Berniaga Tak Tahu Harga
"2 ringgit""Bukan biasa 1 ringgit 5 kupang?""Eh, ye ke? Kalau macam tu RM1.50. Maaflah, saya tak tahu harga."Dialog ini terjadi di antara si penjual dan pembeli semasa Tedi pergi ke kedai bawah untuk mendapatkan gam kunyah-kunyah (chewing gum) Mentos Pure Fresh. Si pembeli ketika itu nak beli setin minuman ringan.
Bosan temani Master siapkan kerja dia jadi terpaksalah cari sesuatu untuk dikunyah tanpa perlu dimakan. Selalu Tedi beli Chewing Gum Mentos warna hijau, kali ni Tedi beli warna biru pula. Labelnya tertulis Mentos Pure Fresh Pure Breath.
Paling penting ada tertulis sugarfree pada label, jadi nanti kalau gula naik harga macam yang dicadangkan pak menteri (atau timbalan menteri), Tedi nak tengok harga dia naik tak daripada harga sekarang RM 5.70.
Tedi suka kunyah benda alah ni apabila mengantuk. Rasa beranginnya kadangkala melampau, tapi itulah yang membantu hilangkan mengantuk, kan?
Sumber: Produk SOCMA Trading (M) Sdn. Bhd.
Ketika memilih warna-warna itulah terjadi dialog di atas. Boleh pula si penjual kata dia tak tahu harga untuk gula-gula Mentos Pure Fresh itu?
Habis tu kenapa dia berani letak harga RM2 pada permulaan proses jual beli Mentos Pure Fresh tersebut? Sudahlah si pembeli itu warga asing yang mengaji di Malaysia yang aman damai ini. Memalukan kaum Master sahaja.
Mungkin dia memang tak tahu harga tu memandangkan si penjual tu bukan orang biasa yang Tedi jumpa. Tapi kalau tak tahu tu, silalah bertanya kepada orang yang tahu atau rujuk mana-mana dokumentasi.
Tedi temani Master di pejabat.Hari minggu pun kena kerja, bosan sungguh Master ni.
Tapi lebih berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Master mesti lebih bosan daripada Tedi. Siapalah yang kerja jaga rangkaian (network) di pejabat Master ni? Mesti makan gaji buta ni.
Sumber: malikilimanjaro - The Bear Necessities.Hari ini Tedi teman Master di pejabat sebab ada kerja pejabat beliau yang masih belum beres. Sepatutnya boleh dibuat di rumah melalui VPN (virtual private network) atau mungkin dalam Bahasa Malaysia disebut rangkaian peribadi maya.
Rangkaian maya ini sepatutnya membolehkan Master mencapai fail yang diperlukan dari luar rangkaian pejabat beliau. Tapi mungkin kerana rangkaian maya itu mati sekarang ni, maka Master terpaksalah datang pejabat untuk dapatkan fail yang diperlukan.
Erm, macam laparlah pula... nak makan apa ek?
*** 29 September 2013 ***
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/09/berniaga-tak-tahu-harga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29