Beri Kami Rumah Baru Kami Pindah Penduduk Kg Peel Kuala Lumpur


 



Penduduk Kampung Peel, di Parlimen Titiwangsa, memohon kerajaan memberikan mereka rumah PPR sebelum merobohkan penempatan sedia ada yang berusia 65 tahun.





Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang memperjuangkan nasib penduduk Kampung Peel sejak sebulan lalu berkata, masalah kediaman sangat penting diberi perhatian oleh kerajaan kerana pemaju dan pemilik tanah, Urban Development Authority (UDA) yang mahu penduduk itu berpindah hanya akan membayar pampasan sejumlah RM10,000 ke RM15,000 yang tidak cukup untuk membeli rumah baharu.





"Penduduk dalam120 rumah di sini, setelah pemaju mengambilalih tanah, mereka mendapat notis berpindah kali pertama pada 2018.





"Apabila dapat notis mereka rasa keliru dan berjumpa dengan Ahli Parlimen Titiwangsa YB Rina Harun.





"Tetapi mereka kata tak ada apa-apa jawapan dari Ahli Parlimen. Apabila terjadi PKP dan sebagainya masa berjalan satu tahun. Kes pertama mereka berkaitan status tanah mereka menang di mahkamah. Sebab pihak pemaju atau pun UDA kata mereka penduduk tidak sah di tanah mereka.





"Mereka menang kerana terdapat bukti tinggal di kampung ini 65 tahun dengan dokumen-dokumen TOL.





"Apabila menang pemaju bawa satu lagi kes, hak milik tanah. Kes itu di Mahkamah Tinggi. Kita jangka keputusan mahkamah memihak pemaju," katanya dalam sidang media semalam.



Prabakaran membacakan memorandum tuntut rumah PPR

Bagaimanapun Praba membangkitkan isu pampasan yang kecil dan perlunya penduduk mendapat rumah gantian yang sesuai sebelum mereka disuruh berpindah.





"Di sini isu pampasan timbul. Mula-mula mereka dijanji RM10,000. Ada rundingan, sekarang saya dengar RM15,000.





"Apa yang penduduk mahu bukan sahaja duit. Kalau ambil duit pun mereka tiada rumah. Itu yang menjadi masalah utama di Kg Peel ini. Kalau ambil duit sahaja tiada rumah, di mana nak pergi?" tanyanya.





Lebih bermasalah, kata Prabakaran, pihak DBKL tidak mahu campurtangan dalam isu berkenaan dengan beralasan mereka tidak terlibat sekiranya tanah yang diduduki penduduk bukan tanah kerajaan.





Menurut Praba, kerajaan seharusnya lebih bertimbang rasa kerana dalam kalangan penduduk terdapat golongan B40 yang perlu dibantu dan dibela nasib mereka.





"Bila saya hubungi DBKL dua minggu lalu mereka kata tidak bertanggungjawab atas tanah swasta. Kalau libatkan tanah persendirian DBKL tidak akan bantu. DBKL hanya ambil data bancian. Apabila DBKL tidak bantu, pihak pemaju tidak bantu, penduduk di sini bermasalah.





"Untuk pengetahuan di sini banyak golongan B40. Apabila kita bincang dengan Ketua Kampung mereka mahu rumah PPR untuk penduduk yang layak. Yang tak layak PPR, mereka mohon diskaun ke atas projek perumahan akan datang untuk mereka beli.





"Tuntutan itu adil kerana mereka meneroka lebih 50 tahun.





"Saya dapat temujanji dengan pengerusi UDA Khamis ini, jumpa beliau bincang untuk bantu penduduk di sini.Saya juga akan jumpa Datuk Bandar untuk bincang balik. Saya akan memohon Datuk Bandar supaya beri rumah PPR kepada penduduk yang layak. Saya rasa ada 89 keluarga layak untuk rumah PPR," katanya lagi.


 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/beri-kami-rumah-baru-kami-pindah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah

Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 754 hits
Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah Assalammualaikum semua Waaahh lagi beberapa hari Ramadan akan tiba Teruja sangat Ramadan kali ini InsyaAllah lebih baik dari tahun lepas Kenangan tahun lepa...
Hiburan Kalau Boleh Nak Pindah Rumah Lain Norlia Ghani Kesal Sikap Penduduk Pprt Kurang Berdisplin

Hiburan Kalau Boleh Nak Pindah Rumah Lain Norlia Ghani Kesal Sikap Penduduk Pprt Kurang Berdisplin

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 291 hits
Pelakon senior Norlia Ghani akui berasa ralat dengan sikap sesetengah penduduk Projek Perumahan Rakyat yang baginya kurang berdisplin View this post on InstagramAdvertisementMeskipun mempunyai perasaan seperti itu kata Norlia bukan bermakna...
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Selangor 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Selangor 2021

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 1048 hits
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Selangor 2021 Zon 1 Kuala Lumpur Putrajaya Zon 1 Selangor Hulu Selangor Gombak Petaling Hulu Langat Sepang Zon 2 Selangor Kuala Selangor Sabak Bernam Zon 3 Selangor Klang Kuala Langat
Buffet Ramadhan Di Edc Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Di Edc Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 931 hits
ALHAMDULILLAH syukur Allah swt masih panjangkan usia untuk kita bertemu ramadhan tahun ini dalam keadaan yang serba kecukupan Ramadhan bulan ibadah insyaAllah kita doakan semoga ada peluang untuk berbuat banyak kebaikkan Kali ini sis nak sh...
115 Temples Shrines In Kuala Lumpur Built Illegally Santhara

115 Temples Shrines In Kuala Lumpur Built Illegally Santhara

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 421 hits
A total of 115 places of worship in the federal capital have been found illegally built on government land said Deputy Federal Territories Minister Edmund Santhara Santhara said from the total eight cases were successfully settled with the ...
Penjualan Rumah Privet Baru Naik Seganda Pada Mac Permintaan Bagi Hartanah Mewah Terus Meningkat

Penjualan Rumah Privet Baru Naik Seganda Pada Mac Permintaan Bagi Hartanah Mewah Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 174 hits
SINGAPURA Penjualan rumah privet baru meningkat seganda pada Mac di tengah tengah minat segar terhadap hartanah mewah dengan seorang penganalisis menjangkakan trend tersebut akan terus meningkat Para pemaju berhasil menjual 1 296 rumah pada...
Gong Cha Launches First Flagship Store In Kuala Lumpur

Gong Cha Launches First Flagship Store In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 349 hits
Hi people 11 April 2021 Kuala Lumpur Harini buat pertama kali Gong Cha telah merasmikan Flagship Store in Malaysia Bertempatkan di Tingkat 2 di The Garden Mall Mid Valley City Kuala Lumpur Ditambah dengan outlet ini baru sahaja diperbaharui...
Pasangan Adik Beradik Warga Emas Teruskan Perniagaan Asah Pisau Di Kuala Lumpur

Pasangan Adik Beradik Warga Emas Teruskan Perniagaan Asah Pisau Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Percikan api berterbangan apabila Yip Yoke Lin 74 tahun meletakkan pisau tukang masak Cina yang sedang diasahnya pada sudut 30 darjah dari permukaan meja Setelah menggesek pisau tersebut beberapa kali pada mesin pengasah beliau...
Travel To Kuala Lumpur Jelajah Kuala Lumpur Sempena Citrawarna Kl 2017

Travel To Kuala Lumpur Jelajah Kuala Lumpur Sempena Citrawarna Kl 2017

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 325 hits
Jelajah Kuala Lumpur Sempena Citrawarna KL 2017 Minggu lalu Ayuni berpeluang mengikuti sebuah program anjuran majalah Gaya Travel dengan kerjasama oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sempena majlis Citrawarna KL 2017 yang b...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur