bila pjj dgn suami. Bila tengok anak malam2, kena urus sorang2 tengah malam, rasa sedih sebab suami tak dak kt sebelah untuk sama2 tengok anak mmbesar. Waktu lepas asar sampai pukul 10pm mmg family aku yang tolong jaga baby sebab masa tu masa aku tidoq. Haha. Tgh malam mmg turn aku berjaga sampai next day. Huhu. Walaupun pjj pilihan aku tapi jujur aku tak kuat. Dua minggu sekali baru boleh jumpa sebab weekend pun dia kena buat ot. Keja dgn orang biasala. Tambah plak zaman pakjib nak sewa rumah pun tak semudah tu. Aku plak dah tak kerja since aku pregnant 7 bulan. Banyak kali kami gaduh sebab isu rumah. Huhu. aku rasa sedih sangat sebab sampai dah beranak pun kami masih tak dapat duduk sekali. Nak kata jauh tu dak la, penang-kedah. Tapi dengan kos la ni,nak ulang alik agak penat la dari segi tenaga dan kos. Mmg tiap malam aku nangis sorang2 sambil tengok baby. Ada haritu masa satu minggu berpantang,aku meroyan tak bagi sapa pegang baby aku sebab aku rasa jealous bila family aku lebih banyak masa dengan baby aku. Aku nak mandikan pun mama aku tak bagi. Aku rasa sentap sangat masa tu. Tak tau apa yang merasuk. Tapi masa tu aku cuma pikir aku tak mau orang lain rapat dengan baby aku. Aku plak bukan mesra dengan kids orang lain so aku cuma ada baby aku untuk bermanja. Tambah plak suami jauh. Aku rasa sunyi tiba2. sounds mengada2 kan? Hahah. Tapi tu cerita lepas. Sekarang ni dah waras balik. Harapnya dapat la kami dok sekali sebagai satu family,hidup berdikari tanpa menumpang rumah family masing2 lagi. Tu yang paling aku impikan dalam rumahtangga kami.Aku tak mau suami aku tak dak tengok anak membesar,tup2 balik anak dah berjalan contohnya. Serius tak mau. Apa2 pun aku salute ibu2 yang membesarkan anak tanpa suami di sisi sampai anak dah besar. Kuat sungguh hati kalian.Doakan kami agar dimurahkan rezeki untuk tinggal bersama di rumah sendiri. Amin.
Okay la takat tu ja kot nak kongsi.baby dok nangis dah. Huhu. Till next..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://coretancikfafa.blogspot.com/2017/11/berpantang-czer.html