Bermulanya Pengakhiran Atau Permulaan Baharu Buat Pakatan Harapan



Pada 19 November 2019oleh Liew Chin Tong; Foto oleh Hasful ZainuddinOleh Liew Chin Tong(Pengarah Pendidikan Politik DAP, Pengerusi DAP Johor, Timbalan Menteri Pertahanan)Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan DAP yang telah berusaha gigih untuk berkempen bagi calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini. Jasa bakti anda terhadap usaha tersebut sangat luar biasa; dan saya tahu bahawa kekalahan ini telah meruntun hati anda semua.
Kekalahan besar di pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah suatu persimpangan untuk politik Malaysia. Seakan-akan suatu gempa bumi.
Kita dengan rendah hati menerima kekalahan itu dan menghormati keputusan demokratik orang ramai.Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin negeri parti komponen (Syed Ibrahim Syed Noh dari PKR, Aminolhuda Hassan dari Amanah, Mazlan Bujang dari Bersatu, dan saya sendiri); kita harus kembali ke meja rundingan dan mengkaji semula dasar-dasar, pendekatan dan prestasi Pakatan Harapan dan juga kerajaan.
Saat yang lebih sukar kini bermula. Kita harus memahami apakah pengajaran yang didapati daripada keputusan undian kerana ia akan memberi implikasi besar kepada tindakan-tindakan selanjutnya. Setiap tindakan akan mengundang reaksi dan akibat selanjutnya.
Kekalahan yang dahsyat ini akan sama ada menjadi permulaan kepada pengakhiran kerajaan Pakatan Harapan, atau memberi peluang untuk bermula semula ke arah yang lebih baik.
Oleh yang demikian, majlis makan malam penghargaan ini adalah sesi pertama bagi saya dan kepimpinan negeri untuk mendengar pendapat anggota-anggota parti, pasca PRK Tanjung Piai.
Kepimpinan DAP akan menjelajah negeri Johor dan seluruh negara untuk mendengar pendapat bagi merangka langkah-langkah ke hadapan. Saya percaya, kepimpinan Pakatan Harapan juga akan turut mengadakan jelajah yang sama.
Saya berharap supaya jelajah oleh para pemimpin akan berhasil mendapatkan suatu bentuk tawaran baharu dan kerangka perubahan untuk dilaksanakan pada tahun 2020 bagi mengembalikan keyakinan umum.
Bahaya yang sedang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan ialah kewujudan pendapat bahawa gabungan ini tidak dapat diteruskan dan mesti ditukar secepat mungkin.
Gabungan UMNO-PAS akan berhujah bahawa Muafakat Nasional, dengan MCA sebagai rakan kongsinya, adalah model yang lebih baik berbanding kerajaan sekarang, dengan memainkan antipati dalam kalangan orang Melayu terhadap DAP. Di sebalik sana, MCA pula akan terus berhujah bahawa DAP telah menjual dirinya kepada Bersatu.
Bingkai perkauman sedemikian adalah berbahaya dan telah terbukti di PRK Tanjung Piai bahawa kita tewas di kedua-dua kelompok Melayu dan bukan-Melayu, malah jalan tengah juga boleh dikalahkan.
Kini kita harus mencari suatu tujuan bersama. Kita mesti menerima bahawa kebangkitan demokratik pada 9 Mei 2018 bererti semua orang kini merasakan mereka mempunyai hak demokratik untuk memilih siapa sahaja, dan mereka bukanlah deposit tetap siapa-siapa. Hampir semua orang adalah pengundi ‘swing’.
Kita memerlukan naratif Malaysia bagi meyakinkan semua kumpulan etnik bahawa mereka tidak terkepung dan diserang. Kegagalan untuk mengajukan sebuah naratif Malaysia yang jelas akan membolehkan para pempengaruh yang telah terbebas untuk membentuk pengaruh dan pendapat secara perkauman yang telah mencetuskan kemarahan melampau di kedua-dua kelompok Melayu dan bukan-Melayu.
Semoga kita dapat memahami pengajaran yang tepat daripada kekalahan ini dan bermula semula, selain mencipta tawaran-tawaran baharu bagi kerajaan Pakatan Harapan dan juga negara. – Roketkini.com
*Ucapan di majlis penghargaan untuk sukarelawan kempen DAP bagi pilihan raya kecil Tanjung Piai pada 17 November 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/bermulanya-pengakhiran-atau-permulaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apamautipulagi Parti Muafakat Nasional Atau Parti Pakatan Harapan Yang Rasis

