Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga


Kemeriahan Aidil Fitri Bila Anak-anak Pulang Beraya Bersama Keluarga. Korang masih sibuk dengan sambutan Aidil Fitri?  Dah dua minggu lebih berlalu, asyik bertangguh nak bercerita di sini.  Sambutan yang sangat sederhana tapi padat dan meriah.  Al maklum, anak-anak semua dah keluar meneruskan perjuangan mencari ilmu di tempat-tempat yang berbeza.  Memang sangat terasa  tak sabar-sabar menunggu seorang demi seorang balik ke rumah.  Beginilah yer rasanya ibu ayah kita dahulu, menanti kepulangan anak-anak.
Tahun ni semua anak-anak dapat bersama menyambut Aidilfitri,  Abang Irfan pun berkesempatan balik dari India.  Kiranya seminggu sebelum raya, akak dan hubby sibuk menyusun jadual nak ambil anak-anak daripada beberapa lokasi.  Hilang penat bila dapat berkumpul.  Buat pertama kali sambutan raya kami tanpa kuih raya.  Memang dah set tak nak beli atau buat kuih raya kali ini  sebab kami akan lebih masa atas jalan sepanjang minggu cuti tu.
Tahun ni giliran beraya di kampung en hubby.  Sama seperti tahun-tahun kami beraya di Perak, tugasan utama kami adalah menyediakan juadah pagi raya.  Kali ni en hubby masak kurma kambing, rendang daging untuk dimakan dengan ketupat pulut.  Awal pagi raya masak pula nasi minyak dan ayam masak merah yang jadi juadah makan seharian keluarga yang ada.  Tak ramai pun kali ni beraya di Perak, dua keluarga bersama mertua akak, yang lain-lain raya kedua baru sampai.  
Ramai juga yang singgah berkunjung bertemu dengan MIL yang dah lama tak jumpa.  Kami pun berulang-ulang berkumpul di meja makan sambil bercerita.  Banyak sangat 'catch up' nak buat.  Sesi bergambar sudah semestinya kena ada - sebagai kenangan dan ingatan di kemudian hari.  Bila anak-anak dah dewasa, mereka dah pandai nak set sendiri masa dan gaya photoshot mereka.  
Seharian raya pertama di Perak, tengah malam macam biasa bergerak ke selatan selepas keluarga ipar sampai.  Kena berganti di kampung sebab tak nak tinggalkan MIL sendirian.  Sebelum gerak, makan dulu bekalan yang ipar bawa dari Perlis. Sepanjang jalan, ditemani abang Irfan bersembang dengan ayahnya pengalaman dan cerita-cerita dari bumi India.   Akak curi-curi dengar sambil layan mata mengantuk.  
Bergerak waktu malam, kenderaan tidak banyak sangat atas lebuhraya, suasana pun sejuk, nyaman je berbanding dengan waktu siang ketika ini yang panas membahang.  Dua pit stop macam biasa, luruskan pinggang dan ambil secawan kopi.  Kali ini En Hubby drive sorang sahaja, mungkin dah dapat rehat cukup awal tadi. Dapatlah akak tidur tidur ayam sepanjang perjalanan.  Sebaik dengar laungan azan suboh, kami dah sampai di bumi Melaka.  Singgah masjid dahulu sebelum teruskan perjalanan.
Hari raya kedua, kami sambut di rumah abah.  Abang kakak dah berkumpul semalam dan dah balik ke rumah masing-masing,  jadinya akak kenalah rancang pergerakan bertemu abang kakak pula.  Biasanya kami berkumpul sama-sama pada hari raya pertama.  Sempatlah juga bertemu dengan anak-anak saudara dan cucu saudara.  Tetap riuh walaupun tak ramai.  
Memang agak padat cuti kali ini sebab masa anak-anak bercuti tidak lama. Hari raya keempat dan mula seorang demi seraong pulang ke lokasi masing-masing.  Mulalah rasa sunyi semula.  Walaupun begitu, raya kali ini memang meriah buat kami sekeluarga.  Padat dan penuh terisi dengan pelbagai rancangan. 
Zaman digital, jumlah gambar diambil tak perlu dikira dah.  Jom layan gambar raya kami. Gambar pun dah tak tersusun ceritanya..


Petang raya ke dua, kami ke rumah keluarga SIL.  Meriah bukan main kalau dua keluarga ni bertemu sebab anak-anak kami lebih kurang sebaya . Macam-macam cerita keluar. Satu-satu kakak ipar sebelah akak


Raya ketiga, lepak-lepak santai dengan abah sambil makan pagi.  Kat kedai ni macam-macam ada.  Kalau balik kampung memang lupakan diet, makan saja apa yang menarik selera


Raya keempat dah kena hantar kakak ke kolej.  Hantar awal sehari, ibu ayah ada banyak tugasan lagi.  Bantu angkat barang kemas serba sedikit sebelum kami bergerak balik ke utara.  Kakak dah masuk semester 6, tinggal 2 semester sahaja lagi.  Tugasan pun dah makin banyak



Cukup seminggu Aidil Fitri, hantar Irfan pula ke airport.  Meriah raya katanya, jadual pack.  Semester akhir dah dia, tak sabar nak habiskan dan pulang menabur bakti di tanahair sendiri.  Sekejap je nak habis lima tahun di perantauan



Raya pertama kami di kampung en hubby.  Dua keluarga sahaja kali ni.  Anak-anak dah membesar, mak ayah pun dah makin berusia.  Syukur masih merasa meraikan hari mulia ni bersama-sama MIL


Layan je la sesi bergambar merata tempat.  Cuaca waktu ni memang panas.  Bergambar cepat-cepat sebelum masing-masing bertukar baju.  Alhamdulillah, meriah dalam kesederhanaan,
Selamat Hari Raya korang semua dari kami sekeluarga !




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/04/kemeriahan-aidifitri-bila-anak-anak-pulang-beraya-bersama-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecil Kecil Lagi Anak Dia Ramai Sayu Lihat Foto Mendiang Laskar Kelas I Jjm Joanna Dengan Keluarga

Kecil Kecil Lagi Anak Dia Ramai Sayu Lihat Foto Mendiang Laskar Kelas I Jjm Joanna Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 181 hits
Rakyat Malaysia masih bersedih dengan tradegi helikopter bertembung dan terhempas yang berlaku di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut semalam Insiden yang melibatkan dua buah helikopter itu telah mengorbankan 10 nyawa yang terdiri ...
Pasangan Warga Emas Jalan Kaki Balik Beraya Rumah Anak Menantu

Pasangan Warga Emas Jalan Kaki Balik Beraya Rumah Anak Menantu

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 137 hits
KOSMO PETALING JAYA Sepasang suami isteri warga emas sanggup berjalan kaki dikala cuaca sedang hujan gara gara mahu melepaskan rindu bertemu anak menantu dan cucu selepas setahun tidak berjumpa Kisah pilu itu dikongsikan pengguna Facebook K...
Dah 15 Tahun Menantu Bawa Anak Isteri Beraya Rumah Mak Sendiri Mentua Nekad Bermalam Rumah Besan Samai Ini Yang Terjadi

Dah 15 Tahun Menantu Bawa Anak Isteri Beraya Rumah Mak Sendiri Mentua Nekad Bermalam Rumah Besan Samai Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 186 hits
Pasangan suami isteri perlu ada sikap toleransi untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga Namun sikap bertimbang rasa tidak wujud dalam rumah tangga wanita ini yang mendedahkan suaminya tidak pernah menyambut Aidilfitri pada hari raya pert...
Tahun Ini Lain Macam Sikit Beraya Di Kampung Adira Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua

Tahun Ini Lain Macam Sikit Beraya Di Kampung Adira Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 145 hits
Di tengah tengah kes penceraian yang masih berlangsung suami kepada penyanyi terkenal Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkongsi pengalaman dirinya beraya di kampung isteri tahun ini Takut dipandang serong Melalui hantaran yang dimuat naik di ...
Kita Ni Muda Lagi Rm1 Atau Rm2 Pun Terima Cik B Sedih Tak Dapat Duit Raya Nak Rasa Kemeriahan Aidilfitri

Kita Ni Muda Lagi Rm1 Atau Rm2 Pun Terima Cik B Sedih Tak Dapat Duit Raya Nak Rasa Kemeriahan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 172 hits
Baru baru ini anak perempuan usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kecewa kerana tiada mana mana saudara atau kenalan memberinya duit raya pada perayaan Aidilfitri Cik B terlalu kaya Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur...
Kutu Rambut Bila Si Anak Dijangkiti Ini Tip Mudah Yang Ibu Bapa Boleh Buat

Kutu Rambut Bila Si Anak Dijangkiti Ini Tip Mudah Yang Ibu Bapa Boleh Buat

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 155 hits
Masalah amat biasa terjadi pada Kanak kanak berusia 3 10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini Bila si anak dijangkiti kutu rambut ini tip mudah yang ibu bapa boleh buat Kutu rambut adalah serangga ...
Kapolda Papua Barat Ke Anak Buah Jangan Bikin Gerakan Tambahan Usai Bentrokan Tni Al Dan Brimob Di Sorong

Kapolda Papua Barat Ke Anak Buah Jangan Bikin Gerakan Tambahan Usai Bentrokan Tni Al Dan Brimob Di Sorong

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 107 hits
Kapolda Papua Barat Irjen Johnny Eddizon Isir memerintahkan anggota Polri di Sorong untuk tidak melakukan gerakan tambahan pasca bentrok Brimob dan TNI AL
Rahsia Gelap Terbongkar Anak Dedah Bapa Simen Jasad Ibu Belakang Tandas

Rahsia Gelap Terbongkar Anak Dedah Bapa Simen Jasad Ibu Belakang Tandas

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 250 hits
Penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah membongkar satu rahsia gelap yang disimpan kemas sebuah keluarga selama enam tahun Hasil siasatan mendapati rangka tersebut adalah milik seorang wanita JU alias U 35 yang menetap di Desa Bontoala T...
Anak Ketagih Kunyah Ais Batu Ibu Bapa Kena Hentikan Tabiat Ini Untuk Elak Masalah Kesihatan

Anak Ketagih Kunyah Ais Batu Ibu Bapa Kena Hentikan Tabiat Ini Untuk Elak Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 207 hits
Jika anak ketagih kunyah ibu bapa kena hentikan tabiat ini untuk elak masalah kesihatan Memang ada anak anak yang suka sangat kunyah ais Kruk krak kruk krak bunyinya macam sedang makan keropok dibuatnya Pun begitu jangan terlalu seronok hin...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator