Berkempen Dengan Berhemah Bila Rafizi Carikan Kerja Untuk Saifuddin




Bila Rafizi carikan kerja untuk Saifuddin?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: April 24, 2022
WhatsAppEmaiPrintFriendlySharePercubaan calon Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli menjawab isu beliau ‘bercuti’ dengan mengaitkan ‘pertolongannya’ kepada Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dinafikan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu.
Terutama, menurut Saifuddin fakta yang dinyatakan Rafizi bawah beliau tidak mempunyai pekerjaan selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum 2013 dan diberi laluan oleh Rafizi untuk menjawat setiausaha agung parti tidak tepat sama sekali.
“Saya tewas kerusi Kulim Bandar Baharu pada PRU 13 dan memilih terus kekal di dalam KEADILAN dengan kedudukan sebagai setiausaha agung parti yang saya sandang sejak 2010 menggantikan Datuk Salahuddin Hashim.
“Pada masa yang sama untuk menyara kehidupan saya berulangalik hampir setiap minggu ke Jakarta memenuhi undangan syarahan beberapa pertubuhan masyarakat sivil dan institusi pendidikan. Bayaran upahnya tidaklah besar namun mencukupi membiayai keperluan saya seisi keluarga, seorang isteri dan lima anak. Saya tidak menetap di Jakarta.
“Pada pemilihan parti 2014, Rafizi terpilih Naib Presiden dan ikut dilantik sebagai Setiausaha Agung manakala saya kekal sebagai anggota Biro Politik. Saya terlibat membantu parti dalam kerja-kerja persediaan pilihan raya, mewakili parti dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan menjelajah seluruh negara memenuhi undangan anggota-anggota parti
“Keadaan ini berterusan sehinggalah pada 2015, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali dipenjarakan setelah rayuannya ditolak dalam kes fitnah 2.0 dan pada tahun sama, Pakatan Rakyat terbubar dengan penarikan diri Pas pada muktamar tahunannya yang berlangsung di Kuala Selangor. Saya mula mengurangkan tugasan di Jakarta untuk memberi lebih tumpuan kepada tugasan parti,” kata Saifuddin dalam kenyataan hari ini.
Tambah calon Timbalan Presiden KEADILAN itu, pada masa sama dinamik politik berubah dengan tertubuhnya Pakatan Harapan pada 2015 dan kepimpinan Najib Razak mengalami krisis kepimpinan serta penubuhan Bersatu, menambah lagi tugas politik beliau.
Malah, katanya, tugas Setiausaha Agung KEADILAN yang ketika itu yang disandang Rafizi juga bertambah berat.
Justeru, tegas Saifuddin, dalam satu perbicangan dengan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah, beliau bersetuju untuk meringankan beban Rafizi dan mengambilalih jawatan setiausaha agung.
“Rafizi dengan jawatan Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Parlimen Pandan ketika itu sedang menghadapi beberapa kes mahkamah, termasuklah NFC. Perbincangan kami berdua dengan Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail tertumpu bagaimana mengurangkan beban Rafizi yang terpaksa turun naik mahkamah dan pada masa sama tugasan parti tidak terjejas.
“Akhirnya Dr Wan Azizah melantik saya semula sebagai Setiausaha Agung pada 26 November 2016,” katanya.
Mengenai jawatan Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang yang diungkit Rafizi diwujudkan berdasarkan kertas kerja beliau kepada Lim Guan Eng, Saifuddin tidak ingat sebarang cadangan seumpama itu yang mengaitkan dirinya dihantar Rafizi kepada Guan Eng ketika itu.
“Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan saya kerap mengadakan perbincangan menyentuh isu-isu Melayu dan Islam khususnya bagaimana membetulkan persepsi salah terhadap kerajaan negeri.
“Beliau mempelawa saya untuk berkhidmat di sana dan dilantik sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri. Saya kemudian mencadang pelantikan Ustaz Wan Ji Wan Husin sebagai Pegawai Khas di Pejabat ketua Menteri.
“Kedua-dua kami berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan Exco Agama Datuk Abd Malik Kassim. Siri Kuliah, khutbah dan tazkirah menjadi saluran kami.
“Saya kurang pasti kertas kerja apa yang disebut Rafizi yang memberikan saya jawatan di Pulau Pinang? Paling saya ingat Rafizi tidak pernah mempunyai hubungan baik dengan Lim Guan Eng, apa lagi untuk mencadangkan perlantikan saya melalui kertas kerja kepada Kerajaan Negeri,” katanya.
Bagaimanapun sebagai kesimpulan, kata Saifuddin, beliau tidak pernah menganggur sebagaimana ditohmah. Juga tidak pasti apakah maksud Rafizi berkata memberi laluan kepada beliau sebagai Setiausaha Agunng selepas 2 tahun Rafizi memegang jawatan tersebut, melainkan mengambilalihnya atas persetujuan Dr Wan Azizah bagi mengurangkan beban Rafizi.
Namun Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu tidak berniat untuk memperpanjangkan kontroversi berkenaan, dan berkata pertandingan merebut jawatan timbalan presiden tidak perlulah sehingga mencarikkan silaturrahmi dua sahabat lama yang tulus berjuang.
Perkara yang lebih penting, kata Saifuddin adalah menyatukan kekuatan parti menghadapi pilihan raya umum beberapa bulan dari sekarang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/berkempen-dengan-berhemah-bila-rafizi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bantu Saifuddin Ketika Hilang Kerja Rafizi

Saya Bantu Saifuddin Ketika Hilang Kerja Rafizi

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 169 hits
Saya bantu Saifuddin ketika hilang kerja Rafizi Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli hari ini berkata beliau berkorban demi membantu Saifuddin Nasution Ismail ketika hilang kerja selepas tewas pada pilihan raya umum 2013 Pada pilihan ra...
I Made Room For Saifuddin In Pkr Says Rafizi

I Made Room For Saifuddin In Pkr Says Rafizi

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 261 hits
PKR vice president Rafizi Ramli a candidate for the party deputy presidency has responded to personal remarks by his rival Saifuddin Nasution Ismail GEORGE TOWN Rafizi Ramli a contender for PKR s deputy presidency spoke today of the sacrifi...
Saifuddin Clarifies Rafizi S Jobless Jibe

Saifuddin Clarifies Rafizi S Jobless Jibe

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 228 hits
PKR deputy president contender Saifuddin Nasution Ismail has clarified that he never permanently left Malaysia to work in Jakarta when he was jobless after the 2013 general election Saifuddin in a Facebook post said his PKR secretary genera...
Guan Eng Wanted Me Nothing To Do With Rafizi Says Saifuddin

Guan Eng Wanted Me Nothing To Do With Rafizi Says Saifuddin

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 223 hits
Saifuddin Nasution also dismissed claims that Rafizi Ramli had made way for him to take over the secretary general s post in 2016 PETALING JAYA PKR s Saifuddin Nasution Ismail has dismissed claims that Rafizi Ramli his rival for the party s...
Kerja Kerja Cytro Burukkan Saifuddin Nasution

Kerja Kerja Cytro Burukkan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 159 hits
HAMZAH RIE NAMencari didalam carian engine tak jumpa satu pun tajuk ini dimana mana portal Kalau ya pun nak buat kerja edit mcm umno lawan kita beranilah letak nama portal Kenapa tak berani letak nama portal atau blogs Sebab tak ada siapa p...
Ambil Alih Setiausaha Agung Kurangkan Beban Rafizi Tinggal Pekerjaan Di Jakarta Saifuddin

Ambil Alih Setiausaha Agung Kurangkan Beban Rafizi Tinggal Pekerjaan Di Jakarta Saifuddin

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 130 hits
Percubaan calon Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli menjawab isu beliau bercuti dengan mengaitkan pertolongannya kepada Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dinafikan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu ...
Saifuddin Atau Rafizi Mana Satu Pilihan Bekas Penyokong Azmin

Saifuddin Atau Rafizi Mana Satu Pilihan Bekas Penyokong Azmin

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 183 hits
Pada saat pemilihan Parti Keadilan Rakyat bakal berlangsung pada Mei ini timbul tanda tanya mengenai nasib saki baki pemimpin dan ahli parti itu yang pernah dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini S...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord