Berdosa Pulang Ke Kampung Jika Datangkan Mudarat


Perbuatan orang ramai yang pulang ke kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh menjadi haram dari segi agama jika mendatangkan mudarat kepada ahli keluarga dan masyarakat.
Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata perbuatan itu boleh jatuh haram kerana ia jelas bertentangan dengan arahan daripada kerajaan dan pihak berkuasa yang menuntut orang ramai supaya berada di rumah sepanjang tempoh berkenaan.
Sehubungan itu, katanya orang awam diminta untuk lebih berhati-hati dalam melaksanakan segala tindakan mereka termasuk mengawal pergerakan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
“Sila patuh arahan kerajaan dan polis kerana kita diwajibkan berada di tempat kita hari ini dan jangan gunakan masa untuk bercuti kerana kita dilarang berada dalam kawasan terdedah dengan wabak.
“Sehubungan itu, apa yang dilakukan orang awam seperti pulang ke kampung itu boleh memudaratkan orang lain dan ia boleh menjadi haram sebab kita tak tahu apabila kita dijangkiti dan menyebarkan kepada orang lain di kampung.
“Sebelum ini pun, mufti tidak mewajibkan solat Jumaat kerana khuatir ia mendatangkan mudarat kepada orang lain, konsepnya sama sahaja jika kita pulang ke kampung kerana ia turut membuka ruang ke arah itu, ” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Bagaimanapun, orang awam khususnya di bandar raya ini mengambil kesempatan pelaksanaan perintah kawalan itu dengan pulang ke kampung sejak malam kelmarin sehingga menyebabkan kesesakan di lebuh raya.
Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut merayu orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Pada masa sama, Mohd Izhar berkata, pekerja yang diminta untuk bertugas dari rumah juga dinasihati supaya menjaga amanah itu dengan sebaiknya termasuk menyelesaikan tanggungjawab seperti hari biasa bekerja.
Katanya, di luar waktu bekerja pula, tempoh masa berada di rumah boleh dilakukan sebaiknya untuk beribadat dan kembali bermunajat kepada Allah bagi memohon perlindunganNya.
“Kita kena faham segala yang berlaku ini ada hikmahnya dan paling penting untuk sentiasa berfikiran positif kerana sebagai umat Islam ada beberapa perkara yang boleh diambil perhatian seperti mendekatkan diri kepada Allah.
“Kita tidak nafikan, sebagai seorang yang sentiasa sibuk dengan urusan pekerjaan, kena duduk di rumah untuk tempoh panjang adalah sesuatu yang sukar namun kita harus melihat perkara itu dari aspek positif dan hasilnya juga akan positif nanti, ” katanya.

The post Berdosa pulang ke kampung jika datangkan mudarat appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/berdosa-pulang-ke-kampung-jika-datangkan-mudarat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Yang Pulang Ke Kampung Dilarang Pulang Ke Bandar Ketika Ini Menteri Pertahanan

Mereka Yang Pulang Ke Kampung Dilarang Pulang Ke Bandar Ketika Ini Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 308 hits
Menteri Pertahanan Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam sidang media sebentar tadi meminta orang ramai yang pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan bermula untuk kekal di kampun dan tidak pulang ke bandar buat sementara waktu...
4 Turis Yang Berinteraksi Dengan Wn Selandia Baru Positif Corona Sudah Pulang Kampung

4 Turis Yang Berinteraksi Dengan Wn Selandia Baru Positif Corona Sudah Pulang Kampung

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 173 hits
Petugas Dinas Kesehatan masih memantau lima WNA lainnya yang masih berada di Bali Namun pihak Dinas Kesehatan enggan membeberkan asal negara para wisatawan asing yang sempat kontak trap dengan WN Selandia Baru tersebut
Keluarga Nekad Bawa Pulang Jenazah Covid 19 Dan Koyak Pembalut Jasad Satu Kampung Berisiko Kena Jangkitan

Keluarga Nekad Bawa Pulang Jenazah Covid 19 Dan Koyak Pembalut Jasad Satu Kampung Berisiko Kena Jangkitan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 369 hits
Berbeza dengan jasad orang lain pengurusan individu yang telah dijangkiti COVID 19 hendaklah dibalut dengan beberapa lapisan plastik terlebih dahulu sebelum dikebumikan Keluarga Nekad Bawa Pulang Jenazah Covid 19 Dan Koyak Pembalut Jasad Sa...
Pulang Ke Kampung Untuk Sebarkan Kuman

Pulang Ke Kampung Untuk Sebarkan Kuman

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 260 hits
Masyarakat tak bertanggungjawab risiko didepani warga tua lebih tinggi 18 03 2020BANGI 23 Rejab 1441H Rabu Tindakan segelintir rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disifatkan pengamal per...
Jangan Pulang Ke Kampung Tindakan Akan Dikenakan Kekal Di Mana Anda Berada

Jangan Pulang Ke Kampung Tindakan Akan Dikenakan Kekal Di Mana Anda Berada

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM Orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa gesa pulang ke kampung sebaliknya kekal berada di tempat tinggal masing masing Jangan pulang ke kampung Tindakan Akan Dikenakan kekal di mana anda berada
Maklum Pada Polis Jika Nak Balik Kampung Gagal Patuhi Arahan Hukuman Penjara Menanti

Maklum Pada Polis Jika Nak Balik Kampung Gagal Patuhi Arahan Hukuman Penjara Menanti

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 604 hits
Semalam pengumuman rasmi telah dibuat oleh perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa mulai 18 Mac hingga 31 Mac akan dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung gejala penularan COVID 19 Justeru orang ramai diminta untuk mem...
Satu Kampung Dua Orang

Satu Kampung Dua Orang

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 749 hits
Saksikan telefilem Satu Kampung Dua Orang arahan Sabri Yunus pada Sabtu 21 Mac 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD JUDUL SATU KAMPUNG DUA ORANGWAKTU SIARAN Sabtu 21 Mac 2020 9 00 malamSIARAN TV Astro Citra Citra HDPENGARAH Sa...
Percanggahan Mkn Dan Menteri Pengajian Tinggi Punca Balik Kampung

Percanggahan Mkn Dan Menteri Pengajian Tinggi Punca Balik Kampung

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 282 hits
Bagi mengatasi penyebaran virus Covid 19 Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan arahan membataskan pergerakan orang ramai namun hal bertentangan berlaku apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi seolah olah tidak faham arahan yang di...
Arahan Mkn Punca Siswa Berpusu Pusu Balik Kampung

Arahan Mkn Punca Siswa Berpusu Pusu Balik Kampung

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 429 hits
Perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara sepatutnya membataskan pergerakan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penularan virus Covid 19 Bagaimanapun hal bertentangan sama sekali telah berlaku sebelum perint...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah