Bermusafir Ketika Puasa Rukhsah Atau Azimah Lebih Afdhal



Soalan:
Sewaktu saya bermusafir ketika berpuasa, manakah yang lebih utama, teruskan berpuasa atau mengambil rukhsah berbuka? Secara umumnya, manakah yang lebih utama, mengambil rukhsah atau terus dengan hukum asal azimah?

Jawapan:
Sebelum membahaskan isu ini dengan lebih lanjut, perlu dijelaskan terlebih dahulu definisi bagi kedua-dua istilah yang ingin dibahaskan:

Rukhsah bermaksud suatu ketetapan hukum yang disyariatkan disebabkan satu keuzuran dan kesusahan. (Rujuk Al-Bahr al-Muhit 1/262 dan Al-Muwafaqat 1/466)

Antara contoh rukhsah pula ialah keharusan mengqasarkan solat fardhu empat rakaat kepada dua rakaat sewaktu bermusafir, dan keharusan bertayammum sebagai ganti kepada wudhu ketika ketiadaan air.

‘Azimah pula bermaksud hukum asal yang disyariatkan pada permulaan, dan bukan kerana suatu keuzuran seperti halnya rukhsah. (Rujuk Usul al-Fiqh allazi La Yasa’u al-Faqih Jahluhu, hal. 42)

Dalam isu ini, para ulama mempunyai beberapa pandangan yang berbeza:

1. Rukhsah lebih utama berbanding ‘azimah

Dalil bagi pandangan ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللَّهَ تباركَ وتعالى يحبُّ أن تُؤتَى رُخصُهُ كما يكرَهُ أن تُؤتَى معصيتُهُ
“Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala suka ketika rukhsah dari-Nya diambil, sebagaimana Dia membenci tatkala maksiat kepada-Nya dilakukan.” [Riwayat Ahmad (5832), Ibn Khuzaimah (903) dan Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (5302). Hadith ini dinilai sahih oleh Imam al-Suyuti dan Syeikh Ahmad Syakir]

Menurut Imam al-Syaukani, hadith ini menjadi dalil bahawa meninggalkan rukhsah bererti meninggalkan satu perkara ketaatan, dan ia diumpamakan seperti melakukan maksiat. (Rujuk Nail al-Autar 3/244)

Daripada Ya’la bin Umayyah RA, katanya:

قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ : ( لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ) (النساء: 101) ، فَقَدْ أَمِنَ النَّاسُ ؟ فَقَالَ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ ، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ، فَقَالَ: ( صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللهُ بِهَا عَلَيْكُمْ ؛ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ )
Aku bertanya kepada Sayyidina Umar al-Khattab RA: “Allah SWT berfirman dalam al-Quran: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa 'mengqasarkan' (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir, sedangkan sekarang manusia berada dalam keadaan aman.” Umar RA menjawab: “Aku juga berfikir perkara yang sama denganmu, maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentangnya, lalu Baginda bersabda: Ia merupakan sedekah daripada Allah SWT untuk kamu, maka terimalah sedekah-Nya.” [Riwayat Muslim (686)]

Imam al-Zarkasyi pula berpandangan bahawa mengqasarkan solat adalah lebih afdhal berbanding solat secara penuh (tamam). (Rujuk Al-Manthur fi al-Qawa’id, 2/415)

2. Azimah lebih utama berbanding rukhsah

Hal ini berdasarkan beberapa hadith Baginda SAW, antaranya riwayat daripada Al-Aswad, bahawa Sayyidatina Aisyah R.Anha berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ يَصْدُرُ النَّاسُ بِنُسُكَيْنِ وَأَصْدُرُ بِنُسُكٍ فَقِيلَ لَهَا ‏ "‏ انْتَظِرِي، فَإِذَا طَهُرْتِ فَاخْرُجِي إِلَى التَّنْعِيمِ، فَأَهِلِّي ثُمَّ ائْتِينَا بِمَكَانِ كَذَا، وَلَكِنَّهَا عَلَى قَدْرِ نَفَقَتِكِ، أَوْ نَصَبِكِ ‏"
“Wahai Rasulullah, orang ramai pulang dari Mekah dengan mengerjakan haji dan umrah, tapi aku hanya satu.” Lalu Baginda SAW menjawab: “Kamu perlu menunggu hingga tempoh haid kamu selesai, kemudian pergi ke Tan’im dan mengenakan ihram, kemudian kamu temui kami pada masa sekian di tempat sekian; sesungguhnya pahala bagi umrah kamu ialah berdasarkan perbelanjaan yang ditanggung dan usaha yang dicurahkan.” [Riwayat al-Bukhari (1787) dan Muslim (1211)]

Oleh kerana itu, berdasarkan hadith ini lah Imam al-Zarkasyi menyatakan bahawa amal yang lebih banyak dan melibatkan masyaqqah yang lebih banyak adalah lebih utama berbanding selainnya. (Rujuk Al-Manthur fi al-Qawa’id, 2/415)

Ini juga bertepatan dengan kaedah:
زِيَادَةُ المشَقَّةِ زِيَادَةُ الأَجْرِ

Sesungguhnya pahala berdasarkan kadar masyaqqah seperti dalam kaedah di atas dinisbahkan kepada Imam al-Qarafi melalui kitabnya al-Qawa'id (2/411) dan juga (2/235). Imam Suyuti pula menyebut hampir sama dengan kaedah ini dalam kaedah ke-19. (Lihat al-Asybah wa al-Naza'ir, hlm. 268)

Menurut Imam al-Syatibi pula, hukum ‘azimah merupakan al-qasd al-awwal (objektif utama) syarak, manakala rukhsah pula merupakan kehendak yang kedua. (Rujuk Al-Muwafaqat 1/539)

Namun ini tidaklah bermaksud kita disuruh untuk sengaja menyusahkan dan memberatkan diri sendiri sewaktu beribadah. Kerana itu apabila suatu hari Baginda SAW melihat seorang lelaki yang dipapah oleh dua orang anaknya kerana bernazar untuk berjalan kaki menuju Kaabah, maka Baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنْ تَعْذِيبِ هَذَا نَفْسَهُ ‏
“Allah SWT tidak memerlukan penyeksaan terhadap diri sendiri oleh lelaki ini.” [Sahih al-Bukhari (6701)]

Ini juga sesuai dengan kaedah fiqh yang disebut oleh Imam al-Qarafi:

كَانَ تَرْكُ التَّرَخُّصِ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْعِبَادَاتِ أَوْلَى
“Meninggalkan rukhsah itu dalam banyak jenis ibadat adalah lebih utama.” (Rujuk Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq 1/120)

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa (10/620-622) juga menyebut bahawa kaedah penentuan pahala berdasarkan kadar masyaqqah yang dihadapi juga tidak boleh difahami secara mutlak, bahkan ia perlu dilihat kepada keadaan. Dalilnya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Jabir R.A:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم خَرَجَ عَامَ الْفَتْحِ إِلَى مَكَّةَ فِي رَمَضَانَ فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ كُرَاعَ الْغَمِيمِ فَصَامَ النَّاسُ. فَقِيلَ لَهُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ شَقَّ عَلَيْهِمُ الصِّيَامُ وَإِنَّمَا يَنْظُرُونَ فِيمَا فَعَلْتَ ثُمَّ دَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ فَرَفَعَهُ حَتَّى نَظَرَ النَّاسُ إِلَيْهِ ثُمَّ شَرِبَ فَقِيلَ لَهُ بَعْدَ ذَلِكَ إِنَّ بَعْضَ النَّاسِ قَدْ صَامَ فَقَالَ ‏ "‏ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ ‏"
Rasulullah SAW keluar ke kota Mekah pada bulan Ramadhan pada tahun Fathu Mekah, dan Baginda serta para sahabat berpuasa hingga mereka tiba di Kura’ al-Ghamim. Diberitakan kepada Nabi SAW bahawa ada yang sudah tidak larat untuk berpuasa, dan mereka melihat kepada Baginda sama ada Baginda masih berpuasa atau berbuka. Baginda kemudiannya meminta segelas air, dan mengangkatnya supaya orang lain dapat melihat Baginda minum. Kemudian Baginda diberitahu bahawa sebahagian sahabat Baginda terus berpuasa, maka Baginda bersabda: “Mereka itu orang yang ingkar, mereka itu orang yang ingkar.” [Riwayat Muslim (1114)]

Menurut Imam al-Nawawi dan Kamal ibn al-Humam pula, hadith-hadith yang menunjukkan keutamaan berbuka ditakwilkan sebagai merujuk kepada keadaan-keadaan yang boleh memudaratkan jika diteruskan berpuasa, dan hukum ‘azimah kekal lebih afdhal berbanding ‘azimah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 6/265)


3. Azimah dan rukhsah kedua-duanya setaraf dan tiada yang lebih utama

Adapun yang menjadikan azimah dan rukhsah sebagai sama sahaja, mereka berdalilkan dengan hadith riwayat Hamzah bin ‘Amr:

أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ رَجُلاً يَصُومُ فِي السَّفَرِ فَقَالَ ‏ "‏ إِنْ شِئْتَ فَصُمْ وَإِنْ شِئْتَ فَأَفْطِرْ ‏"
Suatu hari dia bertanya kepada Rasulullah SAW satu persoalan tentang berpuasa dalam permusafiran, dan dia merupakan seorang yang biasa berpuasa sewaktu bermusafir, lalu Baginda SAW menjawab: “Jika kamu mahu, puasalah, dan jika kamu mahu, kamu boleh berbuka.” [Riwayat Muslim (1121) dan al-Nasa’ie (2302)]

Begitu juga dengan riwayat Ibnu Abbas R.’Anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللهَ يُحبُّ أن تُؤتَى رُخصُه كما يُحبُّ أن تُؤتَى عزائمُه
“Sesungguhnya Allah mencintai tatkala diambil rukhshah dari-Nya sebagaimana Dia mencintai ketika dilaksanakan perintah-perintah-Nya.” [Hadith ini dinilai baik oleh Imam al-Munziri dan Imam Ibn Hajar al-Haithami]

Anas bin Malik RA pula pernah ditanya tentang berpuasa ketika safar. Dia menjawab:

سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ، فَلَمْ يَعِبِ الصَّائِمُ عَلَى الْمُفْطِرِ، وَلَا الْمُفْطِرُ عَلَى الصَّائِمِ
“Kami (para sahabat) bermusafir bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan. Tidak ada seorang pun yang berpuasa berasa aib dengan orang yang berbuka, atau orang yang berbuka berasa aib dengan orang yang berpuasa.” [Sahih Muslim (1188)]

Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa beliau berkata:

كُنَّا نَغْزُو مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ، فَمِنَّا الصَّائِمُ وَمِنَّا الْمُفْطِرُ، فَلَا يَجِدُ الصَّائِمُ عَلَى الْمُفْطِرِ، وَلَا الْمُفْطِرُ عَلَى الصَّائِمِ، يَرَوْنَ أَنَّ مَنْ وَجَدَ قُوَّةً فَصَامَ، فَإِنَّ ذَلِكَ حَسَنٌ وَيَرَوْنَ أَنَّ مَنْ وَجَدَ ضَعْفًا، فَأَفْطَرَ فَإِنَّ ذَلِكَ حَسَنٌ
“Kami berperang bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan. Sebahagian kami berpuasa dan sebahagian lain berbuka. Orang yang berpuasa tidak melihat keburukan dengan orang yang berbuka, dan tidak pula yang berbuka memandang buruk orang yang berpuasa. Mereka berpandangan siapa yang ada kekuatan silakan berpuasa, dan itu adalah kebaikan. Dan mereka juga berpandangan siapa yang berasa lemah kemudian berbuka dan itu juga kebaikan.” [Riwayat Muslim (1116)]

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, berkata:

خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مِنَ المَدِينَةِ إِلَى مَكَّةَ، فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ عُسْفَانَ، ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَرَفَعَهُ إِلَى يَدَيْهِ لِيُرِيَهُ النَّاسَ، فَأَفْطَرَ حَتَّى قَدِمَ مَكَّةَ، وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ ، فَكَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ يَقُولُ: «قَدْ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَفْطَرَ، فَمَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ
“Rasulullah SAW keluar daripada Mekah ke Madinah (ketika peristiwa Fathu Makkah) dengan keadaan berpuasa (Ramadhan) sehingga sampai ke kawasan `Usfan. Kemudian baginda meminta air lalu dibawakan air ke hadapan baginda sehingga dapat dilihat oleh orang ramai, lalu baginda berbuka puasa sehingga baginda sampai ke Mekah. Ini berlaku dalam bulan Ramadhan.” Ibn Abbas berkata lagi: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berpuasa dan juga berbuka. Barangsiapa yang mahu maka dia berbuka, dan barangsiapa yang mahu dia berbuka.” [Riwayat al-Bukhari (1948)]

Perbahasan Pandangan-pandangan dan Tarjih

Dr. Abdul Karim al-Namlah telah menyenaraikan hujah-hujah bagi pandangan yang mengutamakan azimah dan yang mengutamakan rukhsah:

Azimah lebih utama:

Azimah merupakan perkara asal yang qath’ie yang tidak dipertikaikan, manakala sebab kepada rukhsah iaitu masyaqqah pula bersifat zhanniy, dan ia berbeza mengikut keadaan dan individu.Azimah merangkumi setiap mukallaf, manakala rukhsah hanya untuk sebahagian sahaja.Rukhsah boleh dijadikan sebagai alasan untuk bermudah-mudah dalam beribadah oleh sebahagian pihak.

Rukhsah lebih utama:

Nas-nas syarak yang menetapkan raf’ul haraj (menghilangkan kesusahan) ke atas umat ini mencapai martabat qath’ie.Tsabit melalui hadith bahawa Nabi SAW tidak diberi pilihan antara dua perkara, melainkan Baginda akan memilih yang lebih ringan antara keduanya.

Setelah meneliti pandangan-pandangan yang ada, beliau berpandangan bahawa sebenarnya tidak boleh untuk menetapkan keutamaan rukhsah dan azimah ke atas satu sama lain secara mutlak, kerana rukhsah merupakan satu keringanan yang disyariatkan oleh Allah SWT disebabkan kesulitan dan masyaqqah yang menimpa hamba-hamba-Nya. Ia merupakan perkara yang bersifat subjektif dan relatif, serta berbeza-beza timbangannya menurut satu individu dengan individu yang lain. Boleh jadi suatu perkara itu merupakan satu kesulitan ke atas Zaid, namun ia tidak menjadi masalah ke atas Umar, maka dalam hal ini adalah lebih utama ke atas Zaid untuk mengambil rukhsah, dan lebih utama ke atas Umar untuk kekal dengan hukum azimah. (Rujuk Al-Muhazzab fi ‘Ilm Usul al-Fiqh al-Muqaran, 1/459-462)

Kesimpulan

Tuntasnya, kami berpandangan bahawa soal keutamaan antara rukhsah dan azimah ini kembali kepada situasi dan keadaan mukallaf itu sendiri. Terdapat keadaan di mana rukhsah itu hukumnya wajib, seperti mengucapkan kata-kata kufur untuk mengelakkan daripada ancaman nyawa, dan memakan daging babi dalam keadaan terdesak seperti kebuluran. Terdapat pula rukhsah yang hukumnya hanya sunat, seperti rukhsah untuk qasar solat bagi musafir, kerana ia disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ‘hadiah’ daripada Allah SWT untuk orang beriman.

Begitu juga bagi musafir yang tidak mengalami kepenatan dan mampu untuk meneruskan puasa, maka adalah lebih afdhal baginya untuk terus berpuasa dan tidak mengambil rukhsah berbuka.

Kami juga tegaskan bahawa bagi sesiapa yang mampu berpuasa, maka hendaklah dia meneruskan puasa, dan jika dia mengambil rukhsah untuk berbuka, maka ia sebenarnya menyalahi hukum yang lebih utama (khilaf al-aula). Adapun jika puasanya memudaratkannya, maka lebih afdhal untuk dia berbuka. Inilah pandangan yang disebut oleh Syeikh al-Mahalli. (Rujuk Hasyiyah al-Banani ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Jam’i al-Jawami’ 1/198)

Terdapat pula keadaan lain dimana lebih afdal untuk berbuka, khususnya dalam kes-kes melibatkan maslahah dan kepentingan umum, antaranya seperti yang ditunjukkan dalam peristiwa Nabi SAW berbuka puasa sewaktu Fathu Mekah. Jika bertujuan untuk perkara yang melibatkan maslahah seperti peperangan dan misi kemanusiaan dan dakwah, lalu bertemu dengan kepayahan akibat puasa, maka lebih afdal baginya untuk berbuka agar dia mendapat tenaga dan kekuatan bagi menyelesaikan misi yang dihajatkan.

Ibadah yang perlu dilakukan dalam keadaan sukar, maka Allah SWT akan mengurniakan pahala yang besar, Manakala jika seseorang itu berniat untuk menyukarkan dirinya sendiri ketika beribadah untuk memperoleh pahala lebih, maka perbuatan tersebut tidak mempunyai sandarannya dalam syarak, bahkan ia dilarang keras oleh Baginda SAW.

Akhir kalam, kami nukilkan pandangan Imam al-Izz bin Abd al-Salam yang berkata: “Jika bertaut dua perbuatan dalam kemuliaan, salah satunya masyaqqah, maka kedua-duanya sama pada pahala kerana kesamaan keduanya pada kesemua kedudukannya. Dan terasing salah satu daripada keduanya kerana masyaqqah semata-mata kerana Allah. Maknanya ia akan diberi pahala kerana tanggungan masyaqqah, bukan zat masyaqqah itu. Ini kerana tidak sah mendekatkan diri kepada Allah dengan cara yang masyaqqah kerana mendekatkan diri kepada Allah semuanya bentuk memuliakan dan mengagungkan Tuhan.”

Semoga Allah jadikan kita dalam semua urusan mudah, diberkati Allah dan diganjari dengan pahalanya. Kami menutup dengan doa kepada Allah:

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.”

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/bermusafir-ketika-puasa-rukhsah-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Lebih Afdhal Bila Berbuka Puasa Makan Nasi Ke Solat Maghrib Dulu

Mana Lebih Afdhal Bila Berbuka Puasa Makan Nasi Ke Solat Maghrib Dulu

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1750 hits
Mana lebih afdhal bila berbuka puasa Makan Nasi ke Solat Maghrib DuluAda orang kata makan sikit dulu berbuka dengan makanan manis atau buah ke atau air kemudian solat Lepas tu baru makan nasi atau makan makanan yang berat lain Kenapa Kalau ...
Hukum Dengar Radio Lagu Ketika Puasa

Hukum Dengar Radio Lagu Ketika Puasa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 1778 hits
Puasa Kita ada banyak masa waktu siang Sebab kita tak fikir nak makan kan Jadi sambil buat kerja kadang rasa bosan Buka lah radio atau mp3 untuk dengar lagu Kat radio ni macam macam jenis lagu ada Tapi kita puasa Camne eh Boleh ke dengar la...
Jika Korang Pengguna Smartphone Huawei Ketika Ini Patut Jual Atau Tidak Ini Pandangan Oh Media

Jika Korang Pengguna Smartphone Huawei Ketika Ini Patut Jual Atau Tidak Ini Pandangan Oh Media

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 369 hits
Heboh tentang kes Huawei Google dan undang undang baru USA Oleh kerana ramai minta pendapat ohmedia pasal ni here we go Apa yang jadi tu sedikit sebanyak memang akan bagi impak sangat besar pada Huawei Trump tu macam Thanos la sekali dia pe...
Awas Bahana Makan Laju Ketika Berbuka Puasa

Awas Bahana Makan Laju Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 499 hits
Setiap kali tiba bulan Ramadan waktu iftar adalah detik yang paling ditunggu tunggu Ini kerana ia adalah masa untuk membalas dendam dengan makan sepuasnya segala juadah yang telah anda bayang bayangkan semasa berpuasa di siang hari Disebabk...
Berhubungan Badan Ketika Puasa Ramadhan Bagi Musafir

Berhubungan Badan Ketika Puasa Ramadhan Bagi Musafir

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 300 hits
Hukum Jimak Di Siang Hari Ramadhan Bagi Musafir Ust Musafir kan boleh ga puasa Trs klo melakukan jima hubungan badan di siang hari apa jg boleh Tadz Syukron Jawaban Bismillah walhamdulillah was sholaatu wassalam ala Rasulillah wa ba du Mela...
Pendarahan Bengkak Pada Faraj Boleh Berlaku Ketika Hamil Elakkan Berdiri Atau Duduk Terlalu Lama

Pendarahan Bengkak Pada Faraj Boleh Berlaku Ketika Hamil Elakkan Berdiri Atau Duduk Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 371 hits
Kehamilan boleh menjadi suatu yang membebankan bagi sebahagian wanita kerana pelbagai perubahan yang dirasai pada tubuh Kadangkala perubahan ini akan mengubah penampilan mereka dan juga mengakibatkan kesakitan Pendarahan adalah antara masal...
Homemade Milkbooster Untuk Breastfeeding Ketika Puasa

Homemade Milkbooster Untuk Breastfeeding Ketika Puasa

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 383 hits
hi there ni just nak share lah untuk mommies yang berpuasa dan dalam masa yang sama menyusukan anak dan risau susu drop so bolehlah buat milkbooster sendiri jimat duit tapi kalau ada extra rezeki dan kemampuan boleh saja beli milkbooster di...
Bagi Penderita Asam Lambung Ini Hal Yang Harus Diperhatikan Ketika Lakukan Puasa

Bagi Penderita Asam Lambung Ini Hal Yang Harus Diperhatikan Ketika Lakukan Puasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 263 hits
Gastroesophageal Reflux Disease penyakit yang muncul karena asam lambung yang naik ke kerongkongan merupakan salah satu permasalahan yang umumnya muncul pada penderita asam lambung
Kesilapan Ketika Berbuka Puasa

Kesilapan Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 421 hits
May 17 2019 7 30 AMSetelah seharian penat berpuasa menahan lapar dahaga pastinya waktu berbuka waktu yang paling dinantikan Dengan pelbagai juadah terhidang sudah tentu ia akan menaikkan selera Namun dalam keseronokan untuk berbuka puasa da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba