Berkesankah Hand Sanitizer Kenali 6 Kesan Buruk Hand Sanitizer




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Disebabkan masing-masing berada di rumah, jadi aku rasa aku perlu kongsikan perkara berkaitan dengan hal yang sedang berlaku iaitu COVID19. Tapi bukanlah nak berbicara tentang virus tersebut tetapi langkah kebersihan diri iaitu penggunaan hand sanitizer. Penggunaan hand sanitizer sekarang ini telah menjadi salah satu rutin harian bagi ramai orang. Tapi tahukah anda bahawa membasuh atau mencuci tangan menggunakan air dan sabun lebih baik

Aku ada baca di satu laman web yang mengatakan bahawa penggunaan hand sanitizer hanya untuk ketika dimana tiada akses untuk air dan sabun. Jadi, hand sanitizer merupakan pilihan kedua sahaja, kerana jika ada air dan sabun, gunalah air dan sabun. Oh nak tahu kenapa? Baiklah, aku ada baca artikel di hellodoktor, dan ada senarai beberapa kesan buruk penggunaan hand sanitizer

 Artikel Berkaitan  :  [ COVID-19 Boleh Tersebar Melalui Cirit-Birit? Ini Pendapat Saintis ]
 APA ITU HAND SANITIZER? 

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, apa kata kita mengetahui terlebih dahulu berkenaan cecair pembersih tangan ini

Hand sanitizer dicipta untuk tujuan kegunaan individu yang bekerja di kawasan yang memerlukan kesedaran mengenai kesihatan yang tinggi, seperti hospital, klinik, farmasi, mana-mana pusat kesihatan dan sebagainya

Ia adalah sejenis cecair yang sangat berguna dan berjasa kepada golongan doktor, jururawat, ahli farmasi dan pekerja yang bekerja di pusat kesihatan yang penuh dengan pesakit

Ini kerana ia dikatakan sangat membantu golongan ini membunuh kuman, bakteria atau virus yang sering berada pada tangan mereka akibat menyentuh atau merawat pesakit. 
Hand sanitizer mengandungi pelbagai sebatian seperti air, ejen pewangi, glycerin, ethanol, triclosan, isopropyl dan N-propanol sebagai bahan ramuan yang aktif dan berfungsi sebagai antiseptik

Pun begitu, produk ini boleh digambarkan sebagai indah khabar dari rupa. Cecair yang dikatakan kononnya boleh membersihkan sepenuhnya tangan dari segala anasir buruk ini tidak begitu efektif seperti yang disangka. Bahkan, terdapat banyak keburukan hand sanitizer ini kepada penggunanya


6 KESAN BURUK HAND SANITIZER

Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), bahan-bahan yang terkandung dalam cecair pencuci tangan ini mungkin akan mendatangkan beberapa risiko yang tersembunyi, seperti:
#1. Menjadikan tubuh badan kebal antibiotikUntuk pengetahuan anda, antibiotik sangat efektif dalam melawan bakteria. Namun, apakah yang akan terjadi sekiranya tubuh badan anda kebal terhadap antibiotik? Ini sudah tentu sekali akan membuat kuman dan bakteria bermaharajalela dalam tubuh badan

Menurut kajian yang dijalankan oleh U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) pada 2011, didapati bahawa pekerja di sebuah tempat kerja lebih berisiko dijangkiti norovirus jika menggunakan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun

Jelas sekali, sifat cecair pencuci tangan yang rintang antibiotik ini hanya akan membuat kuman dan bakteria ‘kebal’ di dalam tubuh badan kita

#2. Membuat kulit lebih keringRamuan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini seperti ethanol, isopropyl, dan N-propanol boleh menyumbang kepada keburukan hand sanitizer. 
Ini kerana bahan-bahan ini adalah antara jenis alkohol yang boleh mengeringkan kulit jika ia terkena pada mana-mana bahagian kulit pada tubuh badan. 
Bukan itu sahaja, ia juga malah akan merengsakan kulit dan membunuh segala sel kulit yang terhidrat dan membuang minyak semula jadi serta acid mantle, sekali gus meninggikan risiko dermatitis kontak

Anda pasti tidak mahu ini terjadi kepada tangan anda, bukan

#3. Membuat proses penuaan kulit lebih pantasSelain membuat kulit lebih kering, keburukan hand sanitizer yang lain pula adalah ia akan menyebabkan kulit lebih cepat mengalami penuaan

Untuk lebih faham, penggunaannya yang terlalu kerap akan mengakibatkan timbulnya garisan dan kedutan pada kulit selain merosakkan keremajaannya

Ini kerana bahan alkohol yang disebutkan tadi akan merosakkan sistem pertahanan semula jadi kulit sekali gus mengurangkan keupayaannya untuk melindungi diri dan seterusnya meningkatkan risiko dehidrasi berlaku

Ini adalah punca kulit tangan anda nampak lebih tua, berbeza dengan kulit wajah

#4. Keracunan alkoholBukan itu sahaja, antara keburukan hand sanitizer yang lain adalah ia mungkin boleh menyebabkan keracunan alkohol

Hanya kerana produk yang anda guna tidak mengandungi triclosan, tidak bermakna ia selamat digunakan ya? Terdapat banyak jenis alkohol lain yang ada di dalam cecair pencuci tangan ini, boleh mengakibatkan keracunan alkohol

Pada Mac 2012, 6 remaja yang tinggal di Amerika Syarikat terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan alkohol selepas didapati meminum hand sanitizer. Ya, ia memang satu perkara yang bahaya dan perlu diberi perhatian lebih

Namun, janganlah anda menyangka bahawa keracunan alkohol hanya disebabkan anda meminumnya. Dengan menyapunya secara berlebihan juga boleh mendatangkan risiko

#5. Melemahkan sistem imuniti tubuh badanSelain yang disebutkan di atas, triclosan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini boleh melemahkan sistem imunisasi pada tubuh badan yang berfungsi melawan penyakit

Bagaimana ia berlaku? Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Michigan School of Public Health, triclosan akan menjejaskan sistem imunisasi sekali gus menyebabkan individu lebih mudah mendapat alahan dan lebih terdedah kepada bahaya toksik Bisphenol A, yang biasa ditemui dalam plastik

Pendek kata, hand sanitizer akan membuat tubuh badan menjadi lemah dan kurang efektif dalam melawan beberapa jenis penyakit

#6. Ia tidak 100% berkesanJelas Aaron E. Glatt yang merupakan Naib Presiden Mercy Medical Center di Amerika Syarikat, penggunaan hand sanitizer mungkin benar dapat membantu membunuh kuman dan bakteria yang terdapat pada tangan kita, namun bukan 100%

Sebagai contoh, beliau menerangkan bahawa cecair pencuci tangan ini tidak berkesan untuk melawan virus C. difficile, yang boleh menyebabkan keradangan pada kolon yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera

 Artikel Berkaitan  : [ Perbezaan Novel Coronavirus dan SARS Coronavirus ]
 APA PILIHAN YANG ADA? 
Hakikatnya, terdapat banyak keburukan hand sanitizer. Jadi, untuk apa merisikokan diri anda dengan terus menggunakan cecair pencuci tangan ini jika anda ada pilihan untuk mencuci tangan menggunakan sabun dan air

Menurut kajian pada tahun 2000, hand sanitizer dikatakan tidak mampu mengurangkan amaun kuman dan bakteria yang terdapat pada tangan kita malah meningkatkannya! Jadi, bertukarlah kepada sabun dan air okay


* Macam yang aku beritahu dekat atas, penggunaan hand sanitizer ini adalah bila mana keadaan anda tiada akses untuk sabun dan air. Aku sendiri menggunakan hand sanitizer ketika berada di tempat-tempat yang tiada air dan sabun. Contohnya di dalam tren, di dalam bas, di Pejabat Pos dan sebagainya. Tapi kalau ada akses pada air dan sabun, pasti aku akan gunakan pilihan itu terlebih dahulu

Sumber : Hellodoktor.com | Google Image

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/03/kesan-buruk-hand-sanitizer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Hand Sanitizer Sendiri Mudah Je Bahannya

Cara Buat Hand Sanitizer Sendiri Mudah Je Bahannya

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 506 hits
Hand sanitizer kebanyakan dah habis di pasaran Memang dah habis Jenuh nak mencari kan So apa kata kita try buat sendiri Mudah je bahannya Cara buat Hand Sanitizer Sendiri Bahan bahannya Alkohol 90 Air Gel lidah buayal aloe vera Pewangi Miny...
Tips Pilih Hand Sanitizer Yang Betul Dan Sesuai

Tips Pilih Hand Sanitizer Yang Betul Dan Sesuai

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 978 hits
Tips Pilih Hand Sanitizer yang betul dan sesuai Cari Hand Sanitizer yang betul betul sesuai dan elok untuk membasmi segala kuman The post appeared first on
Cara Menggunakan Hand Sanitizer Yang Benar Jangan Pakai Terlalu Sering

Cara Menggunakan Hand Sanitizer Yang Benar Jangan Pakai Terlalu Sering

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 333 hits
Rajin membersihkan tangan merupakan salah satu upaya penting untuk melawan penyebaran berbagai macam penyakit Kerap dianggap praktis untuk membersihkan tangan hand sanitizer menjadi populer di kalangan masyarakat terutama masyarakat yang ti...
Cegah Virus Corona Lipi Bagikan Tips Bikin Hand Sanitizer Sendiri

Cegah Virus Corona Lipi Bagikan Tips Bikin Hand Sanitizer Sendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 211 hits
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia Puspiptek Setu Tangerang Selatan memproduksi 300 liter hand sanitizer untuk pencegahan penyebaran virus Korona Covid 19 Produksi hand sanitizer buatan laboratorium Kimia LIPI ini nantinya akan dibagikan gr...
Harga Terkini Hand Sanitizer

Harga Terkini Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 681 hits
Harga terkini hand Sanitizer di pasaran Malaysia Musim wabak ini ramai yang sibuk dengan kebersihan sekeliling Nak pergi tempat tumpuan ramai pun terpaksa mengunakan topeng mulut dan hidung Beruntunglah jika suri rumah dan kekasih hati anda...
Hand Sanitizer Dan 3 Lagi Produk Dilancarkan Semalam Mayya Baby Buka Peluang Perniagaan Untuk Ibu Bapa

Hand Sanitizer Dan 3 Lagi Produk Dilancarkan Semalam Mayya Baby Buka Peluang Perniagaan Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 350 hits
Mayya Baby dengan kerjasama Pa Ma memperkenalkan rangkaian produk baharu iaitu Baby Cream Baby Lotion Shower Gel Spray Hand Sanitizer pada hari ini yang dilancarkan di Ruang Event Space Seksyen 16 Shah Alam Puan Reni Ismalia Edy selaku Peng...
Awas Hand Sanitizer Timbang Kilo Claim Organik Di Jual Berleluasa

Awas Hand Sanitizer Timbang Kilo Claim Organik Di Jual Berleluasa

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 565 hits
Dengan penularan wabak covid 19 corona virus nampak ada golongan mula ambil kesempatan atas kesempitan manusia lain Yelah sekarang ni banyak tempat yang out of stock untuk produk hand sanitizer ni Mana mana pun cari susah dah nak jumpa raky...
Cegah Penyakit Banyuwangi Bagi Bagi Hand Sanitizer Ke Masjid Sampai Gereja

Cegah Penyakit Banyuwangi Bagi Bagi Hand Sanitizer Ke Masjid Sampai Gereja

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 169 hits
Menurut Anas pembagian hand sanitazer di tempat peribadatan ini merupakan salah satu upaya bersama untuk pencegahan penyakit yang disebabkan virus corona di masyarakat Saat ini lanjut Anas WHO telah menetapkan Covid 19 ini sebagai pandemi
Bahaya Penggunaan Hand Sanitizer Menurut Kajian

Bahaya Penggunaan Hand Sanitizer Menurut Kajian

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 454 hits
Ketika dunia dilanda wabak Covid 19 lebih ramai orang percaya penggunaan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun dan air namun tahukah anda banyak keburukan apabila menggunakan hand sanitizer kepada kesihatan Hand sanitiz...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025