Apamautipulagi Parti Muafakat Nasional Atau Parti Pakatan Harapan Yang Rasis

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 439 hits
Memang dah tertulis di Loh Mahfuz bulan 16 November 2019 PRK Tg Piai akan diadakan Dan setiap yang Allah SWT izinkan untuk berlaku pasti ada sebab dan asbabnya Ianya tidak berlaku tanpa sebarang alasan dan tanpa sebarang pengajaran Sebab be...
Tak Tahan Di Tekan Dap Akhirnya Menteri Besar Perak Mengaku Akan Bawa Ppbm Keluar Pakatan Harapan

Tak Tahan Di Tekan Dap Akhirnya Menteri Besar Perak Mengaku Akan Bawa Ppbm Keluar Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 1033 hits
Pening kepala Din Pagoh dengan kebodohan demi kebodohan yang calon dan pemimpin Pakatan Harapan terutamanya dari PPBM tunjukkan dalam kempen PRK Tg Piai kali nie Mula mula calon PH PPBM PRK Tg Piai sendiri Wak Karmaine dalam kempen PRK jela...
Malaysia Can Be Utopia Says Pakatan Harapan

Malaysia Can Be Utopia Says Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 322 hits
Pakatan Harapan Religious Affairs Minister in the prime minister s office Mujahid Yusof said Malaysia can be Utopia an imagined place or state of things in which everything is perfect The Muslim ummah should look for a common ground for Mal...
Edufluencer Harapan Baharu Pendidikan Malaysia Perjumpaan 100 Guru Hebat Pak21

Edufluencer Harapan Baharu Pendidikan Malaysia Perjumpaan 100 Guru Hebat Pak21

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 574 hits
20 22 November yang lalu berlangsung satu perjumpaan guru guru Top 100 bagi Pertandingan amalan terbaik PAK21 yang telah diadakan awal tahun ini oleh padueducation dengan kerjasama kempendidikan Malaysia Tujuannya nak kumpulkan guru guru he...
Pakatan Harapan Is Proving To Be A Disaster

Pakatan Harapan Is Proving To Be A Disaster

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 340 hits
A year and a half into new governance and the economy has shown little sign of improving It s time to up anchor from stagnation and brave the waves with conviction Wong Chun Wai The Star JUST over a year ago the Pakatan Harapan coalition sw...
Pakatan Harapan S Defeat In Tanjung Piai

Pakatan Harapan S Defeat In Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 277 hits
In almost every state that Bersatu controls we see how their governments seem to take every opportunity to mismanage their states as much as they can Daniel Ong There are many factors that are to blame for Pakatan Harapan s defeat in Tanjun...
Padan Muka Pakatan Harapan You Deserve To Lose Soon After Ge 14 You Forgot About The Rakyat Who Put You In Power

Padan Muka Pakatan Harapan You Deserve To Lose Soon After Ge 14 You Forgot About The Rakyat Who Put You In Power

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 394 hits
Mariam Mokhtar Padan muka Pakatan Harapan Congratulations MCA Thank You Dr Mahathir Ahmad Faizal Azumu the following in my list You have contributed to PH s downfall You became cocky after GE 14 You became arrogant and some of your minister...
Sorotan Peristiwa Umno Pakatan Rakyat Pakatan Harapan Pandangan Yang Harus Diberi Pimpinan Ph

Sorotan Peristiwa Umno Pakatan Rakyat Pakatan Harapan Pandangan Yang Harus Diberi Pimpinan Ph

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 339 hits
Cnp 1999 ramai Melayu tolak Tun M dia letak jawatan kemudiannya2004 UMNO menang besar sebab BN tukar PM kpd Tun Abdullah Badawi2008 BN kalah banyak kerusi dan hilang beberapa kerusi PR hampir dpt Putrajaya Tun M bukan anggota PH2014 Momentu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri