Berkelah Di Pantai Sehari Sebelum Sambut Puasa
Aktiviti hari ni..
Berkelah di pantai..
Planning sejak bulan Mac..
Kawan baik cik abe.. duduk Seri Kembangan.. kebetulan balik rumah mertuanya di Ketereh, Kelantan..
Setiap kali deme balik kampung mertua.. tak sah kalau kami tak berjumpa.. hihi..
Bagi aku deme ni memang kawan baik ketika susah dan senang sentiasa ada.. walaupon jarak memisahkan deme..
kawan baik sekampung.. kerja lain-lain bidang.. tapi cuba peruntukkan masa untuk berjumpa walau di mana berada.. ke mana kami pergi pasti bff cik abe ada dan pasti datang rumah kami.. alhamdulillah.. semoga hubungan kalian sentiasa dalam lindunganNya.. aamiin 😘
Doakan ye semoga kawan baik cik abe dipermudahkan urusan untuk dapat anak juga nanti..
Kebetulan deme balik sambut puasa dengan mertua. Alang-alang, kami planning nak picnic di Pantai Bukit Keluang, Besut..
tempat lepak we all kalau deme balik ke Pantai Timur..
Cuma kali ni meriah sikittt sebab Nadia (wife bff cik abe) ajak kaum kerabat dia sekali.. ada Ma, Makcik, sepupu dan anak² buah dia. So, ramailah. Rania pon ada kawan juga. Hihi.
Rania memula ummi tak bagi main air sebab badan dia dah dedar. Pagi tu tak pergi sekolah pon. Sempatlah ikut ummi ayah pergi ziarah kawan ayah balik bercuti di Pasir Puteh. Kebetulan deme baru dapat baby keempat. Deme duduk Kuantan. Nak ke Kuantan, entah bila. Alang-alang deme balik kampung cik isterinya maka ke situlah kita. Tapi sayang terlupa nak snap gambo. Hoho. Udoh ler jarang-jarang jumpa.
Ada menu BUTIR NANGKA dan PUTERI MANDI..
Mak sedara Nadia buatkan..
Kami beli pizza hut je.. tak sempat buat apa-apa..
Nadia beli air, kepok lekor dan kudap-kudap..
Kenyang perut tali kecapi..
Nadia dengan sepupu bawa Rania dan anak-anak buah deme pergi mandi laut..
Akai Rania nak main air, ada je tau..
Memula dia cakap..
"ummi, adik nak main pasir kat situ jap ye.."
Tak lama lepas tu, dia acah-acah buat terjatuh. Terkena air. Basah. So,
"ummi, baju Rania basahlah. Rania boleh main air tak..?"
Haa, nampak. Permainan Mek Rania 😂
Sudahnya lantak sana. Basah lencun.
Memang tak bawa baju pulak hari tu. Nasiblah ada sweater ayahnya. Selepas mandi, salin baju. Terus sarungkan sweater tu. Terus cover sampai ke kaki. Hahahaha. Pon boleh baaaa..
SELAMAT BERPUASA SEMUA..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ciksusweet.blogspot.com/2019/05/berkelah-di-pantai-sehari-sebelum.html