Situasi Covid 19 Di Sabah Memburuk Perlukan Bantuan Segera Anwar


 

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya menyalurkan segala kekuatan dan bantuan kepada Sabah yang dilihat amat terkesan dengan kadar penularan wabak Covid-19 yang mendadak dalam tempoh tiga minggu lalu.

 
Presiden KEADILAN menganggap perkara itu amat membimbangkan kerana sebanyak 54% kes Covid-19 di Malaysia yang dikesan meliputi kes dari Sabah sejak 1 Oktober lalu.
 
Malah, kematian juga melibatkan dalam kalangan pesakit muda yang tidak berpenyakit.
 
Justeru, Anwar menuntut kerajaan persekutuan supaya mengerahkan lebih banyak pasukan perubatan, sekali gus dapat memperkuatkan sistem kesihatan di Negeri Di Bawah Bayu itu.
 
"Sistem kesihatan di Sabah yang kita telah sedia maklum kekurangan dana, staf dan sumber daya kini ditimpa dan dibanjiri dampak dari wabak Covid-19. KKM telah mengalihkan segala sumber yang ada ke Sabah, dan usaha ini tidak harus dibebankan pada kementerian sahaja.
 
"Rencana ini memerlukan dukungan politik dan kepimpinan yang jelas, penglibatan NADMA dan beberapa kementerian lain bagi menggerakkan pasukan-pasukan perubatan dan kelengkapan perubatan yang diperlukan, mempertingkatkan aspek logistik bagi meluaskan lagi bantuan di Sabah.
 
Anwar juga mencadangkan kepada kerajaan supaya membuat pengesanan secara besar-besaran di Sabah bagi mengelakkan lebih ramai yang dijangkiti dengan wabak Covid-19.
 
"Para pakar juga telah meramalkan bahawa kita akan menyaksikan kadar jangkitan yang akan terus meningkat di Sabah tatkala virus tersebut terus merebak di kalangan warga.
 
"Mereka juga telah mengesyorkan bahawa pengujian secara besar-besaran (massive testing) sebagai langkah yang ampuh dalam mengesan dan memisahkan mereka yang telah dijangkiti sebelum ia terus merebak.
 
"Setelah 8 bulan kita mendepani wabak ini, saya fikir kita sepatutnya telah mampu dan punya keupayaan untuk menjalankan pengujian besar-besaran. Kementerian Kesihatan mesti mendedahkan kepada umum sebarang strategi yang diambil dalam membendung wabak ini di Sabah, apakah secara ianya secara pengujian atau langkah dan strategi yang lain," katanya.
 
Pada masa sama, Anwar berharap kerajaan dapat menyediakan bantuan kewangan dan makanan segera, malah menggesa kerajaan supaya melanjutkan moratorium di seluruh negara.
 
"Memandangkan hampir seluruh Sabah kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya menggesa kerajaan untuk memikirkan bantuan kecemasan berupa kewangan dan makanan kepada rakyat yang terkesan, dan ini sangat penting dalam memastikan warga yang terpinggir dapat meneruskan hidup.
 
"Saya mengulangi gesaan saya sebelum ini pada kerajaan agar melanjutkan moratorium pinjaman ke seluruh negara sebagai langkah segera kepada rakyat dan PKS di seluruh negara," katanya.
 
Anwar turut meminta KKM supaya mendedahkan segala data mengenai Covid-19 bagi memudahkan pakar-pakar kesihatan menganalisa dan mencari penyelesaian.
 
"Adalah sangat penting bahawa segala data mengenai kes, pengujian dan kadar kematian dibagikan secara terbuka dengan pakar-pakar dan pegawai-pegawai kesihatan yang bekerjasama dengan pemerintah dalam mengekang wabak ini.
 
"Kekurangan maklumat akan menghalang pakar-pakar perubatan di seluruh negara dari memberikan bantuan dan kepakaran yang mereka ada. Dasar dan kebijakan maklumat yang terbuka akan meningkatkan kepercayaan rakyat pada kerajaan, terutamanya dalam suasana pandemik saat ini," katanya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/situasi-covid-19-di-sabah-memburuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Covid 19 Sabah

Bantuan Covid 19 Sabah

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 359 hits
RINA HAMZAHTerima kasih saya dahulukan Saya harga sumbangan sahabat sahabat fb saya BAGAIMANA MAHU SALURKAN BANTUAN DI SABAH Angkatan Muda KEADILAN Malaysia menerima beberapa pertanyaan mengenai bantuan yang boleh disalurkan ke Sabah Saya s...
Anwar Buka Atap Supaya Saka Pn Bn Berambus

Anwar Buka Atap Supaya Saka Pn Bn Berambus

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 813 hits
Muhyiddin dan Azmin mencipta sejarah buruk negara apabila menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan mandat rakyat dan menjadi anggota kabinet melalui tebuk atap Kerja khianat mereka dan gerombolannya telah dipermudahkan dengan bantuan orang...
Putrajaya Perlu Hantar Bantuan Besar Besaran Ke Sabah Elak Kesan Buruk Covid 19 Kata Mma

Putrajaya Perlu Hantar Bantuan Besar Besaran Ke Sabah Elak Kesan Buruk Covid 19 Kata Mma

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 335 hits
Rakyat Malaysia harus bersatu dalam usaha memerangi wabak Covid 19 terutamanya untuk penduduk Sabah
Covid 19 291 New Cases Two Deaths In Sabah Says Masidi

Covid 19 291 New Cases Two Deaths In Sabah Says Masidi

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 376 hits
KOTA KINABALU Sabah recorded another two deaths due to Covid 19 on Monday Minister in charge of Covid 19 matters in Sabah Datuk Seri Masidi Manjun said this brings the total number of deaths to 35 in the state He said there is also one more...
11 Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Sabah

11 Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 331 hits
M Update 7 10 2020 Sebanyak 11 kes positif Covid 19 baharu dikesan membabitkan petugas kesihatan di enam daerah di Sabah semalam Semua daerah yang melaporkan jangkitan ke atas petugas kesihatan ialah Tawau Semporna dan masing masing satu ke...
Sabah Cm Tests Positive For Covid 19

Sabah Cm Tests Positive For Covid 19

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 329 hits
Sabah chief minister Hajiji Noor is undergoing treatment at Queen Elizabeth Hospital KOTA KINABALU Sabah Chief Minister Hajiji Noor has tested positive for Covid 19 The chief minister s public relations secretary Effendi Mohamed Sunoh said ...
Pengarah Palsu Penyata Akaun Mohon Bantuan Covid 19 Direman

Pengarah Palsu Penyata Akaun Mohon Bantuan Covid 19 Direman

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 205 hits
PENGARAH urusan sebuah syarikat yang didakwa mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar Kedah pagi ini ALOR SETAR Seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditahan reman empat hari bermula hari ini b...
Woman Believed To Be Covid 19 Patient Falls To Her Death At Sabah Hospital

Woman Believed To Be Covid 19 Patient Falls To Her Death At Sabah Hospital

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 243 hits
The body of the woman on the grounds of Queen Elizabeth Hospital I in Kota Kinabalu Sabah last night KOTA KINABALU A woman believed to be a Covid 19 patient fell to her death at a hospital here last night The body of the 63 year old woman w...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa

Resipi Pan Mee Homemade Mudah Hanya Guna 3 Bahan