Kesilapan Ketika Berbuka Puasa


FMT Reporters
-May 17, 2019 7:30 AM

Setelah seharian penat berpuasa, menahan lapar dahaga, pastinya waktu berbuka waktu yang paling dinantikan.
Dengan pelbagai juadah terhidang, sudah tentu ia akan menaikkan selera.

Namun, dalam keseronokan untuk berbuka puasa dan menjamu selera, terdapat beberapa kesilapan ketika berbuka puasa yang sering dilakukan tanpa sedar, yang akhirnya akan membawa mudarat kecil.

Apakah antara kesilapan yang sering dilakukan ketika berbuka?

Kesilapan ketika berbuka puasa

1. Makan secara gelojoh

Tidak dinafikan, ketika perut kosong dan anda berasa lapar, keinginan untuk makan pastinya membuak-buak.

Tetapi, harus berhati-hati. Makan secara gelojoh sangat tidak baik untuk perut anda menjadi kembung dan tidak selesa.

Terdapat kajian mengatakan, makan secara cepat boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau refluks asid perut.

2. Minum air sejuk

Sememangnya apabila berpuasa pada cuaca yang panas, keinginan untuk minum minuman yang sejuk sangat tinggi.

Apatah lagi jika ianya air manis dan berperisa. Namun, kebiasaan ini tidak baik untuk sistem pencernaan.

Ini kerana keadaan perut anda untuk seharian kosong tanpa makanan mahupun minuman.

Sebaliknya, memilih untuk meminum air suam kosong untuk berbuka puasa yang terbaik sebelum anda mengambil sebarang minuman manis dan sejuk.

3. Makanan manis

Sewaktu berpuasa, tahap gula dalam darah berada pada tahap yang rendah, memandangkan anda tidak mengambil sebarang makanan atau minuman, yang akhirnya membuatkan badan terasa lemah.

Tetapi sewaktu berbuka, dengan pengambilan pelbagai makanan dan minuman, menjadikan tahap gula dalam darah meningkat secara mendadak.

Tetapi untuk kesihatan badan, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan atau minuman manis dalam jumlah yang tinggi untuk mengelakkan kejutan kepada badan.

Makan dan minumlah secara bijak untuk memberikan peluang kepada tahap gula dalam darah untuk meningkat secara perlahan-lahan.

4. Makanan bergoreng

Pelbagai jenis makanan bergoreng sering menjadi pilihan ketika berbuka puasa.

Tetapi kandungan minyak dalam makanan bergoreng tidak baik bagi sistem pencernaan.

Pengambilan makanan bergoreng sewaktu perut masih kosong meningkatkan risiko untuk perut menjadi kejang dan kembung, yang akhirnya menyukarkan sistem pencernaan untuk menghadam makanan tersebut.

5. Makan nasi

Nasi mungkin merupakan antara pilihan bagi kebanyakan individu ketika berbuka puasa.

Ini mungkin ia sudah menjadi kebiasaan.

Tetapi, pemilihan ini sebenarnya tidak begitu baik untuk sistem pencernaan.

Seharian berpuasa, keadaan perut kosong dan memakan makanan berat seperti nasi membuatkan ia terpaksa berkerja keras.

Ini boleh menyebabkan perut menjadi kembung, terasa pedih dan anda mungkin berasa mual.

Sebaiknya, anda mungkin boleh memakan nasi atau sebarang makanan berat lain selepas 30 minit sehingga satu jam selepas berbuka puasa.

Namun, seandainya anda tidak boleh dengan waktu tersebut, paling tidak, memadailah untuk anda menunggu sehingga selepas anda bersolat maghrib.

6. Makanan pedas

Bagi penggemar makanan pedas, pastinya anda tidak dapat menolak keinginan untuk memilih makanan pedas sewaktu berbuka.

Bagaimanapun, keinginan anda itu kurang baik untuk perut anda.

Pengambilan makanan pedas ketika berbuka puasa, pada waktu perut kosong, boleh mengakibatkan rasa tidak selesa pada perut dan berisiko untuk menyebabkan sakit perut atau cirit birit.

7. Kekenyangan

Kelaparan lawannya kekenyangan. Ada yang mengatakan, waktu berbuka saat di mana anda boleh membalas dendam setelah seharian tidak makan mahupun minum.

Berpuasa untuk selama hampir 12 jam atau lebih bagi sesetengah tempat, menyebabkan waktu berbuka waktu untuk makan sepuas-puasnya sehingga kekenyangan.

Hakikatnya, tabiat ini tidak baik untuk badan.

Ia boleh mengakibatkan kejutan kepada perut dan sistem pencernaan yang boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa.

Malahan, dengan perut yang kekenyangan itu juga boleh menyebabkan anda malas untuk bersolat.

Kesimpulannya, walaupun seharian kita menahan lapar dan dahaga, tidak makan dan minum, lebih baik untuk kita memilih untuk bersederhana dan ala kadar dalam berbuka.

Bukanlah tujuan kita berpuasa untuk mengajar kita erti sabar.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/kesilapan-ketika-berbuka-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Bahana Makan Laju Ketika Berbuka Puasa

Awas Bahana Makan Laju Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 495 hits
Setiap kali tiba bulan Ramadan waktu iftar adalah detik yang paling ditunggu tunggu Ini kerana ia adalah masa untuk membalas dendam dengan makan sepuasnya segala juadah yang telah anda bayang bayangkan semasa berpuasa di siang hari Disebabk...
Berdoalah Ketika Hampir Berbuka Puasa

Berdoalah Ketika Hampir Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 700 hits
BERDOALAH KHUSUSNYA KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA MUDAH MUDAHAN DOAMU DIPERKENANKAN OLEH ALLAH TAALA Daripada Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawa dia berkata Rasulullah pernah bersabda Tiga orang yang doa mereka tidak tertolak iaitu...
Menjelang Berbuka Puasa

Menjelang Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 332 hits
Apa ISU SIAPA salah Itu BUKAN tajuknya Tetapi itulah sikap perangai orang Islam ketika seminit Dua lagi nak BERBUKA PUASA APA imej yang dibawanya Kronik
Derita Warga Samarinda Terjebak Banjir Hingga Berbuka Puasa Di Jalan

Derita Warga Samarinda Terjebak Banjir Hingga Berbuka Puasa Di Jalan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 392 hits
Tak pelak lagi banjir merendam sejumlah ruas jalan protokol Seperti di Jalan Kesuma Bangsa dan Jalan Pahlawan Tidak terkecuali kawasan langganan banjir seperti Jalan Pasundan dan simpang 4 Voorvo Jalan Dr Soetomo Jalan Letjend S Parman sert...
Berbuka Puasa Di Bgr Bersama Keluarga

Berbuka Puasa Di Bgr Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 454 hits
Hi korang Semalam SA bawak Mak Abah dan anak dara kesayangan SA tu berbuka di BGR Sebenarnya ada voucher untuk 4 orang dan perasan tarikh expired hujung minggu ni malas nak pi hari minggu SA plak kebetulan ada follow up kat KPJ Seremban bua...
7 Resep Makanan Berbuka Untuk Anak Anak Biar Semangat Puasa

7 Resep Makanan Berbuka Untuk Anak Anak Biar Semangat Puasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 424 hits
Anak anak seringkali merasa kesulitan belajar berpuasa Cara terbaik menarik hati mereka untuk berpuasa yakni dengan iming iming makanan nikmat saat berbuka Gak cuma enak makanan buka puasa harus memiliki tampilan yang menggugah selera Orang...
Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak

Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1008 hits
Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak Alhamdulillah ada rezeki lebih suami jadi suami Sha mempelawa Sha untuk berbuka puasa di luar sahaja Pada pagi semalam kami pun sama samalah fikir lokasi berbuka puasa yang berpa...
Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke Empat Kelima Dan Keenam

Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke Empat Kelima Dan Keenam

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 497 hits
hai assalammualaikumMenu Berbuka Puasa Ramadan ke Empat Kelima dan Keenam Hehehe saja je letak dalam blog kot la ramadan nanti boleh tengok blog ni semula bila dah mati kutu tak tau nak masak apa Menu nad biasa biasa je takda la susah mana ...
Agong Permaisuri Berkenan Berbuka Puasa Di Padang Mpk 1

Agong Permaisuri Berkenan Berbuka Puasa Di Padang Mpk 1

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 457 hits
KUANTAN Air katira sata puding raja murtabak dan pulut panggang antara juadah yang dibeli Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di bazar Ramadan Mahkota Square di sini hari ini Baginda yang berkenan me...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults