Berkumpul Di Restoran De Wan By Chef Wan
Jarang-jarang sekali pergi “mengopi” with the girls only ni. Tapi macam biasa la plan lain jadi lain so susah laa kalau nak plan apa-apa ni sebab masing-masing ada komitmen sendiri kan. Dari asal semua nak bawa family last-last semua datang sendiri je kecuali yang seorang itu. Hahah Aku sendiri siap tak confirm nak ikut ke tak sebab boss aku kan busy kalah menteri.. hehehe (hi bang) Macam sebelum ni dorang lepak pun mana aku ikut sangat tapi bila aku free wajib laa join kan.
Restoran De.Wan by Chef Wan
Kali ni semua nak cuba makan dekat De.Wan ni sebab review kata best. Masa member aku bincang pasal tempat makan ni macam biasa aku tak ambil port sangat sebab mana aku tau sangat pasal ni. Lupa dah macam mana mula pasal ni. Tak silap aku masa semua tengah lapar dan tanya mana best makan. Then the list go down. Hahhahaha sampai la tempat ni terpilih.
Lagi satu tempat ni kena buat reservation dan tak boleh main redah je. Haa kau hebat kan? Nak makan pun kena reserve so nak taknak member aku reserve je dulu padahal tak confirm pun siapa lagi yang betul nak follow. Takut habis slot. Aku pun keep remind husband aku bagitau nak join member aku dengan harapan dia free la hendaknya masa tu. Macam biasa aku tak letak harapan yang tinggi walaupun dalam hati mengharap. Kah kah over.
Lokasi De.Wan ni terletak ditengah Kuala Lumpur dekat Jalan Tun Razak. Dalam bangunan The LINC. Suka pula aku dengan deko dalam mall ni. Cantik sungguh semua dekat dalam tu. Dah la aku kekadang kena teman laki aku kerja. Kalau la aku tau wujud tempat ni baik la aku suruh dia drop aku situ je. Office laki aku area sana juga. Hahahah
Menu De.Wan
Lauk dan menu dekat sini mesti la lauk rakyat Malaysia. Bukan western ke apa kan. Memang untuk makanan beramai-ramai macam kenduri tu. Jangan takut tengok harga tu sebab ni portion untuk 3orang makan menurut kata staf situ. Tapi kami degil maka kami order double lauk seperti sambal sotong. Hahhahaha yang akhirnya tak habis pun sebab sotong nya gemuk. Hahahah padahal staf dah ulang tanya betul ke nak order tu double. Dia siap tolong suggest lagi apa yang okay tapi kami masih ikut selera sendiri. Hahahhahaha
Ikan jenahak masak stim asam boi tu yang 1kg tau. Udang sotong semua saiz jumbo okay. Pucuk paku kerabu tu paling awesome. Sedap gila ratah. Nasib baik tu pun order double. Hahhaha
Dekat sini baik korang pilih yang ada Chef Wan recommendation tu jangan nak ikut tekak sendiri sangat sebab semua yang recommended tu memang sedap. Yang ikut selera sendiri tu okay je la tak wow sangat. Siapa suruh degil kan. Hahahahha Tapi gambar ni nampak biasa la pula sebab pinggan dan sudu lauk tu jenis besar. So tak nampak saiz sebenar lauk ni semua.
Kalau tanya aku best ke tak best. Sedap ke tak sedap. Aku nasihat order ikut recommendation je then korang akan rasa wow seperti mana aku teruja bila makan kerabu pucuk paku itu. Hahahah Nasi pula ada 3jenis nasi. Tak sempat bergambar sebab ni bukan nak food review mana. Ni memang nak bersosial dengan kawan sambil makan tenpat sedap kan. Hehehe
The LINC KL
Aku rasa situ ada limit masa tak boleh mengopi lama sangat. Maaf tak tau sebab bukan aku yang buat reservation sebab selepas 2jam lebih orang tu tanya nak clear meja. Hahahah mungkin nak beri laluan pada next customer kot. So kami bergambar area mall tu pula sebab semua tempat cantik sangat. Aku share gambar je la kan.
Kalau ikutkan banyak lagi gambar nak letak sebab semua pun cantik kan. Hehehe. Area dalam sini banyak kedai atau cafe hipster. Semua ID cantik dekat sini. Nak mengopi pun boleh nak pergi groceries pun boleh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2019/08/berkumpul-di-restoran-dewan-by-chef-wan.html