Beri Dan Teguh Agama Pada Anak Dan Isteri


Teringat kisah Nabi Ayob AS..di uji Allah sehingga kehilangan segalanya...ternyata kesabaran dan bersangka baik pada Allah menguatkan keimanan kepada Allah...kisah ini penuh inspirasi kepada manusia bergelar lelaki.suami dan ayah...sesungguhnya kalian diberikan tanggungjawab dan amanah daripada Allah....diberi dan


Hari ini dalam sejarah...

Pertama kali aku naik grab, sembang dengan driver sampai driver menangis. Allahu Akbar...

Siang tadi aku pi KL sat atas urusan kerja. Sampai Airport Subang, macam biasa book grab utk ke tempat meeting. Memandangkan aku sampai Subang kol 12.20tgh hari, so aku terus book grab ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar utk solat Jumaat...

Driver grab ni seorang lelaki Melayu dalam lingkungan pertengahan 50an. Orangnya smart, bila mula bersembang aku dapat simpulkan dia ni educated dan knowledgeable dalam business & corporate world...

Bila dia sembang bab meniaga, korporat aku pun tokok tambah apa yg patut. Asalnya sekadar layan ja apa yg dia sembang sementara nak sampai ke destinasi...

Tiba2 dia bgtau kisah silam dia. Dia ni rupanya seorang bergelar "Datuk" dari Kerteh. Dulu dia seorang jutawan. Bisnes buat pelantar minyak dan kerja2 yang berkaitan oil & gas industry...

Masa kaya, akaun bank ada berjuta-juta. Apa anak isteri nak semua dia belikan. Katanya sekali supply besi utk binaan pelantar minyak kurang2 pun dalam RM15-20 juta...

Kereta mewah ada 5 buah. Rumah banglo ada di Pahang, Terengganu & KL. Anak 3 orang dan seorang isteri...

Tahun 2016, Allah uji dia dan keluarga dia. Dengan sekelip mata dia jatuh susah. Bisnes dia tak menjadi. Dah supply barang dan buat kerja payment tak dapat, rakan meniaga pulak tipu, supplier cari mintak payment, bank hantar notis saman sebab tak bayar loan dan macam2 lagi...

Kemuncaknya semua harta terpaksa dijual dan dilelong. Dia ada ambik lawyer untuk lawan tuntut bayaran dari pihak yg berhutang dengan dia, tapi kes bertahun tak selesai juga. Legal fee dan lebih RM100k. Akhirnya dia tak teruskan kes sebab xdak duit nak bayar legal fee...

Disebabkan habuk pun tak ada, akhirnya isteri dia minta cerai. Isteri kahwin lain dan anak2 ikut isteri. Sampai tahun lepas anak lelaki sulung dia kahwin pun, dia langsung tak dijemput. Kiranya hubungan dengan isteri dan anak2 terus terputus sejak jatuh miskin...

Katanya lagi hidup dia kini kosong. Isteri sendiri dan anak2 pun boleh lari. Kaum keluarga dan kawan2 apatah lagi. Pada mulanya dia pernah minta bantuan ahli keluarga, tapi dihalau. Minta bantuan rakan,  semua melarikan diri. Nak hutang dengan bank, bank reject...

Masa bagitau kisah family dia, dia mula menangis especially bila dia cerita tentang kegagalan dia mendidik isteri dan anak2. Dia cuma mampu bagi duit tapi bukan kasih sayang, didikan dan mengajak ke jalan Allah...

Perkara yang paling dia tak sangka dalam hidup, seorang isteri yang selama ini hidup bersama dengan dia lebih dari 20 tahun waktu senang boleh tinggalkan dia kerana kemiskinan. Anak kandung tak mengaku dia ayah. Keluarga sanggup buang dia sedangkan suatu ketika dulu apa yang ahli keluarga dan saudara mara dia nak, dia bagi..

Sekarang ni harta yang dia ada cumalah sebuah kereta Produa Axia untuk buat grab. Untuk berteduh,  dia cuma menyewa bilik RM200 sebulan di area Ara Damansara. Rutin hidup dia, bangun bawa grab dan pulang rehat di bilik sewa. Makan di warung atau kedai mamak. Pernah ketika tengah makan dia ternampak rakan lama bergelar Datuk juga, kelam kabut dia sembunyi sebab malu. Pernah juga beberapa kali nak ambik passanger di Airport Subang. Bila dah dekat, rupanya orang yang dia kenali maka terus dia memecut laju dan cancel trip. Semuanya kerana malu dan terasa dirinya terlalu hina. Hidup dia sangat kosong. Segalanya tiada. Katanya,  "Kalau bukan Islam jadi macam saya, confirm dah terus bangunan atau bunuh diri. Nasib baik saya tak sampai ke tahap itu"...

Dia kata kat aku, "Saya tak tahu sebab apa. Tapi encik ni macam ada aura yang menyebabkan saya kongsi semua ni. Encik customer pertama saya yang saya kongsikan kisah hidup saya. Saya bukan minta simpati, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup. Encik masih muda. Manalah tahu kalau encik kaya suatu hari nanti, jangan jadi macam saya. Silap saya,  saya bela bini dan anak2 dengan duit tapi bukan dengan didikan agama dan kasih sayang. Itu yang dia orang tak pedulikan saya"..

Nak cerita panjang lagi. Cuma dipendekkan
cerita, kata2 aku kat dia, "Saya tak tahu nak kata apa. Cuma saya doakan Allah bagi kekuatan kat Abang utk teruskan kelangsungan hidup Abang. Allah sebenarnya sayang Abang. Dia uji Abang dengan kesusahan supaya boleh kembali kepada Dia. Kalau Allah terus uji dengan kesenangan tak tahu bila kita akan ingat Allah dan kembali pada Allah. Maaflah, saya sendiri pun tak betul. Cuma bagi saya, bila takdak sesiapa bersama Abang, inilah peluang terbaik untuk Abang dekatkan diri dengan Allah. Keluarga tak sayang tapi Allah sayang Abang. Dia buka jalan seluas-luasnya untuk Abang dekatkan diri dengan Dia. Banyak bersabar dan berdoa. Doa sama untuk bekas isteri dan anak2. Insya Allah, saya doakan suatu hari nanti dia orang akan kembali pada Abang.  Paling penting dalam kita kalut bawa grab, solat kena jaga"...

Kisah macam ni kita selalu tengok dalam drama, tapi hari ni aku jumpa kisah yang real. Apapun moral of the story, sebagai suami atau  ketua keluarga, tanggungjawab kita bukan setakat cari duit tapi yang lebih utama mendidik dan memastikan isteri dan anak2 jadi insan yang bertakwa...

#AzdyMohdArshad pay per click advertising

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lovehijau.net/2019/01/beri-dan-teguh-agama-pada-anak-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+HijauLestari+%28Hijau+Lestari%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu Rileks Media

Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 424 hits
Perasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv Allahu Semasa saya di taman petang tadi telah datang seorang lelaki Kami pun be...
Suap Isteri Dan Anak Makan Pasti Rezeki Akan Datang Pada Kamu

Suap Isteri Dan Anak Makan Pasti Rezeki Akan Datang Pada Kamu

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 314 hits
Perasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv AllahuSemasa saya di taman petang tadi telah datang seorang lelaki Kami pun ber...
Abang Akan Terus Berada Di Sini Sehingga Sayang Sedar Isteri Koma Selepas Melahirkan Anak Sulung

Abang Akan Terus Berada Di Sini Sehingga Sayang Sedar Isteri Koma Selepas Melahirkan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 647 hits
Abang akan terus berada di sini sehingga sayang sedar Isteri koma selepas melahirkan anak sulungMohd Saiful Sudin 29 tetap setia menunggu di sisi isterinya Norfadilla Che Par 28 yang koma selepas melahirkan anak sulung mereka pada November ...
Inilah Sebab Anak Sulung Perempuan Istimewa Di Mata Lelaki Untuk Dijadikan Calon Isteri

Inilah Sebab Anak Sulung Perempuan Istimewa Di Mata Lelaki Untuk Dijadikan Calon Isteri

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 472 hits
Menjadi anak perempuan pertama dari sebuah keluarga sangat berat di samping sebagai tulang belakang keluarga anak pertama juga biasanya sangat kuat dan tegar motivasi dirinya Tak ada yang tahu bagaimana proses perjuangannya yang terlihat ku...
Ustaz Ebit Lew Pesan Suami Belajarlah Lihat Kebaikan Isteri Barulah Anak Pun Rasa Bahagia

Ustaz Ebit Lew Pesan Suami Belajarlah Lihat Kebaikan Isteri Barulah Anak Pun Rasa Bahagia

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 360 hits
Berkasih sayang dalam rumah tangga bukan semata mata bagi nafkah yang cukup tapi sikap tolenrasi dan memahami antara pasangan kunci kebahagiaannya Kehadiran anak juga pembawa rezeki untuk keluarga Sebab itu pentingnya persefahaman yang baik...
Tak Ada Cili Dalam Hidangan Bapa Belasah Anak Dan Isteri Sebelum Dibelasah Netizen

Tak Ada Cili Dalam Hidangan Bapa Belasah Anak Dan Isteri Sebelum Dibelasah Netizen

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 241 hits
Tak ada cili dalam hidangan bapa belasah anak dan isteri sebelum dibelasah netizenSabtu lalu seorang bapa tergamak memukul anak dan isterinya hanya kerana makanan yang dipesannya tidak mengandungi cili seperti yang dipinta Dalam kejadian pa...
Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua

Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 420 hits
Teringat lebih daripada teringat dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah Melaka Mohd Hasbullah Mohamed Yasin...
Bapa Ini Bawa Lari Anak Dia Ke Vietnam Selama 24 Hari Dan Tinggalkan Isteri Dia Di Rumah

Bapa Ini Bawa Lari Anak Dia Ke Vietnam Selama 24 Hari Dan Tinggalkan Isteri Dia Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 417 hits
Bagi mereka yang gemar mengembara rakan peneman sudah tentu dipilih daripada kalangan sahabat rapat atau sekepala agar percutian yang dinikmati lebih seronok Berlainan dengan seorang bapa Mohd Faizil Muhamad 33 yang selesa membawa anaknya y...
Gantung Anak Dan Pukul Semata2 Agar Isteri Kembali Padanya

Gantung Anak Dan Pukul Semata2 Agar Isteri Kembali Padanya

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 527 hits
MANILA Seorang lelaki ditangkap kerana menggantung anak lelakinya dalam keadaan terbalik di tingkap sebelum memukul kanak kanak itu dan merakamkan perbuatan berkenaan semata mata untuk memaksa ibu mangsa kembali kepadanya ABS CBN News melap...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024