Berhutang Mi Segera Untuk Alas Perut


Kuala Krai: Hampir 10 tahun dia mendiami bangsal kecil dalam kebun getah bersama suami sehinggakan proses kelahiran ketiga-tiga anaknya juga dilakukan sendiri tanpa dirujuk ke hospital.
Bagaimanapun sejak kematian suami pada April lalu, Rini Mohd Yusup, 41, bersama tiga anaknya, Mohamad Safuan, 8, Mohamad Alsam, 6, dan Nor Saimah, 4, berpindah ke sebuah rumah di Kampung Limau Madu, di sini, yang disewa sebanyak RM50 sebulan.
Kehidupan ibu tunggal yang berasal dari Acheh, Indonesia yang selama ini sukar bertambah melarat sejak kematian suami, seorang warga Bangladesh, Saiful, 50, menyebabkan dia bertekad untuk kembali semula ke kampung halamannya sebaik sempadan negara dibuka suatu hari nanti.
Dia berkata, kehidupan mereka sangat terdesak kerana kekangan sumber pendapatan memandangkan dia baharu saja diberi meneruskan kerja suaminya dengan menoreh getah.
Katanya, dalam keadaan dia tidak berapa mahir dengan pekerjaan itu, keadaan sekarang yang kerap hujan menyukarkan mereka lagi untuk mendapat hasil.
“Keluarga saya di Acheh sana pun susah dan hanya bekerja di kebun sayur tapi sekurang-kurangnya saya dapat berada di samping keluarga kerana di sini langsung sudah tiada sesiapa lagi.
“Jiran tetangga semua baik dan sentiasa menghulurkan bantuan termasuk makanan menyebabkan saya tidak sanggup untuk terus membebankan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.
Terdahulu mereka dikunjungi kumpulan aktivis masyarakat iaitu Pertubuhan Cempaka Merah Asnaf, yang diwakili Che Norhayati Mohamed tampil menghulurkan sumbangan makanan kepada mereka empat beranak.
Rini yang datang ke negara ini dan bekerja sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur sejak 20 tahun lalu, berkata hidup berlapar seakan sudah lali bagi mereka malah pernah berhutang dua bungkus mi segera di kedai runcit untuk makan malam mereka empat beranak.
Menurutnya, biasanya dia dan tiga anaknya hanya makan sekali sehari dan jika ada beras yang diberi jiran, mereka akan masak dan makan dengan berkuahkan budu sahaja.
“Hutang di kedai runcit sentiasa ada sehinggakan saya sudah berasa malu untuk terus berhutang makanan tapi demi anak saya tebalkan muka kerana jika tidak, kami akan berlapar.
“Saya sudah biasa hidup susah tapi apabila melihatkan wajah anak, kerap air mata ini jatuh kerana tidak mampu memberi keselesaan buat mereka.
“Saya janji apabila sempadan negara dibuka nanti, kami akan kembali ke Acheh kerana sudah tiada apa-apa lagi buat kami di sini kecuali mengenangkan kebaikan jiran tetangga yang akan saya ingat sampai mati,” katanya. HM
Roh tergantung jika hutang tidak dibayar

The post Berhutang mi segera untuk alas perut appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/29/berhutang-mi-segera-untuk-alas-perut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tunggal Terpaksa Tebalkan Muka Berhutang Mee Segera Demi Alas Perut Anak Anak Masih Kecil

Ibu Tunggal Terpaksa Tebalkan Muka Berhutang Mee Segera Demi Alas Perut Anak Anak Masih Kecil

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 431 hits
Demi meneruskan hidup ibu tunggal yang kematian suami sejak April lalu terpaksa menebalkan muka berhutang mee segera demi mengisi perut anak anak daripada kelaparan Rini Mohd Yusup 41 bersama tiga anaknya Mohamad Safuan 8 Mohamad Alsam 6 da...
Zuraida Mahu Siasatan Segera Anggota Bomba Dipukul

Zuraida Mahu Siasatan Segera Anggota Bomba Dipukul

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 235 hits
Zuraida Kamaruddin terkilan dan terguris apabila melihat rakaman video berkenaan kerana anggota bomba merupakan petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah PETALING JAYA Insiden anggota bomba dipukul ketika menjalan...
Gerak 98 Pm Yang Hilang Majoriti Mesti Undur Segera

Gerak 98 Pm Yang Hilang Majoriti Mesti Undur Segera

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 243 hits
1 Gerak98 merujuk kenyataan 2 Ahli Parlimen Tg Razaleigh Hamzah dan Dato Seri Najib Tun Razak yang disiarkan dalam media semalam 2 Kenyataan mereka itu jelas merupakan penarikan sokongan mereka terhadap PM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keraj...
Saling Memeluk Tanpa Alas Berselimut Plastik Dua Anak Yatim Piatu Tidur Di Bilik Atm

Saling Memeluk Tanpa Alas Berselimut Plastik Dua Anak Yatim Piatu Tidur Di Bilik Atm

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 391 hits
Dua orang anak terlihat tengah tertidur tanpa alas berselimutkan plastik Keduanya terlihat saling berpelukan satu sama lain Yang memancing perhatian kedua anak itu tidur di dalam bilik ATM Saya dapat informasi dari salah seorang kawan saya ...
Sogok Jawatan Siasat Segera Muhyiddin Amk Melaka

Sogok Jawatan Siasat Segera Muhyiddin Amk Melaka

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 260 hits
Angkatan Muda KEADILAN Melaka menyeru agar pihak polis segera menyiasat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan cuba menyogok jawatan Penasihat Petronas kepada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha menge...
19 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Awas Dengan Point No 7 Dan 9

19 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Awas Dengan Point No 7 Dan 9

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 345 hits
19 Faktor Risiko yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Seramnya Macam macam penyakit ada di dunia ni dan salah satu penyakit yang ditakuti ialah kanser Tak kira kanser apa sangat menggerunkan bunyinya Terdapat pelbagai jenis faktor risiko pun...
Situasi Covid 19 Di Sabah Memburuk Perlukan Bantuan Segera Anwar

Situasi Covid 19 Di Sabah Memburuk Perlukan Bantuan Segera Anwar

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 276 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya menyalurkan segala kekuatan dan bantuan kepada Sabah yang dilihat amat terkesan dengan kadar penularan wabak Covid 19 yang mendadak dalam tempoh tiga minggu lalu Presiden KEADILAN menganggap...
Mohon Segera Dan Isikan Kekosongan Sebanyak 35 000 Jawatan Kosong Di Sektor Awam

Mohon Segera Dan Isikan Kekosongan Sebanyak 35 000 Jawatan Kosong Di Sektor Awam

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 264 hits
MOHON SEGERA DAN ISIKAN KEKOSONGAN SEBANYAK 35 000 JAWATAN KOSONG DI SEKTOR AWAM Tahukah anda bahawa terdapat 35 000 kekosongan jawatan untuk diisi oleh pemohon kerja terutamanya dalam sektor awam Manakala 35 000 kekosongan jawatan tersebut...
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 539 hits
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di MalaysiaRestoran makanan segera memang ada banyak di Malaysia dan kewujudan restoran segera seperti ini sememangnya dah lama ada di sini Restoran makanan segera sebegini sering dikunjungi r...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Air Kumbahan Limpahi Hospital

Ideas Beef Jerky Recipe On Pellet Smoker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Hilangkan Mulut Berbau Dengan Bahan Semulajadi

The Parc Nilai Impian

Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

Leisure Garden Sepang Mini Zoo Yang Menyeronokkan

Resipi Bergedil Pucuk Ubi Sedap Gila Confirm Sekejap Je Licin

Bila Kita Belajar Untuk Diam