Berjaya Tamatkan Perlumbaan Sepang 1000km 2019



Berjaya tamatkan perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) baru sahaja selesai pada sabtu lepas. Penatnya masih lagi terasa sehingga saat aku tulis artikel ini. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kami, pasukan Honda Malaysia Racing Team (HMRT) berkampung selama seminggu di Sepang International Circuit.


Untuk Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) kali ini, aku tidak ditugaskan pada bahagian Fuel man (walhal asalnya posisi ini juga yang aku terima pada awalnya) tapi aku minta ditukarkan kerana aku nak rasa posisi lain. Dan aku ditempatkan pada bahagian Pit wall.


Peranan Pit wall.


Mereka yang berada dalam posisi ini boleh dikatakan agak penting juga. Kerana mereka yang menyusun strategi perlumbaan. Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) merupakan perlumbaan yang sangat panjang. 181 lap. Selama 8 jam. Jadi, bukan sahaja jentera yang di uji malah pemandu juga diuji ketahanan mereka.




Jadi bila di tempatkan dalam posisi ini, aku memang rasa seronok sangat! Memang rasa tak sabar nak tunggu perlumbaan berlangsung. Sebab ini pengalaman baru kan. Tahun lepas dah dapat pengalaman sebagai fuel man.


Tapi, segala posisi telah di ubah pada saat akhir, sehari sebelum perlumbaan. Aku ditukarkan pula pada bahagian Tyreman! Ahh! Aku tak kisah pun sebenarnya, janji bukan duduk fuel man. Dan shh, jangan beritahu sesiapa, dan aku berharap yang team member Honda Malaysia Racing Team (HMRT) tak baca la kenyataan aku ni.


Aku bukan tak nak duduk Fuel man, tapi letih dia tu lain macam. Mula daripada awal, sampai habis race. Sebab posisi ini sama penting dengan posisi mekanik. Kiranya orang penting dalam perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) ini lah. Hehehe.
Peranan Tyreman.


Tyreman ini kerja dia adalah sediakan tayar untuk kereta. Bunyi macam senang kan? Sebenarnya tak senang weh! Susah! Pertama sebab kena pastikan tayar sentiasa cukup. Sebab kereta akan sentiasa masuk untuk tukar tayar.


Keduanya pula, keadaan tayar kena betul. Kena pastikan rotation kena betul. Sebab kadang kadang, benda yang kecil inilah boleh buat kereta jadi tak betul. Dan ketiga, ini yang agak sukar sebenarnya, untuk pastikan kuantiti angin dalam tayar adalah betul mengikut kehendak pemandu. Ahha!


Setting angin pada setiap tayar berbeza tau. Tak sama. Tayar depan kanan, setting dia lain. Sebelah kiri, lain. Belakang, kiri kanan lain. Jadi dekat situ cabaran dia. Kena pastikan setting angin pada tayar betul dan sentiasa ada.


Kenapa aku sebut sentiasa ada. Sebab setiap kali tukar tayar baru, tayar yang dah digunakan tu kena biarkan dahulu sebab panas ya amat. Jadi tayar yang nak digunakan kenalah banyak. Kalau stok ada sikit, memang tak bergeraklah kereta tu nanti. Hehehe.






Apa pun, Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) boleh dikatakan sebagai pengalaman menyeronokkan buat aku kerana aku pertama kali dapat bekerja dengan Tengku Djan. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia pemotoran Malaysia.


Ya! Tengku djan, walaupun nama cukup gah tapi cukup humble. Dia tak kisah pun nak bergaul dengan kitarang ni. Hisap rokok, lepak sesama, berborak macam tak ada apa. Hahaha. Jadi memang rasa seronoklah. Nak bekerja pun rasa gembira je.





Apa pun, tahun ini Honda Malaysia Racing Team (HMRT) Berjaya menamatkan perlumbaan di posisi ketiga keseluruhan bagi kereta jazz bernombor 27 dan keenam keseluruhan bagi kereta City bernombor 26. Tahniah buat semua crew dan team untuk Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2019/11/perlumbaan-sepang-1000km-s1k-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Jadi Tukang Tepuk Di Ask Azhan Rani Berjaya Julang Trofi Juri Di Anugerah Telenovela 2019

Lepas Jadi Tukang Tepuk Di Ask Azhan Rani Berjaya Julang Trofi Juri Di Anugerah Telenovela 2019

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 573 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Keputusan Bwf World Tour Finals 2019

Keputusan Bwf World Tour Finals 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 463 hits
Keputusan BWF World Tour Finals 2019 BILAKAH tarikh Kejohanan BWF World Tour Finals 2019 bakal berlangsung Untuk makluman anda kejohanan BWF World Tour Finals 2019 atau dikenali sebagai HSBC BWF World Tour Finals 2019 bakal diadakan mulai 1...
Penutup Derma Darah Tahun 2019

Penutup Derma Darah Tahun 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 437 hits
Penutup Derma Darah Tahun 2019 Syukur Alhamdulillah niat dihati nak terus membantu mereka yang memerlukan terus dipermudahkan 11 11 2019 merupakan kali terakhir untuk tahun 2019 nieyl derma darah Setahun boleh derma lebih kurang 4 kali saha...
Senarai Pungutan Pingat Sukan Sea 2019

Senarai Pungutan Pingat Sukan Sea 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 963 hits
Kontinjen Malaysia akan diwakili seramai 774 atlet dan bakal menyertai 386 daripada 531 acara dipertandingkan membabitkan penyertaan 52 daripada 56 sukan termasuk 24 sukan baharu Malaysia meletakkan sasaran untuk mengatasi rekod pungutan em...
Semak Keputusan Upsr 2019

Semak Keputusan Upsr 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 985 hits
Kini anda boleh semak keputusan UPSR bagi tahun 2019 bermula 21 November 2019 bersamaa dengan hari khamis Pihak mengeluarkan pemberitahuan berkaitan semakan keputusan UPSR pada awal November yang lepas Kepada pihak murid sekolah guru guru d...
5507 Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Pengiklanan Bil 4 2019 Ppim 19 11 2019

5507 Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Pengiklanan Bil 4 2019 Ppim 19 11 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 502 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengiklanan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna YBhg Datuk Rostam Affendi Dato Salleh di KPDNHEP Pu...
My Very First Run For 2019 Ultron Healthy Run Padang Merbok Kl

My Very First Run For 2019 Ultron Healthy Run Padang Merbok Kl

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 430 hits
2019 has been quite a journey and now it s almost 2020 I ve left so many things on my wish list unattended I forgot how fun it was to live and do what I wanted to do There s a lot of reason behind it but let s just keep it there for the mom...
Entri Terbaik Bulan Oktober 2019

Entri Terbaik Bulan Oktober 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 441 hits
Entri Terbaik Bulan Oktober 2019 Assalamualaikum Hai maaf lama menyepikan diri dekat blog sebenarnya Cik Ash sibuk dengan urusan mak mentua dimasukkan wad pada 2 11 19 akibat asma yang teruk lepas tu ada batuk dan paru paru di jangkitan kum...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Oriental Beef Recipes Chinese

Cara Dapatkan Bantuan Subsidi Madani Rahmah Panduan Terkini

Apabila Rasa Hormat Kepada Guru Sudah Hilang

Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking