Berhenti Merokok Dengan Makanan



Ada pelbagai cara untuk anda berhenti atau kurangkan perasaan nak merokok anda. Ada yang cadangkan anda bersenam, dapatkan hobi dan macam-macam lagi.Namun begitu, cara yang paling berkesan semestinya adalah dengan makanan. Di bawah, terdapat 7 jenis makanan yang saya yakin dapat membantu anda, sama ada untuk kurangkan kekerapan anda merokok ataupun berhenti terus.

1. Bertih Jagung

Tahukah anda, bertih jagung merupakan antara makanan yang sesuai untuk anda ambil jika anda nak kurangkan keinginan merokok?Ha, jangan ingat, kalau nak berhenti merokok anda kena makan sayur dan salad sahaja!Anda mesti tertanya-tanya kenapa bertih jagung? Jawapannya memang mudah dan menghairankan. Apabila anda nak berhenti merokok, akan timbul perasaan untuk makan. Bukannya anda lapar atau mengidam makanan tertentu. Anda cuma nak kunyah.Oleh itu, bertih jagung merupakan snek paling sesuai untuk anda jadikan sebagai makanan kudapan anda. Kerangupan bertih jagung cukup untuk membuatkan anda tidak mencapai rokok. Meskipun begitu, pastikan bertih jagung yang anda makan tidak disalut dengan karamel mahupun mentega. Jika tidak, memang naiklah berat anda nanti!


2. EpalMakanan seterusnya  yang  sesuai untuk anda ambil jika anda nak kurangkan kekerapan merokok anda ialah buah-buahan. Dalam artikel ini, kami syorkan anda untuk makan epal.Epal, baik yang merah mahupun hijau, mempunyai tekstur yang rangup seperti bertih jagung. Kerangupan ini sesuai untuk memenuhi keinginan anda untuk mengunyah sesuatu.Namun begitu, takkanlah anda nak makan bertih jagung setiap hari, betul tak? Membosankan betul!Selain itu, buah-buahan juga didapati membuatkan rasa dan bau rokok lebih kuat dan pahit. Pasti membuatkan anda tak teringin nak pegang walau sebatang rokok pun.


3. Yogurt
Menurut jurnal Kajian Tembakau & Nikotin yan diterbit pada tahun 2013, perokok lazimnya, kurang makan berbanding golongan bukan merokok. Hal ini demikian kerana, nikotin mengurangkan selera makan anda.Oleh itu, apabila anda berhenti merokok, anda akan cepat berasa lapar. Pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan rendah kalori seperti yogurt. Namun begitu, jangan makan yogurt kosong. Tambahkan dengan buah-buahan dan kekacang untuk membuatkan anda lebih kenyang dan dapat bertahan lama.Jika anda asyik makan makanan rendah kalori, anda akan merokok dengan lebih banyak iaitu 8 peratus lebih tinggi berbanding golongan yang makan makanan berhenti merokok berkalori tinggi. Hal ini dinyatakan dalam satu kajian yang diterbit pada tahun 2005 dalam jurnal Psychopharmacology.
4. Coklat HitamKalau anda peminat coklat hitam, melihat bahan ini dalam senarai artikel ini pasti menggembirakan hati anda. Bagi yang tidak tahu, coklat hitam sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk badan anda seperti antioksida dan flavoid.Antioksida dikenali sebagai ejen yang membantu melawan radikal bebas dalam badan yang boleh menjadi barah. Flavoid pula merupakan metabolit tumbuhan yang menghasilkan antioksida.Pasti anda terfikir, bagaimana kedua-dua bahan ini dapat membantu anda berhenti atau mengurangkan kekerapan merokok anda?  Apabila anda merokok, kadar nikotin dalam badan yang tinggi akan membuatkan dopamin merembes keluar. Dopamin merupakan komponen kimia yang membuatkan anda berasa gembira.Coklat hitam merupakan ejen rembesan dopamin semula jadi dan memberikan kesan yang sama seperti anda merokok. Daripada merokok, lebih baik anda makan coklat, betul tak?
5. Asam
Buah kering seperti asam merupakan makanan kelima dalam artikel ini yang dikatakan sesuai untuk membantu anda mengurangkan kekerapan anda merokok. Seperti yang saya asyik nyatakan dari tadi, apabila anda berhenti merokok, anda akan cepat berasa lapar.Oleh itu, anda mahukan sesuatu yang sihat dan mengenyangkan untuk anda jadikan sebagai kudapan. Daripada makan makanan yang tidak sihat dan berlemak, buah-buahan kering ialah pilihan yang lebihtepat kerana kaya dengan vitamin, mineral dan protein penting untuk badan anda.Makan segenggam buah-buahan kering dua atau tiga kali sehari dan perut anda kekal kenyang sambil pastikan mulut anda kekal sibuk.

6. OatJika anda nak sesuatu yang lebih mengenyangkan dan masih berazam untuk berhenti merokok atau mengurangkan kekerapan anda merokok, oat merupakan pilihan terbaik untuk anda.Oat terbukti sebagai makanan penahan keinginan merokok berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ahli sains dari Scotland. Mereka membahagikan perokok kepada dua kelompok dan salah satu daripada kelompok tersebut diarahkan untuk jadikan oat sebagai snek mereka.Selepas sebulan, kelompok yang makan oat didapati merokok satu per tiga daripada jumlah rokok yang dihisap oleh kelompok kedua. Perkara yang lebih menarik adalah walaupun anda berhenti makan oat, anda akan masih dapat menahan diri daripada mencapai rokok. Hal ini dibuktikan apabila beberapa orang perokok dalam kajian tersebut terus berhenti merokok meskipun sudah dua bulan mereka tidak masukkan oat dalam diet mereka.Memang sesuatu yang cukup menaikkan semangat, bukan?


7. Keju
Bahan makanan  terakhir dalam artikel ini untuk membantu anda berhenti merokok ialah keju. Bagi peminat keju dalam kalangan perokok, semestinya melihat bahan ini menerbitkan perasaan gembira dalam hati anda.Baguslah begitu kerana anda perlukan motivasi untuk berhenti, bukan?Keju merupakan bahan makanan yang baik untuk anda kerana dua perkara. Perkara pertama ialah keju menjadikan rasa dan bau rokok busuk. Hal ini akan membuatkan anda tidak ‘berselera’ untuk merokok.  Perkara kedua ialah keju membantu untuk menghapuskan sisa nikotin dalam badan anda yang membuatkan anda gian untuk merokok. Dalam erti kata lain, anda boleh melihat keju sebagai pembersih nikotin semula jadi.
Kuatkan Semangat dan BerusahaAdakah anda sudah bersedia untuk sahut cabaran ini? Memang sukar untuk buang tabiat yang sudah sebati dengan diri anda. Tetapi, apabila difikirkan balik, berhenti atau mengurangkan kekerapan anda merokok merupakan sesuatu yang baik, bukan sahaja untuk diri anda malah untuk orang disekeliling anda juga.Lagipun, semua makanan yang saya senaraikan di atas bukanlah makanan yang membosankan malah pada pendapat saya, cukup menarik untuk dijadikan sebagai eksperimen dan melihat keberkesanan setiap bahan makanan tersebut dalam membuatkan anda mengawal rasa gian merokok anda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/07/berhenti-merokok-dengan-makanan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Berhenti Merokok Bisa Buat Berat Badan Meningkat

Benarkah Berhenti Merokok Bisa Buat Berat Badan Meningkat

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 204 hits
Salah satu hal yang sering dipercaya oleh seseorang usai berhenti merokok adalah meningkatnya berat badan Kepercayaan ini biasanya muncul karena usai berhenti merokok seseorang biasanya lebih banyak ngemil untuk membuat tubuh tetap sibuk
Berhenti Merokok Selama Setahun Seorang Pria Berhasil Menabung Segepok Tertarik Mencoba Berikut Tipsnya

Berhenti Merokok Selama Setahun Seorang Pria Berhasil Menabung Segepok Tertarik Mencoba Berikut Tipsnya

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 217 hits
Merokok merupakan kebiasaan yang buruk bagi tubuh Banyak penyakit yang dapat ditimbulkan dari kebiasaan merokok Seperti meningkatkan resiko stroke penyakit jantung dan kanker paru paru Bahaya merokok sendiri sebenarnya sudah ditulis di kema...
5 Makanan Yang Mengurangkan Kekuatan Seksual Lelaki

5 Makanan Yang Mengurangkan Kekuatan Seksual Lelaki

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 345 hits
Ramai sudah maklum tentang makanan yang sesuai diambil untuk kesihatan seksual seperti coklat gelap badam tiram strawberi asparagus madu dan lain lain yang berupaya meningkatkan ghairah seksual Sama ada kepada lelaki atau wanita makanan afr...
Jangan Sesuka Hati Suap Makanan Pada Anak Orang Pakar Pemakanan Cakap Ada Kesan Buruknya

Jangan Sesuka Hati Suap Makanan Pada Anak Orang Pakar Pemakanan Cakap Ada Kesan Buruknya

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 341 hits
Tabiat suka suap makanan pada mulut anak orang lain mungkin dianggap perkara biasa di kalangan masyarakat Tapi awas sebab ia ada kesan buruknya Comelnya anak kau ni Geram aku Takpe kan aku bagi dia sikit kek ni Kesian pulak tengok dia telan...
Penghantar Makanan 039 Berkaki Satu 039

Penghantar Makanan 039 Berkaki Satu 039

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 272 hits
SAYA tidak tahu mengenai perkara itu tetapi berterima kasih kepada pelanggan dan semua yang memberikan sokongan kata bapa tiga anak yang hanya mahu dikenali sebagai Amri 42 Amri menarik perhatian warganet sejak malam tadi selepas
Hiburan Ingin Mencuba Makanan Halal Yang Lazat Unik Terbanglah Ke Taiwan Hari Ini

Hiburan Ingin Mencuba Makanan Halal Yang Lazat Unik Terbanglah Ke Taiwan Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 251 hits
Baru baru ini satu kaji selidik telah dijalankan ke atas 1000 rakyat Malaysia yang beragama Islam oleh Taiwan Tourism Bureau Para peserta telah diminta menjawab 2 soalan di bawah Apakah kriteria utama apabila memilih destinasi perlancongan ...
Saintis Berjaya Cipta Makanan Daripada Udara

Saintis Berjaya Cipta Makanan Daripada Udara

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 219 hits
Syarikat Finland Solar Foods menemui kaedah unik menghasilkan makanan kaya protein dinamakan Solein dengan menggunakan tenaga elektrik air dan udara yang dihasilkan menerusi proses penapaian Solein Dianggap protein paling mesra alam di duni...
Makanan Pun Dapat Baki Pun Dapat Peniaga Terkejut Pelanggan Bayar Rm50 Duit Palsu

Makanan Pun Dapat Baki Pun Dapat Peniaga Terkejut Pelanggan Bayar Rm50 Duit Palsu

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 437 hits
Makanan Pun dapat Baki Pun Dapat Peniaga TerkejutPelanggan Bayar NRm50 Duit Palsu Ketika pegang duit itu saya rasa tebal semacam Apabila saya lihat di belakang ada kertas putih lalu mengoyaknya Saya terkejut kerana not RM50 yang diberikan s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator