Dengar Sebut Haa Je Wanita Ini Terus Cam Orang Melayu Ketika Di China
Dengar Sebut ‘Haa’ Je, Wanita Ini Terus Cam Orang Melayu Ketika Di China
Pengalaman melancong ke negara luar sememangnya sangat mengujakan terutama apabila ia merupakan lokasi yang berada dalam senarai impian. Lebih bermakna apabila dapat pergi bersama keluarga atau sahabat rapat.
Bila berada di negara orang, kadang kala ada perkara yang tidak terjangka berlaku dan itu menjadi pengalaman yang istimewa untuk kita semua.
Dalam pada itu, pertemuan dengan orang senegara turut menjadi kenangan istimewa jika berada di luar negara. Kadang kala, bahasa yang menjadi penyatu dan pengerat silaturahim.
Baru-baru ini tular satu perkongsian video yang dimuat naik oleh @iraa.nizlee di TikTok mengenai pengalamannya melancong di Yunnan, China.
Menerusi video itu, Ira dilihat sedang merakam dirinya bersama latar belakang pemandangan di Jade Dragon Snow Mountain (JDSM).
BACA: Niat Nak Minta Tolong, Sekali ChatGPT ‘Naik Angin’
Dalam keriuhan dan kesibukan orang ramai yang lalu-lalang, perkara tidak terjangka berlaku apabila dia berselisih dengan seorang lelaki.
Tetapi apa yang membuatkan dia terpaku apabila lelaki tersebut mengeluarkan perkataan yang kebiasaannya disebut oleh orang Melayu.
“Dia macam tak terkata sekejap sebab dalam lautan orang Cina tiba-tiba dengar bunyi ‘haa’ Melayu,” katanya di kapsyen video.
Dia selepas itu bertanya sama ada lelaki itu orang Melayu dan berasal dari mana.
Lelaki tersebut membalas bahawa dia orang Melayu dari Singapura. Pertemuan singkat itu membuatkan kedua-duanya senyum kegirangan.
@iraa.nizlee
Dia macam speechless sekejap sebab dalam lautan orang cina tiba2 dengar bunyi haaa melayu


Siapa gerangan ni eh kalau orang punya aku takedown vid ni

#china #travel #healing #yunnan #fyp
♬ original sound – IRaa.nizlee – IRaa.nizlee
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama.
“Kau memang original Tanah Melayu kak. Hanya perkataan “ha” je kau boleh tangkap terus dia orang Melayu”
“Teringat masa pergi Jogja nak guna tandas, pastu ada lelaki tu datang tengok muka je terus “Malaysia”
“Masa dekat Bangkok pun jalan sambil borak gelak-gelak. Sekali jumpa Cina cakap melayu, borak punya borak dorang cina Singapura. Padahal dua-dua tengah deal nak membeli dekat Thai. Rasa macam dah kenal lama. Dorang pun tak speaking semua cakap bahasa Melayu”
“Part paling best bagi akulah, kalau nak travel ke luar negara adalah bila terjumpa orang dari negara kita sendiri. Apalagi bila kita terjumpa yang dari negeri asal kita sendiri riuh-rendah jadinya”
Sumber: iraa.nizlee
The post Dengar Sebut ‘Haa’ Je, Wanita Ini Terus Cam Orang Melayu Ketika Di China appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/25/dengar-sebut-haa-je-wanita-ini-terus-cam-orang-melayu-ketika-di-china/