Sambut Puasa 2019 Di Jabatan Baru
Asalnya aku nak UP entri pasal sambutan raya kat ofis yang diadakan baru2 ni, tetiba time tengah mengarang teringat dalam henfon ni masih ada gambar masa nak sambut Puasa haitu.. so better UP dulu entri pasal tu. Pasal raya ku KIV kan dia kejap huhu!!
JAMUAN SAMBUT RAMADHAN 1440H
Jumaat 3 Mei 2019 11pagi - 1 tengahari
Sebenarnya ni sambutan Puasa yang dianjurkan oleh unit aku. Sambutan yang dibuat oleh jabatan pulak sebenarnya dibuat seminggu sebelum unit aku buat. Banyak unit kat jabatan baru aku ni tapi unit lain tak buat lain acara makan2 sambut puasa ni.. Puan Pengarah pun dah 'sound' takmo banyak kerap sangat xtvt makan-makan kat ofis... kalau tak, 'terpaksalah save duit' belanja makan tengah hari dengan rela hati kuikui..
Alhamdulillah... minggu depan dah nak puasa.
Puasa tahun ni jatuh pada hari Isnin 6 Mei 2019 😊😊
Sebaik makanan yang kami order dah sampai dan selamat di'layout' atas meja; kami pon maklumkan pada Ketua Unit kami. Kemudian Pengarah dijemput oleh Ketua Unit kami untuk merasmikan majlis. Jom tengok menu! 🤗
Nasi Ulam, Telur Masin, Ikan Masin, Ikan Kering, Sambal Belacan dan Ulam2an
Ayam Goreng Berempah.. wajib masuk dalam pinggan hehe.
Sambal Ikan 'Jacket'Menu ni aku tak amik pon sebab dah penuh pinggan.. ikan pon besar jugak takut tak habis membazir lak...
Kerabu tougeh..
Pajeri Nenas campur terung..
Jom tengok suasana pulak.
Lepas ni UP gambar dessert dengan air lak kay! 😚
Baca doa.. panjang betoi doanya hehe...
Yang tudung warna mustard pakai spek tu Pengarah kami.. yang nampak dari belakang baju blueblack tudung kuning air tu aku.. nampak belakang je.. tengah sama naik dengan tetamu amik makanan hikhik..
Opismate.. satu unit..
Yang belakang pakai dress kelabu tudung pink tu adalah Ketua Unit aku. Yang paling depan ni pon opismate aku jugak.
Okay makanan berat kami menu kampung. Loni jomlerr kita tengok dessert apa pulak yang kami sediakan... lai3x 😁
Koktel Sumi Jelly Manis..
Tak teringat nak amik yang ni... tengok2 dah habisss..
Air lain adalah Oren Sunquick..
Bubur Pulut Hitam...
pun sama tak sempat merasa..
Cream puff kot ni? Lupa nama dia..
Carrot Cake..
Cheesekut..
Pulut Sambal.. ramai ingat benda ni tapai haha
Pulut Kacau aka Wajik
Buah2an hiris... tembikai dan sunkist.
Alhamdulillah... selesai sudah majlis sambut puasa bagi tahun ni. Ini adalah kali pertama aku berpuasa di jabatan baru. Untuk tahun ni di sini.. aku amik waktu berperingkat WP6.. masuk pukul 8am balik 4.30pm.. heaven sebab sempat naik bas rapid balik SP pukul 5.30pm dari Penang Central aka Butterworth. Kalau tak sempat boleh naik bas pukul 6 petang.. selalu kalau bukan bulan puasa, memanjang kena tinggal bas pukul 6....
Wefie ramai2 sebelum mula majlis.
Okay. Tu je dari aku.
Nanti agak bersawanggg dan berhabukkk sikit blog ni ku update story baru lain kay.. kahkah! Selamat Berpuasa 6 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ikhlas dariku MUAHHhhhhhss! 😍😍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thisspin.blogspot.com/2019/06/sambut-puasa-2019-di-jabatan-baru.html