Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah
Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah. | Assalammualaikum semua! Waaahh lagi beberapa hari Ramadan akan tiba! Teruja sangat! Ramadan kali ini InsyaAllah lebih baik dari tahun lepas. Kenangan tahun lepas iaitu tahun 2020 pasti kita akan ingat sampai bila-bila. Walaupun tidak dapat ke sana ke sini. Tak dapat pergi Buffet Ramadan di hotel. Kita berjaya mengawal penularan wabak pandemik COVID-19 kan? Ramadan tahun 2021 kali ini tidak banyak beza dengan tahun sebelum ini. Cuma, pilihan di tangan kita untuk memilih menghayati bulan Ramadan ini bagaimana. Buffet Ramadan tersedia banyak di restoran dan hotel. Apa yang lagi best, Hotel Maya menyediakan penghantaran Buffet Ramadan terus ke rumah. Pilihan yang ini sangat bagus. Sebab Ruby masih ada anak kecil dan lebih suka berbuka puasa di rumah. Kemudian boleh makan dengan selesa berulang kali. Hahahaha. Lagi best, sempat untuk kami menunaikan solat berjemaah bersama-sama di rumah. Alhamdulillah.
Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah.
Pada 5 April 2021 baru-baru ini Ruby mula ganti puasa dan berpuasa sunat Isnin. Masa tu Ruby fikir, ada ke hotel buat menu berbuka puasa untuk sebelum bulan Ramadan? Hahaha. Tanya suami, jom kita cuba makanan hotel untuk berbuka. Dah setahun lebih tak makan masakan dari Chef hotel. Rindu sangat. Tambahan yang masa Buffet Ramadan. Kalau boleh, cari yang berdekatan KL. Sebab waktu berbuka puasa ni keadaan lalu lintas agak sesak. Kesian pula kalau Lalamove yang memandu kereta tu kena menempuh perjalanan berliku campur rakyat Malaysia sedang pulang dari pejabat dan ambil anak balik dari sekolah. Pening Pening Pening
Ruby tengok Hotel Maya Kuala Lumpur ada sediakan menu harian yang sesuai untuk berbuka puasa. Penghantaran bermula seawal jam 11pagi hingga 8malam. Anda boleh membuat pesanan 1 hari awal dan minimum pesanan adalah untuk 4 Pax. Mudah kan
Pelanggan dapat berbuka puasa dengan Menu Set Simfoni Santapan Maya yang terdiri daripada tiga set berbeza iaitu Dedaun, Laman Bayu dan Aman Sari. Set berharga RM60nett seorang dengan 12 hidangan (Dedaun), RM80nett seorang dengan 13 hidangan (Laman Bayu) dan RM100nett seorang dengan 14 hidangan (Aman Sari). Semua set dilengkapi dengan pembuka selera, makanan utama dan pencuci mulut.
Pesanan minimum 4 pax untuk setiap set yang dipesan dan pelanggan berhak mendapat potongan 20% jika mereka membeli sebelum 12 April. Menu Set Simfoni Santapan Maya boleh didapati dari 5 April hingga 12 Mei dari 11 pagi hingga 9 malam (pesanan terakhir pada 8 malam). Semua menu yang ditetapkan diminta untuk memesan sehari lebih awal dan penghantaran percuma disediakan sehingga 10km. Selain itu, setiap set menu dilengkapi dengan pilihan 4 minuman istimewa. Pelanggan boleh memilih dari Maya Asam Boi Cooler, Mahsuri Berry, Rimba Kiwi, Awan Biru dan Sinaran Mentari. Semua minuman ini di dalam botol 500ml.Ia adalah penghilang dahaga yang sempurna dan menyegarkan dengan buah-buahan asli di dalamnya.
Anda boleh lihat menu-menu di https://www.flipsnack.com/mayahotelkl/simfoni-santapan-maya.html
Laman Bayu Set 4 Pax
Semasa berbuka puasa hari tu, Ruby telah mencuba Laman Bayu Set. Di dalam set ini terdiri dari 13 menu dan ia dihantar dengan Lalamove dalam keadaan baik. Hotel Maya juga menyediakan box tampak eksklusif berwarna keemasan. Setiap hidangan tersedia dalam bekas aluminium yang mudah untuk kita panaskan atau kukus kembali.
Menu-menu Laman Bayu Set (4 x RM 80/pax) adalah seperti berikut:
Pembuka Selera
Bubur Lambuk Ulik Mayang (2 mangkuk)
Sup Ekor Kepala Batas (2 mangkuk)
Kerabu Cendawan Tiram bersama Ayam Bakar
Ulam-ulaman bersama Sambal Belacan
Hidangan Utama
Nasi Minyak Sapi
Ayam Briani Seri Tanjung
Gulai Kurma Daging Rusuk
Kari Kepala Ikan Salmon
Kupang Sira Cili Berlado
Kobis Goreng Kunyit Bertelur
Acar Buah
Pemanis Mulut
Aneka Kuih Muih (3 Jenis) - Kuih Lapis- Kuih Apam Gula Hangus- Kuih Custard Jagung
Bubur Kacang Hijau
Kurma
Semua hidangan ini enak dan menyelerakan. Ruby dapat rasakan ia di masak dengan penuh kasih sayang. Tidak kedekut rempah ratus dan santan. 4 pax ni sesuai untuk 6 orang dewasa makan. Serius berbaloi-baloi.
Simfoni Hari Raya Aidlitifitri Set Menus
Juga, untuk penghantaran dan pengambilan menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri terdiri daripada tiga set yang berbeza: Hijauan Desa, Jendela di Taman dan Ditepi Pantai. Set berharga RM60nett setiap orang dengan 12 hidangan (Hijauan Desa), RM80nett seorang dengan 13 hidangan (Jendela di Taman) dan RM100nett dengan 14 hidangan (Ditepi Pantai). Semua set dilengkapi dengan pembuka selera, makanan utama dan pencuci mulut. Terdapat pesanan minimum 4 orang untuk setiap set yang dipesan dan pelanggan berhak mendapat potongan 20% jika mereka membeli sebelum 12 Mei. Menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri tersedia dari 13 Mei hingga 11 Jun dari 11 pagi hingga 9 malam (pesanan terakhir pada 8 malam).
Raya Aidilfitri kali ini Ruby ingin membuat pesanan dengan Hotel Maya. Sebab ia lebih menjimatkan masa dan Ruby dapat berehat dari memasak pada tahun ini. Kebiasaannya pada malam Raya akan sibuk menyediakan hidangan, tidak cukup tidur dan kelam kabut pada keesokan hari. Tahun ini, Ruby nak perbanyakkan amal ibadat. Nak ke masjid untuk menunaikan Solat Hari Raya. Memandangkan berkemungkinan kita tidak dapat beraya di kampung. Ruby perlu sesuaikan diri dengan persekitaran Norma baharu. Positif! Jadi, nak Nasi Minyak, Nasi Tomato atau Nasi Briani Buluh? Nak bincang dengan suami dan anak-anak jap. 🤗
Anda boleh lihat menu-menu di https://www.flipsnack.com/mayahotelkl/simfoni-santapan-maya.html
Hotel Maya Citarasa Simfoni Malaysia
Korang mesti ingat Hotel Maya tiada Buffet Ramadan di hotel kan. Jangan risau! Buffet Ramadan ON! Hotel Maya Kuala Lumpur telah menambah hidangan tradisional kampung pada Ramadan dan Aidilfitri ini sebagai penghormatan kepada makanan istimewa dari pelbagai negeri dan meraikan pelbagai budaya dari pelbagai adat di Malaysia
“Kami menyediakan masakan tradisional Melayu yang terbaik ke Hotel Maya agar pelanggan dapat menikmati makanan Malaysia yang terbaik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur di mana hotel kami berada. Hidangan unik ini hanya terdapat pada Hari Raya, dan kami berhasrat untuk mewujudkan pengalaman yang memuaskan dan memuaskan bagi semua pelanggan kami, ”kata Pengurus Besar, Sharmini Moganasundram.
Mengetuai menu musim perayaan khusus adalah Chef Taib dan Chef Hasbullah. Makan malam Citarasa Simfoni Malaysia Buffet akan bermula dari 19 April hingga 9 Mei dari jam 6.30 hingga 10.30 malam di Maya Brasserie. Dengan harga RM90 nett setiap orang, pelanggan akan mempunyai menu kegemaran kampung tanpa had dengan 13 gerai khas dan lebih dari 100 hidangan. Hidangan istimewa termasuk Roast Lamb, Sup Gear-Box dengan sumsum tulang yang lazat; Kari Kepala Ikan; Satay dan Yong Tau Foo
Berbuka puasa akan diserikan dengan pilihan ketika mereka mengunjungi Warungs di restoran yang mempamerkan makanan istimewa dari pelbagai lokasi di Kuala Lumpur. Sebagai permulaan, para pengunjung akan menikmati Ulam tradisional Melayu, Kerabu, acar dan bumbu. Warung Aneka Sup yang menyediakan sup tempatan yang menghangatkan hati seperti Gear-box Soup dan Bubur Lambuk. Sekiranya anda suka barang bakar, Warung Bakar Bakar Lorong Binjai membuat sotong panggang segar, kepak ayam dan pilihan ikan dengan bumbu khas untuk melengkapkan setiap hidangan
Kegemaran waktu minum teh Malaysia adalah di Warung Lorong Cendana dan Warung Goreng-Goreng Kampung Baru. Ingatlah makanan ringan kanak-kanak seperti Pisang Goreng, Cekodok, Rojak dan banyak lagi. Teruskan memori gula-gula tempatan, nikmati Ais Kacang, Cendol, Len Chi Kang, Ais Krim Potong, Sago Gula Melaka, Buah Rojak dan pelbagai buah-buahan tempatan. Warga emas dan kanak-kanak mendapat potongan harga 50% dan jika anda membeli awal sebelum 12 April, anda akan mendapat potongan 20%.
Menu Ala-Carte Pun Ada!
Menu a-la carte tersedia untuk penghantaran dan dibawa semasa perayaan perayaan dari 5 April hingga 11 Jun. Diantaranya adalah Lemang dengan Rendang Ayam; Satay; Kambing Bakar; Rendang Tok; Kari Kepala Ikan Salmon; Penggat Pisang Bersama Sago. Harga menu ala carte bermula dari RM10 dan seterusnya
Untuk menempah atau sebarang pertanyaan sila hubungi F&B hotline: https://wa.me/60122828187
www.hotelmaya.com.my | www.instagram.com/hotelmayakualalumpur | www.facebook.com/hotelmayakualalumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/04/buffet-ramadan-hotel-maya-kuala-lumpur.html